Pengurusan lembu korban perlu ada FAIL MEJA
Ini kali pertama syarikat D menganjurkan Majlis Korban bersama-sama staf. Dua ekor lembu dan satu ekor kambing. Tumbang!
"Pergi beli lembu!"
Di mana nak beli? Dan kalau tahupun di mana hendak beli, lembu yang macam mana yang patut kami beli? Dan macam mana nak tahu lembu itu sihat dan sesuai untuk dijadikan korban? Ya ya, perlu ada FAIL MEJA dari JAWI atau JAIS untuk hal ini agar boleh diuruskan oleh 'orang biasa'. Agar perlakuan kami nanti 'afdal' jadinya!
"Lembu nombor lapan dan nombor tiga belas ya!"
Ya ya, kalau dah di pilih lembunya, dan dah di bayarlah harganya, apakah langkah-langkah seterusnya untuk menurunkan lembu dari lori besar itu dan menaikkan semula lembu-lembu tersebut ke dalam lori kecil syarikat D? Ya ya, perlu ada FAIL MEJA dari pengusaha ladang ternakan dan kelindan lori untuk kami 'orang biasa'.
Hendak tambat di mana nanti? Pokok mana? Pokok mangga berdahan reput di perkarangan syarikat D kah? Nak guna tali yang boleh tahan berapa KG? Kalau terlepas...?
Kata Omar: "Kita panggil bomba! Sebab mereka biasa tangkap ular. Tentu tiada masalah kalau disuruh menangkap lembu. Lembu tak bisa..."
Omar pun tak tahu. Sebenarnya. Dalam FAIL MEJA ahli bomba cuma ada langkah-langkah untuk menangkap ular sahaja. Tangkap lembu terlepas - tiada! Ok, perlu ada FAIL MEJA untuk menangkap lembu terlepas. Tapi, mamat-mamat bomba itu baik hati. Mereka tolong kejar walaupun tiada dalam FAIL MEJA.
"Kami ikhlas!"
Sebelum dilaksanakan pekerjaan menyembelih itu, abang Badaruddin membacakan nama-nama mereka yang mempunyai bahagian dalam korban kali ini. Tujuh orang selembu. Si polan, si polan, si polan, si pojan... lembu! Takbir!!!
Mana orangnya? Tak nampak batang hidung? Bukan ke yang empunya bahagian perlu hadir untuk mewakilkan... Wajib ke? Sunat ke? Kalau tak hadir tak apa ke? Ermmm... JAWI dan JAIS perlu ada FAIL MEJA untuk hal ini! Agar seragam dan dapat diuruskan oleh 'orang biasa'! Dan perlu diingat, kami ni, orang-orang muda, banyak sangat 'kepala'! Perlu ada doktrin - untuk di'sekepala'kan 'kepala' kami orang muda ni!
"Daun pisang?"
Siapa punya idea yang sediakan dua helai daun pisang sahaja ni? Ya ya, perlu FAIL MEJA juga. Berapa helai baru cukup? Beritahu! Nanti aku dokumentasikan.
"Ok, tak cukup daun pisang, guna daun mangga!"
Kak Roza, di bawah khemah, menjerit.
"Naga! Mana 'blender???????????'
Laa... 'blender' apa pula ni? Saya AJK melapah, kak! Ya ya, kalau nak masak-memasak perlu ada rencah-rencahnya. Bawang merah, bawang putih, cili kering, kentang bla bla bla... Itu tak payah FAIL MEJA, Usup Yunus dah tahu. Dah tertanam dalam kepala. Dia 'kepala' masak-memasak.
Tapi, nak kisar rencah-rencah tu perlu guna 'blender'. Yang itu Usup Yunus terlupa. Lain kali, tahun depan, Usup Yunus perlu sediakan FAIL MEJA dan SENARAI SEMAK jugalah! Ada masanya AJK melapah perlu 'take over' tugas AJK dapur!
Tapi, ada kawan mencelah. "Kalau dah semua berFAIL MEJA, tidakkah manusia itu nanti menjadi tidak dapat berfikir dan tidak kreatif lagi?
Tengok FAIL MEJA pun kena berfikir, bang! Kena kreatif dan kritis!! Jangan 'follow' hentam keromo jer! *senyum*
"Hish! FAIL MEJA kena 'follow' satu persatu! Ada ISOnya tau!"
Pulak...!
NOTA KAKI BANGKU: Dalam peperiksaan untuk kakitangan kerajaan, soalan FAIL MEJA selalu keluar. Dan satu lagi soalan kegemaran yang selalu keluar ialah: Apakah makna s.k:? A. Surat kepada, B. Salinan kepada, C. Siapa kau?, D. Sisipan ketua.
4 Comments:
sakit kepala kot..ya, ya mungkin sakit kepala..
Madcap78.
Januari 24, 2005 8:42 PTG
sepakat membawa berkat :)
Januari 24, 2005 10:01 PTG
sebagai permulaan, siapkan fail meja 'sembelih ayam'..
:-)
Januari 26, 2005 12:59 PTG
c: siapa kau???
Januari 12, 2006 1:26 PTG
Catat Ulasan
<< Home