Ofuro (first time)
Kami tinggal di 'Gasshoo Tsukuri'. Di Gokayama. Dua tiga hari. Lama yang terasa sekejap.
Kerana tidak terdapat kemudahan untuk mandi di 'Gasshoo Tsukari' ini, Hitomi mengajak kami ke 'onsen' yang berhampiran. Di Korobe-Onsen.
"Jom 'ofuro'!"
"'Ofuro'? Kau dan aku akan bercampur di dalam kolam yang sama ke nanti? U uu 'best'nya!"
"Tak."
"Ooo..."
Tentu sajalah kami akan berasa kesal seumur hidup kerana tidak dapat sekolam dengan Hitomi, alahai!
Raman, hitam warna kulitnya, seperti India. Asmuni, putih warna kulitnya, seperti Cina. Aku? Merah jambu.
Kami duduk sebaris, tanpa seurat benangpun, punggung mulus di atas bangku kecil, mengadap dinding, memberus gigi, bershampoo, bersabun, mandi air panas dari pancuran. Dan ketawa terkekek-kekek. Mengenangkan warna kulit kami yang berbelang-belang. Hitam. Putih, Dan merah jambu. Yang duduk sebaris. Mengadap dinding. Bergoyang-goyang. Apabila dilihat dari belakang. Ketika memberus gigi.
'Ofuro' ini ada tertibnya. Sebelum masuk tuntas ke dalam kolam - elok menyiram kaki dengan air panas dari kolam. Kemudian, masuklah secara berdikit-dikit. Ini bertujuan untuk mengimbangkan suhu badan dengan air kolam yang menjangkau 46 darjah Celsius (untuk lelaki) atau 42 darjah Celsius (untuk perempuan).
Oleh kerana kami tidak membawa towel kecil untuk menutup 'anu', kami cekup 'anu' dengan kedua-dua tapak tangan sahajalah. Dan dengan laju-laju menjengket-jengket ke kolam air panas. Sungguh!
Baru keriangan hendak bermula, Adnan, kawan aku yang lagi satu, melompat keluar dari kolam dalam keadaan tergesa-gesa.
"Oit! Kenapa kau?"
"Masak!"
"Apa yang masak?"
"Telur!"
Sejak hari itu, kami menjadi penagih tegar 'ofuro'!
9 Comments:
psst...
gambar? boh le gambo...!!
Februari 17, 2005 9:39 PTG
telur masak? ehehee..lawak
- farking @ farking.spunge.org/blog
Februari 18, 2005 5:25 PG
kah kah kah...
segar badan lepas mandi air/wap panas nih
Februari 18, 2005 1:03 PTG
Abang RED,
Gambar? Gambar kita orang nak buat hahpe...
Februari 18, 2005 5:26 PTG
duduk lama = telur masak
duduk sekejap = separuh masak
:)
Februari 20, 2005 4:57 PTG
wah.. macam best je berendam dalam air panas.. :D
Februari 21, 2005 10:23 PG
Kalau kau ketagih merebus telur di KL, kolam air panas mana kau akan pergi? Aku nak pastikan aku tidak lalu jalan berhampiran dgn kolam air panas kunjungan kau. Not a pretty sight you know. Can bring nightmare.
Februari 22, 2005 12:52 PTG
merebus telur masin?
http://basrie.tk
Februari 22, 2005 2:38 PTG
masa aku singgah rumah tok aritu, sempat tgk anime jepun.. apa nama.. lupa plak.. ada satu scene bapak dia mandi dlm bathtub bersama2 dgn anak pempuan dia (2 org, kanak2 lah..).. bogel...
Februari 22, 2005 7:11 PTG
Catat Ulasan
<< Home