Perang harga?
Oit! Dunhill dan Pall Mall turun harga. Dari empat ringgit tujuh puluh sen kepada empat ringgit lima puluh sen. Kurang dua puluh sen. Untuk sekotak empat belas batang.
Kenapa? Entah. Strategi pemasaran, barangkali! Mungkin pengilang-pengilang rokok mahu mengikut pola pemasaran atau perang harga syarikat-syarikat telefon selular kot, ntah!
Mungkin iklan rokok, nanti, akan ditulis begini:
RANGKAIAN CIRI HEBAT TAMBAHAN PERCUMA.
Bertukarlah ke Dunhill empat belas untuk menikmati rangkaian ciri hebat tambahan tanpa caj tersembunyi. Penjimatan sehingga dua puluh sen.
ATAU
Harga kami cuma dua ringgit lima puluh sen untuk tujuh batang rokok berpenapis dan tujuh batang lagi tanpa berpenapis. Dapatkan tujuh lagi penapis tersebut dengan harga dua ringgit di pam-pam minyak yang berdekatan.
TIBA MASANYA UNTUK BERTUKAR.
Oit! Kalau inilah senarionya, ada kemungkinan, nanti, rokok akan hanya berharga lima puluh sen sahaja untuk sekotak empat belas batang.
NOTA KAKI BANGKU: Semalam, Spyz hisap rokok kotak besar. EeeeeiiiiuuuUUuuoooo...
4 Comments:
w/pun kotak besar, 3 hari baru habis tau..
Mac 09, 2005 3:08 PTG
Bantulah penanam-penanam tembakau.
Mac 09, 2005 5:21 PTG
nak tunggu syarikat minyak berlumba-lumba turun harga. bila agaknya ya?
Mac 10, 2005 9:15 PG
Tok R, sokonglah industri batu nisan tempatan :P
http://basrie.tk
Mac 11, 2005 10:15 PG
Catat Ulasan
<< Home