Magis emak Miyuki
Dulu. Emak Miyuki tegakkan ikan panggang. Di atas piring. Di ketuk-ketuknya. Belakang ikan. Dengan 'chopstick'. Diputar-putarnya kepala ikan. Dicabutnya. Lerai. Dengan tulang-tulang badannya sekali mengikut. Tinggal isinya sahaja. Di atas piring. Dulu.
"Fuyoo! Mama ada magislah!" Aku.
"Itu baru sikit sahaja yang kamu tengok. Ada banyak lagi tau, Labu!" Mak Miyuki.
"Hai! Saya dah balik. Kamu berdua sedang buat apa tu?" Miyuki.
"Kami tengah main magis-magislah." Aku.
Sekarang. Aku cuba ketuk-ketuk juga. Belakang ikan kembong goreng. Beli di restoran Kancil. Dengan sudu. Aku putar-putarkan kepala ikan juga. Lerai. Kepala ikan. Cuma. Tanpa tulang-tulang badannya yang sekali mengikut. Sekarang.
Aku tiada magis. Macam emak Miyuki, alahai!
2 Comments:
kerana penangkapan ikan tanpa terkawal sekarang, tidak cukup time interval untuk anak2 ikan menjadi dewasa. oleh kerana ikan dewasa dah habis di tangkap, kapitalis jual anak2 ikan pulak. itu sebabnya tulang belakang ikan tu lembut, tak tercabut sekali dengan kepala
Mac 12, 2005 11:18 PG
jangan kepala ikan. Nanti cepat lupa.
Mac 12, 2005 12:19 PTG
Catat Ulasan
<< Home