"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

22 Disember 2004

Kimono ketiak berlubang

Cantik. Miyuki. Dalam kimono yang bertanahkan warna merah terang. Bermotifkan bunga ume. Dengan ikat tali pinggangnya seakan-akan seekor rama-rama. Ertinya, dia seorang gadis. Belum disunting siapa-siapa. Rambutnya dibiar bertocang satu. Berbedak nipis. Bergincu warna momo (peach).

Emak Miyuki lebih bersederhana. Tidak berlebih-lebih. Kimono yang bertanahkan warna biru. Bermotifkan kelopak bunga warna putih berceracak. Ikatan tali pinggang emak - tidak seperti rama-rama. Ertinya, dia seorang perempuan yang sudah berkeluarga. Jangan mengorat! Awas, dia ada kung-fu (kempo?). Aku pernah disepaknya (spontan). Pada suatu malam aku menyamar menjadi anjing dan pura-pura mengigitnya di betis. Tiga batang jari aku bengkak seminggu. Kong! Kong!!

Ayah Miyuki? Berkimono rasmi untuk orang lelaki. Lambang (bunga?) keluarga tersulam kemas di dadanya. KASAI. Tapi, dia tidak mengendong pedang samurai.

Aku? Membuka yukata. Bogel. Kemudian berbaju Melayu. Warna ungu. Bersongkok. Ber'sukato' benang emas. Kami ada majlis kenduri di rumah nenek.

Aku pernah belajar melukis (cop?) motif pada kain untuk dibuat kimono. Kain panjang. Hampir 18 hingga 20 meter. Tidak bersambung-sambung. Malah tidak berjahit tepi. Pantang!

Dan, apabila tetamu dihadiahkan dengan kimono - itu tanda PENGHARGAAN! Aku? Tak pernah dapat.

Sesehelai kimono lengkap itu mahal harganya. Ada yang mencecah harga ribuan Yen. Perkara yang mahal sudah semestilah disimpan molek. Dibungkus. Disimpan di dalam almari. Dipakai sekali-sekali. Di rumah, Miyuki ber'sukato' paras lutut, berwarna tanah, dengan bunga kecil-kecil. Ber'blaus' tangan panjang menjadi kesukaannya.

Noriko, seorang kawan, yang kemahirannya membuat 'dye' dan menenun kain memberitahu:

"Naga! Kau tahu tidak, ada lubang (tingkap?) pada bahagian bawah ketiak sesebuah rekaan kimono?"

"Hah? Hal yang menarik ni... Ceritalah lagi!"

"Iya iya! Fungsinya adalah untuk memudahkan orang lelaki menyeluk buah dada (orang perempuan/kekasih/isteri) menerusinya. Dari arah belakang!"

"Honto da yo?" <= tiba-tiba aku pandai cakap Jepun.

"Iya! Sungguh!!"

"Okay, malam ini aku mesti 'check'!"

"Oit oit! Kau mahu 'check' bahagian yang berlubang itukah, atau kau mahu 'check' Miyuki?"

NOTA KAKI BANGKU: Aku menerima email dari Encik Takeshi, pengarah Chihiro Art Museum "Encik Naga. Anak-anakmu di serata dunia laparkan 'buah tangan' (buku cerita) kau!"

4 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

1. Tok Rimau rasa dukacita sebab Naga tidak datang majlis 26 Dis.
2. Tok Rimau mahu kebenaran utk tayangkan video nostalgia naga + rakan2 SMS.
3. Saku seluar Tok Rimau belubang dicucuk kunci kereta tapi isterinya tidak mahu jahit. Mungkin nak memudahkan menyeluk :)

Disember 23, 2004 8:57 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

pernah ada keinginan utk menggayakan kimono. tapi tak tahu pula ada bahagian itu tidak dijahit.
takpelah. kalau saya pakai kimono, saya akan jahit bahagian itu.
AMYZ

Disember 23, 2004 9:40 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Encik Rimau,

1. Encik Naga turut berasa duka cita. Malah, teramat sangat rasa duka dan citanya.

2. Siarkanlah, jika ada masa terluang. Encik Naga minta disampaikan salam dan rasa terima kasih kepada pencipta teks dan lagu - yang nama mereka telah tidak dikreditkan pada filem SUATU MASA berkenaan.

3. Encik Naga syak hal yang serupa juga.

MARY
Setiausaha Sulit Encik Naga

Disember 23, 2004 9:49 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Rudy bawa baju jepun ke gath. Bukan kimono. Kelihatan macam baju luar tukang masak kedai shushi. Amy mencubanya dan mengingatkan aku tentang entry kau. Amy juga baca Si Naga-naga. Amy tunjukkan aku baju jepun itu ada lubang ketiak juga macam kimona. Kami ketawa. Kami berkongsi lawak secara telepati.

Nett mahu kongsi jenaka. Nett belum baca sinaga-naga. Aku kata pada Nett, "Mari aku buat demo"

Amy menyeringai "eiiiiiiiiiiiiiiii."



Aku bergurau je. Tidak buat demo. Aku meninggalkan mereka supaya tidak dituduh, "Encik ini nakal la." Amy membisikkan pada nett berkongsi lawak lubang bawah ketiak.

Disember 27, 2004 9:44 PG

 

Catat Ulasan

<< Home