Aku kawan Ladin Nuawi
Dulu. Ladin ambil buku-buku aku. Sekarang. Kawan-kawan Ladin ambil buku-buku yang dia ambil dari aku. Dulu.
Aku tak kisah. Pejabat aku memang ada banyak buku-buku. Daripada buku-buku itu ditukar menjadi wang saku minah-minah Indon tukang sapu itu - lebih baik aku suruh kawan-kawan aku ambil. Bawa balik. Dan baca. Tapi, itu dulu.
Sekarang. Ladin kena BELI buku-buku yang dia mahu baca.
Rashid Bulan singgah ke pejabat. Mahu beli buku-buku teks untuk anaknya yang bersekolah. Guna diskaun aku. Potongan 15%. Dan kami terserempak dengan Ladin Nuawi di koperasi buku.
"Hello handsome!"
"Hello handsome to you too!!!"
Kami bukannya handsome sangat pun. Cuma, kami perasan kami ni handsome. Mungkin.
Ladin macam selalu-selalu. Berambut lurus nipis. Panjang tak panjang. Berkaca mata. Berbaju Melayu. Berselindang; melilit tengkuk.
"Siapa (tu) BRO?"
"Hah! Itulah Ladin Nuawi yang tersohor tu!"
"Oooo...!
Hari ini, di mamak Hameed, aku terserempak dengan Ladin lagi. Ladin macam selalu-selalu. Berambut lurus nipis. Panjang tak panjang. Berkaca mata. Berbaju Melayu. Berselindang; melilit tengkuk. + Berjalan dengan topi keledar warna putih masih tersarung di kepala.
"Hello handsome!"
"Hello handsome to you too!!!"
NOTA KAKI BANGKU: Ladin Nuawi mengarah teater kanak-kanak SUNGAI BONDA, dipentaskan di MATIC pada 7 - 13 Jun 2004.
2 Comments:
Ladin Nuawi? dia pernah dtg UTM masa merdeka hari tu. Sehabis beliau bersajak, kedengaran suara ini dari belakang "eh, baca sajak ke tu?". Hanya org seni yg memahami org seni.
Disember 28, 2004 4:17 PTG
susah nak faham kan... lg susah nak fikir mcm mana dia leh nikah anak org tanpa kebenaran mak bapak budak tu... beza umur lebih 30 tahun... hanya orang seni yang memahami.
April 21, 2011 8:44 PG
Catat Ulasan
<< Home