"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

29 Januari 2005

EeeEEeiiiiiaauuUUUuuuooooo...

Yusfi, kalau menyinggah lama di studio aku, kalau malamlah, dan kalau hendak membuang air kecillah, perlu berteman. Kalau tidak, air kencingnya bagaikan tidak mahu keluar-keluar. Seram! Katanya. Apa yang diseramkan, ntah!

Bibik menyapu sampah itu mendakwa pernah terserempak dengan perempuan berambut hitam lurus panjang. Bermuka putih bersih tanpa jerawat. Senyum tidak, masam pun tidak. Beruniform putih serba berdiri. Duduk berlipat kaki, tunduk memandang hujung lantai dengan pandangan yang kosong. Di pentas, Balai Budaya.

Selepas kejadian itu bibik demam tujuh hari tak kebah.

"Bik! Macamana bunyinya?"

"Dia tak bunyilah..."

Abang pengawal keselamatan itu pun pernah terserempak. Dengan 'orang luar'. Tengah bersembahyang. Di masjid Al-Hukamah. Tingkat enam. Tingkat yang paling atas sekali.

"Dah jam tiga pagi. Kalau betul orang luarlah yang mahu bersembahyang (di sini), mesti dia minta izin dari abang dulu! Abang tercongok di kaunter saja dari tadi. Tak ada orang lain yang lalu di depan ni pun... EeeeeeeEEee... seram!"

"Dia bunyi macamana bang?"

"Dia mengajilah... kamuuuu ni... Nak bunyi macamana lagi..."

Kerja macam kami ni selalu balik lewat malam. Atau lewat pagi. Macam selalu-selalunya, pekerja contoh macam Zam akan pulang lewat jugalah. Zam, pekerja baru di syarikat D. Dan untuk pulang, dia akan menunggu teksi di perhentian bas di sebelah jalan Lapangan Terbang Lama.

Aku perhatikan. Lama. Itu 'spot' Zam menunggu teksi. Setiap hari. Tengah malam. Atau awal pagi. Dia tak perasan kerana tanah perkuburan itu dilindungi oleh semak -samun.

"Zam! Kau tahu tak belakang perhentian bas (yang kau selalu tunggu teksi tu) ada tanah perkuburan?"

"Aaaaaaa... Apaaaa????"

Sejak hari itu Zam tak tunggu teksi di situ lagi. Jika kerjanya menuntut lebih masa, dia lebih rela untuk terus bermalam di studio sahajalah.

Sungguh! Sepanjang jalan Lapangan Terbang Lama itu (di sebelah kiri jalan) dipenuhi dengan tanah perkuburan Kristian dan jerat Cina.

Aku? Tak pernah terserempak. Walaupun dah lima belas tahun bekerja di bangunan ini. Tak pernah sekalipun.

EeeEEeiiiiiaauuUUUuuuooooo...

8 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

wah, ini macam blog himpunan cerita-cerita seram nih. hahha, tema untuk bulan nih ke abg naga?

-tok mudim-

Januari 29, 2005 12:00 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ya ya, aku saja nak takut-takutkan Rimau!

Januari 29, 2005 12:47 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

psal tanya bunyi camne? kalau hantu ada bunyi2 tertentu eh..ehehe :)
- farking @ farking.spunge.org/blog

Januari 29, 2005 7:35 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

hisyyyy dah lama tak dengar kisah hantu! tapi nihonjin memang percaya pada hantu.. malah ada sambutan utk mengingati hantu pada musim summer.

lynn.

Januari 29, 2005 10:32 PTG

 
Blogger crimsonskye said...

time d asrama dulu, ada cerita psl 'orang luar' solat tu... senior ni solat sorg2 di musolla, ada org pegang bahu dia.. pastu dia pun imamkanlah... time bagi je salam, tak nampak sapa2 pun...

Januari 30, 2005 4:53 PTG

 
Blogger Unknown said...

hantu hanya akan menjelma ikut bayangan masyarakat setempatnya..

cthnya dracula utk omputeh dan pontianak utk melayu..

mana lebih seram..? hehehe....

Januari 30, 2005 11:22 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Hantu takut kat Naga.

Januari 31, 2005 12:31 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Yang mengaji tu bukan hantu, mungkin jin islam nak tumpang sembahyang. Mungkin masjid kat alam jin dah penuh dengan jemaah jadi dia tumpang bersembahyang kat masjid manusia

Julai 13, 2005 9:06 PG

 

Catat Ulasan

<< Home