"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

26 Disember 2004

FEAR FACTOR (Suatu ujikaji ilmiah oleh NAGA).

SATU Buku yang satu itu sudah 95% siap. Tinggal untuk disudahkan bahagian blurb pelukis dan penulis + reka bentuk kulit luarnya sahaja lagi.

Ilustrasinya, aku sudahkan terlebih dahulu. Dan teksnya, Ben sudahkan kemudian. Suatu proses yang tidak lazim. Terbalik. Proses penerbitannya.

Belum ada penerbit. Tapi Wan Zah sudah berura-ura untuk membawa buku cerita bergambar untuk kanak-kanak dalam bahasa Inggeris ini kepada penerbitnya yang satu itu.

"Nantilah Wan Zah. Siap nanti, aku beri kepada kau ya!"

DUA Aku, Mai dan Kak Akibah telah sama-sama bersetuju. Uztaz Wan Hamid yang tidak bersetuju. Kami mahukan jalan cerita itu berlangsung dalam tempoh satu hari. Dari sebelum masuk waktu subuh hingga berakhir selepas masuk waktu maghrib. Uztaz Wan Hamid mahukan perjalanan cerita itu berlangsung selama sebulan. Arghhh! Biar aku perap projek ini bertahun. Sabarlah Mai. Sabarlah Kak Kib.

Bukan kerana aku tidak berpuas hati dengan Uztaz Wan Hamid, bukan kerana aku tak ada mood... aku sibuk buat buku teks! Nanti, nantilah! "Textbook kills creativity!"

TIGA Semalam aku menerima e-mel dari Azusa Yanagawa, setiausaha Encik Takeshi Matsumoto, Pengarah Chihiro Art Museum Azumino. Pendek isinya. Dan aku segera faham maksud mereka.

EMPAT Aku kumpulkan anak-anak aku secara rawak. Sepuluh orang. Lelaki dan perempuan. Dua India, satu Cina dan selebihnya Melayu. Yang paling paling besar – sebelas tahun dan yang paling kecil – enam tahun. Melayu!

Berudu! Ya ya, aku mesti mencari berudu. Mencari. Berpusing keliling. Tiada. Berudu!

Jalan penyelesaian: aku beli anak-anak ikan gapi. Merah dan Hitam. Tak cukup. Aku tambah dengan anak-anak ikan lain (yang dijual sebagai makanan untuk ikan-ikan besar). Cukup. Aku beli balang ikan. RM25. Sebalang. Di kedai menjual ikan, Pasar Seni. Tidak termasuk harga ikan + makanan ikan.

Ujikaji:
Anak-anak aku yang sepuluh orang itu diminta untuk menangkap anak-anak ikan dari dalam balang itu dengan menggunakan tangan (sebelah atau dua belah). Sebagai info, kesemua mereka tidak mempunyai pengalaman yang sebegitu sebelum ini. "Take ya time kido!"

Alatan: Balang berisi air dan anak ikan. Bekas plastik ais kerim berisi air. Tempat: Tingkat bawah apartment Menara Orkid.

Langkah kawalan:
Aku memberi penerangan ringkas. Apa itu air dan apa itu ikan. Dan menunjukkan contoh (dengan menangkap seekor ikan). Ikan mengeletik di atas tapak tangan. Mereka memerhatikan dengan penuh rasa takjub ++.

Pemerhatian:
Enam orang tidak mahu mencuba. Empat mahu mencuba.

Alasan empat orang yang tidak mahu mencuba:
Takut. Geli.

Pemerhatian (dari empat orang yang mahu mencuba):
Tiga orang gagal menangkap barang seekor ikanpun. Seorang berjaya menangkap empat ekor ikan.

Alasan tiga orang yang gagal menangkap barang seekor ikan pun:
Takut. Geli.

Di luar rekod:
Seorang kanak-kanak lelaki berumur sebelas tahun – air mata berjurai, sambil tutup mata dengan sebelah tangan (sebelah tangan lagi di dalam balang ikan), sambil berkata" "Ya Allah! Ya Allah! Gelinya... hu huu huuu... gelinya... tak boleh... tak bolehlah... hu hu huuuu... "

Nota Terima Kasih NAGA:
Terima kasih kepada orang ramai yang memberi kata-kata galakkan dan perangsang kepada kanak-kanak lelaki yang seorang itu. Walaupun kanak-kanak lelaki itu dan mereka gagal kesudahannya.

Pemerhatian (seorang yang berjaya menangkap empat ekor ikan):
Angka giliran nombor tiga. Kanak-kanak perempuan. Berumur enam tahun. Melayu. Pada percubaan pertama - menangkap ikan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Pada percubaan kedua, ketiga dan keempat – menangkap dengan menggunakan sebelah tangan. Tenang. Memilih ruang ikan duduk berlonggok. Mengepung ikan santak ke dinding balang. Menguncupkan tapak tangannya (membentuk seperti takungan). Dan ... WALLA! Dia dapat! Satu! Dua, tiga! Dan empat!

Orang ramai bersorak gembira. Yeaaah!!!

Di luar rekod:
Air liur kanak-kanak perempuan enam tahun itu meleleh semasa dia berjaya menangkap ikan pada percubaan ketiga.

Kesimpulan pemerhatian:
Perasaan takut muncul kerana mereka tidak pernah mengalami pengalaman dan perasaan itu (menangkap ikan dengan tangan) sebelum ini. Perasaan geli muncul apabila ikan itu akan mengeletik di atas tangan yang tidak menakung berair. Ikan yang ditangkap oleh kanak-kanak perempuan enam tahun itu tidak mengeletik kerana ikan itu masih dapat berenang di dalam air yang sedikit hasil daripada penguncupan rupa bentuk tangan yang dapat menampung air. Kanak-kanak perempuan enam tahun itu masih tebal (memiliki?) perasaan SPONTAN dalam dirinya.

Kesimpulan:
Rasa SPONTAN kanak-kanak akan terhakis sedikit demi sedikit hasil daripada SISTEM PEMELAJARAN FORMAL di sekolah.

Ujikaji akhir:
Dua orang kanak-kanak (termasuk kanak-kanak lelaki yang berjurai air mata itu) yang tidak berjaya menangkap barang seekor ikan itu diberi peluang untuk MERASA ikan mengeletik di atas tapak tangan (genggaman tangan) mereka. Aku letak. Aku mahu dia rasa perasaan itu...

"Ya Allah! Ya Allah! Gelinya... hu huu huuu... gelinya... tak boleh... tak bolehlah... hu hu huuuu... "

Aku letak lagi. Ikan kedua. Dalam genggaman tangan dia. Ikan mengeletik. Jatuh ke lantai.

"Hah, Jatuh! Lu sendiri angkat! Orang lain jangan tolong...! Orang lain tepi...! Hah, kasi angkat! Angkat!" <= aku perasan, itu suara doktor Singh, Pakar Bius HKL yang tinggal di apartment kami.

Orang ramai bersorak. Memberi kata-kata perangsang. Kanak-kanak lelaki itu cuba tangkap (picit?) ikan yang terjatuh di lantai itu. Ikan mengeletik. Picit. Tak dapat. Ikan mengeletik. Cekup. Tak dapat juga. Malah, tak dapat-dapat juga lagi!

"Huuuu... hu... hu... okay, okay... macam mana nak ambil ni... hu... hu... hah, mati kau ikan! Huuuu... huuu.... huuuu....!"

Sambil mencuba, sambil menanggis. Takut. Geli. Malu. Mesti cuba. Mesti buktikan. Mesti dapat. Mesti tutup malu. Maruah. Budak enam tahun boleh buat, ta'kan 'aku' tak boleh buat. Iya ya, sampai sudah tak dapat.

Aku yang kutip. Masukkan semula ke dalam air. Ikan berenang-renang. Riang. Aku agaklah. Siapa? Ikan tu!

Moral:
Berapa orang anak-anak kita yang tak pernah tengok ayam hidup? Kambing hidup? Lembu hidup? Kerbau hidup? Pacat? Lintah? Cacing? Berudu? Berapa orang anak-anak kita yang pernah pegang ular sawa albino di Zoo Negara tu?

Berapa orang anak-anak kita yang tak boleh tangkap lipas, katak, siput babi, tikus makmal, cicak - yang kita pernah sama-sama tangkap untuk dibuat ujikaji di makmal dulu?

Berapa orang???

Sekalung Budi:
Anak-anak aku yang sepuluh orang. Dr. Singh pakar bius. Encik Yazid (ketua penduduk). Abang yang tak tahan dengan bunyi mercun dulu tu. Guard. Aci-aci tukang sapu. Beberapa orang ibu bapa dari Apt. Menara Orkid. Terima kasih juga kepada makcik dewan makan SMSS kerana tidak terlibat!

"Oit Encik Naga, tiap-tiap minggu you akan buat ujikaji ka?"

"Tidaklah, Doktor Singh!"

"Itu ikan kasi saya pinjam. Mau bikin ujikaji dekat saya punya rumah jugalah..."

1 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

balik kg, anak aku nak dekat dgn ayam pun takut..
bandar betul lah..
:-)

Disember 28, 2004 9:21 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home