"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

06 Januari 2005

Mengusap asap dupa

Aku yang rajin menemankan emak Miyuki. Ke upacara ritual di kuil.

Aku perhatikan. Tiang kuil shinto berwarna vermilion (color of burning blood). Dan tiang kuil buddha berwarna coklat kusam.

"Minta murahkan rezeki. Minta sihat tubuh badan. Jauhkan dari malapetaka."

"Ooo...!"

Sebelum masuk ke dalam kuil, kita dikehendaki untuk membersihkan mulut dan tangan (dengan air dari pancuran yang telah disediakan).. Kononnya, inilah anggota badan yang paling kerap buat jahat! Kena cuci! Bagi bersih!!

Oooo...!?

Dan seperti selalunya, di laluan antara pintu gerbang utama ke kuil, akan diletakkan sebuah bekas besar yang gunanya untuk membakar asap dupa. Kononnya, itu dupa sakti! Jika kau sakit perut, kaut asap dupa tersebut dan usapkan ke perut yang sakit. Baik! Nanti.

"Oit oit! Kenapa kau usapkan ke muka tu, Labu? Sakit apa pula kali ni?"

"Nak bagi 'handsome'lah, mak!"

"Pulak?"

4 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Panggillah Datuk Naga dari mutiara naga. Minta duit berbanyak. Ha ha ha ha.


Ustaz kata, asap makanan jin. Kena berhenti hisap rokok.

------Tok R

Januari 06, 2005 10:15 PG

 
Blogger Joesewel said...

Aku heran, ko tak kawin minah Jepun ke?

Januari 06, 2005 6:08 PTG

 
Blogger robot said...

Naga, engko tak mintak kawin dengan anak Jepun ker? Yang kawaiiiiiiii..... cam tu!

Januari 07, 2005 3:15 PTG

 
Blogger kucing urban said...

Ye la jin jer makan asap.... hmmm sedap ker asap

Bukan ker abang Naga dah handsome sejak lahir????!!!

Januari 13, 2005 6:42 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home