Kolgate susu
Miyuki. Kalau berlama-lama di 'kotatsu', akan duduk berlipat kaki. Ber'skirt' pendek warna bumi dengan motif bunga-bunga halus. Berkemeja lengan panjang kain kapas warna cerah. Rambut paras bahunya kadang-kadang bertocang satu, kadang-kadang dibiarkan lepas. Bergincu warna 'momo'. Hanya disapu pada bibir sebelah bawah. Kemudian akan segera dikemam-kemam agar melekat bias pada bibir sebelah atas. Berbedak nipis. Cuticura barangkali, ntah! Berminyak wangi jenama Yohji Yamamoto. Bukan Miyuki. Aku! Eeee...
Miyuki. Kalau menyediakan sarapan, macam 'hitomi women', alahai! Kejam!! Boleh membunuh. Selera.
Telur mentah. Sebiji - dipecahkan ke atas nasi. Digaul. Dibungkus. Dengan cebisan rumpai laut kering berwarna hijau tahi lembu. Yaakkk!
"Oit oit! Nak buat apa letak kolgate ke dalam koko panas tu?" Aku.
"Oit oit! Ini bukan ubat gigilah. Ini susu. Dipek seperti ubat gigi. Buka penutupnya, picit perlahan-lahan sehingga susunya keluar... Susu 'ubat gigi' ini mudah untuk dibawa kemana-mana. Praktikalkan?" Miyuki.
"Ooo... ingatkan resepi baru. Koko panas campur ubat gigi..." Aku.
"EEeeeeee... Nak letak atau tak mahu letak 'ubat gigi' ni?" Miyuki.
"Ya ya! Mahu mahu!! Eeee... " Aku.
Hakone Check Point yang terletak kira-kira 75 kilometer dari Tokyo. Terletak di tepi tasik Ashinoko di daerah Kanagawa, pusat pemeriksaan laluan masuk ke Edo ini dibina pada tahun kelima dalam era Genna (1619). Pusat pemeriksaan ini diwujudkan oleh para shogun pada zaman Edo bertujuan menyekat keluarga Daimyos daripada merancang pemberontakan terhadap pemerintah. Keluarga ini kemudiannya ditahan dan dipaksa tinggal di Edo. Segala pergerakan ahli keluarga dan pengaliran masuk senjata secara sulit dari luar dikawal ketat. Bagaimanapun kawalan di Hakone Check Point ini lebih mengutamakan kegiatan dan perjalanan keluar masuk kaum wanita Daimyos yang dicurigai menjadi perisik.
Topeng ukiran kayu dengan wajah yang menakutkan digantung di balai kawalan sebagai peringatan kepada mereka yang lalu-lalang. Pegawai di pusat pemeriksaan ini terdiri daripada bangashira (ketua dan penjaga pusat pemeriksaan), yokometsuke (pembantu bangashira), jobans (pengawal), samurai (pahlawan), beberapa orang tentera, dan pekerja am. Seorang pegawai wanita yang dikenali sebagai hitomi women akan menjalankan segala urusan penyiasatan ke atas wanita yang menggunakan laluan Hakone Check Point ini. Mereka yang disyaki akan diseksa dengan alatan yang perbuat daripada besi seperti sasumata (seperti garfu panjang berbilah dua yang digunakan untuk menyengkang leher), sodegarami (belantan berduri), dan tsukubo (pengenggam berduri) untuk mencungkil rahsia.
-dipetik dari rencana sinaganaga: "HAKONE ~ Menghimpunkan tinggalan sejarah dan koleksi seni" untuk kolum Rakaman Pengembara Majalah Dewan Siswa
5 Comments:
detail benar ko mendescribe miyuki. ko syok kat dia ke dulu? hehe..
April 08, 2005 6:28 PG
Mop,
Bukan aku tak melepas. Miyuki yang melepas. Ha ha.
April 08, 2005 9:02 PG
aku kena beli dewan siswa.. hem.. bila last beli ds ya
April 08, 2005 9:11 PG
Miyuki mekap lepas dia mandi dan pakai baju di bilik tidurkan..kan.
Kau kat situ juga kan..aaa nanti kawan teka kau kat mana dan buat apa masa tu..ialah sambil perati Miyuki..kadang tengah meniarap, menongkat dagu, menghembus asap rokok..
April 08, 2005 9:47 PG
labu_labi@Yahoo.com said...
>>>sambil perati Miyuki..kadang tengah meniarap, menongkat dagu, menghembus asap rokok..
Tak. Tengah belajar kepit tahu lembik dalam sup miso dengan kayu sepit.
April 08, 2005 1:08 PTG
Catat Ulasan
<< Home