"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

05 Januari 2005

Pendek tak pendek

"Encik Naga, dari Tokyo ke Hiroshima, jauh tak?"
"Erm. Kalau jalan kakilah... jauh tu bang Naim!"

Jauh atau dekat, panjang atau pendek, 'berlaku dalam sekelip mata (tsunami)' atau 'selagi bulan masih ada (janji Raffles kepada sultan-sultan Melayu)' ... – apapunlah kadar perbandingannya, ia bergantung kepada persepsi manusia itu sendiri.

Bagi Lennard Lee, selat Inggeris itu mungkin dekat baginya (9 jam 45 saat) dan bagi Abdul Malik Mydin, selat Inggeris itu mungkin terasa terlalu jauh (17 jam 35 minit).

Kawan aku, Khalib, pernah naik teksi dari Globe Silk Store ke Mun Loong. Jauhnya tak sampai sepelaung. Tak salahkan dia. Dia tak tahu.

"Oit oit! Taukeh... apa pasal cepat sangat sampai? Mahu tipu saya ke?"
"Haiya! Sini Mun Loonglah. Mana ada tipu-tipu maa..."

Globe Silk Store dia tahu. Mun Loong yang dia tak tahu. Kini, dia dah tahu semua (selepas kena gelak dengan kami yang berjumlah 'satu kapal'). Soalan: SATU KAPAL tu banyak ke sikit?

Dan bagi aku, kalau dah namanya SMS (Short Message Services), janganlah hantar pesanan sampai melebihi 100 perkataan per pesanan. Itu cerpen budak-budak sekolah boss! Telefon bimbit aku hanya mampu setakat 160 huruf per pesanan sahaja.

Tak salahkan boss aku juga. Dah faks bimbit belum tercipta... dia hantarlah mana yang dan. Yang mana terfikir dek dia, alahai!

NOTA KAKI BANGKU: Naim pernah melukis untuk komik BUJAL. Khalib, kini Ketua Pemuda satu parti politik berhaluan kanan dan memilik 10 ekar ladang kelapa sawit siap tuai (sebagai ganti wang berhenti kerja) apabila DARA dimansuhkan. Lennard Lee, Abdul Malik Mydin dan pemandu teksi itu bukan kawan aku. Maklum!

3 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Tok Rimau

.. Kalau jumpa mana2 tauke, sila buat panggilan. Kemudian ketuk-ketuk telefon pada dinding. Untung2 dapat telefon yg boleh memuatkan novel kanak-kanak dalam sms.

Januari 05, 2005 1:39 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

GT3 Dah Lengkap. Tuan boleh proceed dengan cover page. Nama-nama penulis seperti ditulis sebagai pemegang peranan. :) + Kawan-kawan Yang Kita Suka sebagai Pahat Berbunyi

1. Blue HIKARI: Sudah jadi kebiasaan, status bongsu Mak Usu buat dia liat disuruh itu dan ini. - http://www.bluehikari.com

2. Adi BERUANG: Ni ada saman sudah sampai rumah Gua... Date ngan masa saman ni kena time Lu pakai motor gua - http://akupunyapasal.rocks.it

3. Basrie DUGONG: Esok, Jumaat aku nak balik kampunglah cari bomoh - http://basrie.tk

4. Naga ORIGAMI: ...tidaklah boleh terlihat dek aku tentang sebahagian daripada pangkal **** **** dari celah-celah bukaan kolar baju seragam mereka. - http://sinaganaga.blogspot.com/ (**** **** tidak ditapis dalam GT3 nanti)

5. Lady EMI: Saya tengah kelentong sepupu-sepupu saya dengan citer antu. - http://realiti.blogdrive.com

6. Mop LANTAI: BATUK bukan BATOK. Betul tak? http://moplantai.com

7. Walid W4LYD: Perbualan yang pada aku lebih kepada 'ayat-ayat memancing. - http://walids.blogspot.com/

8. Op KETEK2: Sebab dia bukan orang sini, sungai itu tidak kenal dia. - http://fikirandalamkembara.blogdrive.com

9. Ir WANDY: Ada banyak hantu bungkus, hantu pocong dan hantu langsuir merayau-rayau kat situ. - http://www.irwandy.com

10. Amyz 93: Sedang asyik bercakap dengan tunang tersayang, dia terasa satu yang tak best. - http://amyz93.cjb.net

11. Ayares 151: Aduhai... inikah makhluk yang terlalu emosional? - http://ayares151.blogspot.com

12. Ahsuez ANI: Rupa-rupanya ada sekumpulan budak with the leader aged 7-8 carrying a chainsaw! - http://ahsuez.blogdrive.com

13. Tok RIMAU: TV dan pemain video aku dipulangkan oleh ibu kepada perompak yang tinggal ditingkat 10 tetapi barang kemas isteri dan anak aku telah langsai digadai. - http://www.danchan.com/weblog/harimauj

Januari 05, 2005 4:23 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

brader, tenkiu utk teh n rojak..
boleh datang selalu..
hahaha..

spyz

Januari 05, 2005 6:41 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home