"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

02 Mac 2005

Ofuro lagi...

Dulu. Kalau mahu ke rumah Noriko, di Niigata, harus berkeretapi sambung-sambung dari Chiba ke Shinjuku. Dua setengah jam sampailah. Ke Shinjuku.

Akan berbelanja Yen 6,490 untuk tiket (Joetsu shinkansen - Asahi 321) ke Echigo-yuzawa. Kemudian, duduk 'mute' lima jam di stesyen bawah tanah tersibuk di Jepun itu. Sambil tengok amoi-amoi sekolah Jepun lalu-lalang. Pakai 'skirt' pendek macam Sailor Moon. Lutut mereka kemerah-merahan kerana terdedah dek cuaca sejuk, aduhai! Dan kau akan mula berfantasi macam-macam...

Dan akan 'mute' lagi satu jam lima belas minit di dalam 'shinkasen'. Sambil mengenangkan nasib. Taklah! Sambil menghisap rokok dan makan 'bento (portable lunch)'. Aku beli tiket untuk gerabak yang dibenarkan untuk merokok. Saja.

Kadang-kadang ada juga nyonya-nyonya Jepun yang mengajak berbual:

"Ami Search-san desu ka?"

"Iie, chigaimasu. Ami Search ja arimasen. Anuaro Zeng desu!"

['Part' perbualan ni aku saja tambah-tambah. He he.]

Nanti, akan bercakap 'ayam-itik' dengan pemandu bas di Echigo-yuzawa. Bertanyakan tentang bas untuk ke Tsunam. Akan turun di Kakuma-Nokyo-mae sahajalah. Sekerat jalan.

Dan, Noriko akan tunggu di simpang jalan, di dalam hujan salji, sambil bergaya bagai menyembah berhala di tokong. Untuk menghilangkan sejuk atau berdoa tak berhenti-henti, ntah! (Agar aku tak sesat dan selamat sampai. Di Niigata. Kot!)

Kami tak berlama-lama di rumah Noriko. Rumah lama. Di atas bukit. Berusia hampir seratus tahun, mungkin lebih. Sejuk. Kami pakat cabut ke rumah bapa Noriko. Di Nagano. Dan pakat-pakat untuk singgah 'ofuro' di pertengahan perjalanan. Nanti.

"Nor-san! Nanti kita 'ofuro' sekali ke?"

"Tak!"

Alahai!

Tetapi, macam selalu-selalunya, kami pakat-pakat untuk 'ofuro' santak ke dinding pemisah. Supaya kami boleh berbual-bual. Ermmmm... terjerit-jerit. Sebenarnya.

Pengalaman yang terasa lain. Kalau 'ofuro' di kawasan terbuka. Pada musim sejuk. Dari leher ke hujung kaki akan terendam di dalam kolam air panas dan kepala pula akan dibiarkan terdedah kepada cuaca sejuk. Dan banyak kali kepala kau akan disapa kabus tebal.

"Harro! Harro!! Still there?"

"Uhh! Uhhh!! Kabus!!!! Tengah tak nampak apa-apa ni..."

"Oit oit! Itu kabus ya, bukan halusmitai tau!"

Kawan aku, si Jepun penenun kain ini memang suka buat lawak...

6 Comments:

Blogger spyz said...

'halusmitai' tu apa bang?

spyz

Mac 03, 2005 6:58 PG

 
Blogger sinaganaga said...

sugar floss

Mac 03, 2005 8:58 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

halusmitai = misai yang halus?

Aku bayangkan kau, dengan helmet pasukan MAT (Monster Attack Team)dari Orotoman duduk memandang Sailor Moons.

Mac 03, 2005 9:50 PG

 
Blogger Salina said...

meh aku tolong,

halusmitai = sugar floss = gula kapas

Mac 03, 2005 11:35 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Dua jisim bergerak hampir antara satu sama lain membiarkannya terdedah pada kuasa graviti berhampiran kuburan petang ini. Doakan hujan agar eksperimen ini lebih jelas. Bawa diGatal kamera sekali.

Mac 03, 2005 2:05 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

"Uhhh, encik Limau ni nakallah!"

Mac 03, 2005 3:37 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home