Zine PROPAGANDA
Satu. Aku tertanya-tanya. Kenapa aku terima banyak sangat GT4? Rimau kata, sebab aku buat dua kerja dalam satu perkara. Ooo, begitu....
Dua. Nak jual kepada siapa? Nak beri kepada siapa? Aku bukan ada ramai peminat. Macam Mat Jan. Macam Rimau. Macam Rudi. Macam Spyz. Macam Yasmin. Macam entah siapa-siapa lagi entah... Aku pemalu. Amat! Rimau kata, aku boleh jual semua dan duitnya boleh buat belanja Aa tengok wayang.
Nasib. Spyz berkunjung. "Sepuluh minit sampai!" Katanya.
Aku beri satu. Dia minta lebih. Aku beri lebih. Dan dia hulur duit. Merah-merah. Aku beri lima. Termasuk yang satu percuma. Tanpa tandatangan. Tak sempat. Hujan rintik-rintik (kambing biri-biri?)
Yang lebih, aku simpan satu. AhsueZ dah order satu. Dan 'budak-budak' aku di syarikat D beli tiga.
"Wa dengar lu ada jual Zine Propaganda? Jual kat wa satu!"
Azhar beli dua. Satu untuk awek (yang diberitahunya - 'hanya kawan'). Dan Antu beli satu. Antu baca Zine Propaganda sambil dengar lagu entah apa-apa entah...
Aku belajar banyak: SATU Kugiran CROMOX (hai Sam! hai Chet!!) tak perlu promosi melampau - album tetap dapat dijual. Laku! DUA Sam pemalu orangnya. Tapi dengan tunjuk ajar dari orang lain, kini, dia dah pandai turunkan tandatangan di kulit album dan kata "Hai!". TIGA ada insan yang melihat GT sebagai Zine PROPAGANDA. Ha ha!
3 Comments:
Uncle, ari Sabtu ni gi Genting la. Lupe lak. Tlg simpan one for me tau..
Mac 30, 2005 6:26 PTG
Ok. Uncle simpankan untuk kau. Satu.
Mac 31, 2005 10:03 PG
aku dah tua. tak larat nak menjual cara dari rumah ke rumah. kalau ada pembeli datang berkunjung, tanya, aku jual...
insyaAllah, kalau ada yang bertanya, aku cari kau...
oit! try berhubung dgn ONEBREASTBOUNCING... dia freshie *ahaks*, mesti dia mahu...
Mac 31, 2005 4:00 PTG
Catat Ulasan
<< Home