"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

27 Disember 2004

Yukata

>>Tok Rimau said...

Rudy bawa baju jepun ke gath. Bukan kimono. Kelihatan macam baju luar tukang masak kedai shushi. Amy mencubanya dan mengingatkan aku tentang entry kau. Amy juga baca sinaganaga. Amy tunjukkan aku baju jepun itu ada lubang ketiak juga macam kimono. Kami ketawa. Kami berkongsi lawak secara telepati.

Nett mahu kongsi jenaka. Nett belum baca sinaganaga. Aku kata pada Nett, "Mari aku buat demo"

Amy menyeringai "eiiiiiiiiiiiiiiii."

Aku bergurau je. Tidak buat demo. Aku meninggalkan mereka supaya tidak dituduh, "Encik ini nakal la." Amy membisikkan pada nett berkongsi lawak lubang bawah ketiak.

Rimau,
Baju yang Rudy bawa tu namanya YUKATA (jacket?). Aku ada beli. Sehelai. Dulu. Semasa PESTA KANDA di Asakusa. Murah. Berlambak. Dan aku perasan yang aku dah beli KIMONO. Pada Majlis Anugerah GEJU yang akan datang - aku akan pakai Yukata, saing Rudy.

Kau ada kuasa TELEPATI? Aku percaya. Sebab kaukan Super Sayah Empat. :)

Spyz,
Aku bercuti. Dua tiga hari. Urusan PARTY LIAR si Jegang. Selamat Tahun Baru! Semua!!

11 Comments:

Blogger rudy bluehikari said...

Aah. nama baju tuh Yukata. Hadiah dr mak angkat sblm pulang ke mesia tempoh hari. Hakama (kimono bagi org lelaki) tak sempat beli. harganya mahal. baik buat kawin duit tu. Semalam di Gath GeJu saya nampak kelibat sinaganaga. Tetapi tidak pasti adakah itu sinaganaga atau hanya bayang2 nya.

Disember 27, 2004 12:10 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Ala.. tuan main sorok-sorok pulak.

Disember 27, 2004 2:04 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

-AMYZ-
ohh.. namanya yukata ek?
mmg minat fesyen jepun tapi xpandai cakap jepun. smlm bila saya pakai yukata, sarahmon anak tok rimau suruh saya cakap jepun, saya cakap "arigato"..
tok rimau memang suka menyakat.

Disember 27, 2004 2:07 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Tok Rimau:-
Ramai cari kau naga sebab kau bagi banyak buku & ramai juga tersentuh dgn video "Suatu Masa". Aku tumpang glamer sebab dlm kredit ada nama aku.

Aku ada titipkan vcd lama dgn nafas baru via Spyz. Kalau nak cepat, pi lawat spyz kat maybank.

Disember 27, 2004 2:10 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Rudy,
Kalau aku datanglah - pasti kau akan cam aku. Sebab muka aku macam Anuar Zen :) Spyz, kau diam! :) Rahsia kau terbongkar sedikit demi sedikit apabila aku bersidang dengan Jegang, Ali, dan Pojie :D

Disember 28, 2004 9:21 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Rimau,
Buku tu 'tak apa-apa' pada aku. Ada banyak lagi. Kau nak? Cuma, aku bimbang, Spyz dan tak larat nak angkut buku-buku tuh jer.... :D

Disember 28, 2004 9:22 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Aku biasa dengar perkataan 'yukata' ni tp x ingat dlm cerita Korea ke cerita Jepun. Selain baju, perkataan ni ada maksud lain ke? ~ cheura

Disember 28, 2004 4:13 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Cheura,
Kalau kau peminat cerita-cerita TV drama Jepun - aku syak, yang kau dengar ialah perkataan WAKATA (bunyi: wa ka(t) tak!).

WAKATA ialah kependekan perkataan WAKARIMASHTA yang membawa maksud "Iya ya, saya faham! @ Faham!"

Kau hafal perkataan ini dahulu. Esok esok aku ajar kau perkataan yang lebih susah. Con: HAIT!!!

Rudy,
Kalau aku salah - beritahu!

Disember 28, 2004 4:43 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

apa main korek2 nih.. :-)

aku memang nak ambik buku lagi, tapi kalau semua org dapat, mana 'lucky'nya??

ok.. c u in thursday..

Disember 28, 2004 8:30 PTG

 
Blogger Unknown said...

thnz naga dengan buku... den dapat JAMBAK 2.. best woooo...

Disember 28, 2004 10:29 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Hahaha ada masalah pendengaran rupanya aku ni. Wakata rupanya. Okeh, aku dah hafal, kejap lagi nak tulis kat buku kecil supaya x lupa.

Dulu aku ada sorang sensei. Tapi sekrg dia dah ilang. Ko jadi sensei baru aku boleh ke? ~ cheura

Disember 29, 2004 10:43 PG

 

Catat Ulasan

<< Home