"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

31 Januari 2005

Hantu Ulu Pegoh (Alor Gajah)

Dulu. Kalau musim cuti sekolah, seronok tinggal dengan gemulah Pak Long Sarip dan Mak Long Lijah. Sebab gemulah Mak Long Lijah gemar bercerita kisah-kisah hantu. Hantu galah. Hantu Tok Said. Hantu Tangan Hitam. Dan macam-macam cerita hantu lagi. Itu, dulu.

"Ghumah kito ni 'laluan'!" Kata gemulah Mak Long Lijah. Yang merujuk rumah kami sebagai kawasan lalu-lalang hantu. Atau, kalau hantu lalu, ia mesti singgah punyalah... Kot, ntah!!!!

Dan jika aku disuruh untuk mengantar kuih ketayap, kuih baulu, hatta kuih jemput-jemput tepung + ikan bilis sekalipun ke rumah Busu Sirom di baruh, aku perlu meniti jambatan REDA* atau melalui tanah perkuburan untuk ke sana.

Dari rumah gemulah Mak Long, kalau malam bulan penuh, cahayanya akan menyimbah pada batu-batu nisan; akan mewujudkan suatu suasana dan perasaan 'yang lain' sahajalah...

Dan kalau aku melukis (watercolor), kalau tidak melukis pemandangan kampunglah, aku akan melukis kubur! Kalau Induk Kesom (Kalsom) nampak, dia akan 'potet' kepala aku...

"Takdo bondo lain ko nak lukih? EEeeee... soghammmm!"

Dan apabila suatu hari, Duan (Riduan, anak Busu Sirom) tebang pokok petai depan rumah gemulah Mak Long Lijah; diambilnya kesemua petai untuk dijual di Alor Gajah...

...gemulah Pak Long Sarip kata, "HANTU boto budak Duan ni lah!"

*Jambatan REDA merupakan jambatan yang diperbuat daripada kayu. Bersaiz satu setengah kaki lebar dan dua kaki tinggi dari aras tanah sawah. Merintangi dari 'darat' ke 'baruh' untuk memudahkan orang kampung Ulu Pegoh berhubung. Kerana dibina dengan menggunakan kayu rendah mutu - ia mudah reput dan lantainya selalu berkeadaan rongak! Sangat merbahaya kepada kanak-kanak dan pengguna pada malam hari.

9 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

betullah tok teka aritu..
ko ni sebenarnya tamar jalis!!!
lepas ni cerita datuk tunggang rimau plak..
:-)

Januari 31, 2005 3:50 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Kau pernah tengok filem hitam putih HANTU RIMAU. Zaman dulu kira seram. Zaman sekarang, topeng camtu kira komedi.

Idea lagi. Projek baru. Kita bawa cat putih dan pi kubur depan DBP tu. Mana2 nesan yg telah hilang teks, kita tuliskan nama kawan2 pd batu nisan tu. Amacam ada berani?

Tak bosan ke illustrator yg duduk belakang kau tu? Hari-hari tengok belakang kau. Macam dalam kelas darjah 1 pulak susun meja opis camtu.

Januari 31, 2005 4:50 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kalau part susun2 meja - designer memang tak kreatif. he he he.... UuuUUUuuueeeeiiioOOOoooooo...!

Januari 31, 2005 5:01 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

EeeEEeiiiiiaauuUUUuuuooooo... hehe
- farking @ farking.spunge.org/blog

Februari 01, 2005 3:55 PG

 
Blogger OP Zaharin said...

nak tolong cat nesan?

risau kalau ada yang sergah bawak parang 'itu tak lain tak bukan nak mintak nombor ekor lah tu...'.

lebih risau kalau yang sergah cakap begini 'carik apa tu bang? saya kat sini....'

Februari 01, 2005 9:24 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

buat kertas kerja tok r.
nanti kami pakai tshirt gmi dan tshirt geju,
gotong royong mengecat batu nesan!

Eeeuuuooooo..

www.basrie.tk

Februari 01, 2005 10:02 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

meromang la pulak bulu roma aku ni. EeeiiiiOOuuuuWuuuu!! aku kelas setakat cat batu nesan je. buat naik taraf kubur tu la baru best. pasang dinding, pasang bumbung, pasang air-cond, buat longkang etc. siapa nak? aku leh siapkan kontrak tender ni.

Februari 02, 2005 11:38 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Tok Rimau:
Lihat gambar presiden GJ, presiden kelab anggur dan presiden abang 9 sedang Jalan-jalan Cari Hantu.

http://shw.fotopages.com/4092805.html

Gambar: Ehsan Paparazzi.

Februari 02, 2005 12:36 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ko silap! Sepatutnya ditulis: (bakal) Presiden PENA, (bakal) Presiden PEMADAM, dan (bakal) Presiden PEMBARIS. Ha ha...

Februari 02, 2005 4:56 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home