"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

07 April 2005

Anjing ketot-metot Encik Aji-No-Moto

Ingatkan anak anjing... rupa-rupanya anjing dewasa, oh! Anjing milik Encik Aji-No-Moto ini jenis anjing yang ketot-metot!!

Bergonggong-gonggong sejak aku tiba. Kelmarin. Pantang aku lalu lalang di dapur – anjing ketot-metot itu akan bergonggong-gonggong. Apa salah aku? Aku pun macam ia. Menumpang tidur di rumah Encik Aji-No-Moto. Cuma, makanan aku lebih sedap daripada makanan ia. Takkan itu pun hendak dijadikan sebab untuk terus menerus bergonggong-gonggong?

Kalau mahu gigit – gigit sahajalah! Tak usahlah mahu bergonggong-gonggong lagi.

"Keeiiienggg!" Aku sepak anjing ketot-metot Encik Aji-No-Moto. Berdengking. Lari. Menyorok. Ia. Tapi, masih ada hati mahu bergonggong-gonggong lagi. Sejak hari itu dendam kami tidak pernah padam-padam.

Dulu. Encik Aji-No-Moto mahu berpindah ke Kuala Lumpur.

"Macamanalah nanti... ermm! Aku bimbangkan Shirochi. Patut ditinggalkan di Matsumoto sahajakah atau patut dibawa pindah bersama-sama? Kalau mahu dibawa pindah ke Kuala Lumpur – tentu sahajalah Shirochi akan dikurantin lama... Ia tak biasa hidup kesebinatangan (keseorangan?) begitu... ermmm!" Encik Aji-No-Moto.

"Kenapa kau tak goreng saja si Shirochi? Habis cerita!" Aku.

NOTA KAKI BANGKU: Sudah tiga tahun Shirochi tinggal di sebuah pangsapuri, di Seputeh, Kuala Lumpur. Ia masih gagal menguasai bahasa Melayu.

"Kau apa khabar, Shirochi?"

"Gong gong gong gonggg gonggggg gonggggg!"

"Ceh! Binatang!! Tak tahu berbudi bahasa!! Hiiiaaaaaatt zassss!"

"Keeiiiiiinggggg!"

NOTA KAKI BANGKU: Psst!!! Hari jadi aku lagi sebelas hari!

4 Comments:

Blogger sinaganaga said...

Banyak-banyak anjing, aku hanya berani sepak Shirochi, sebab ia anjing ketot metot je...

April 07, 2005 4:21 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

yg mcm britney lembing punya tu ke?

spyz

April 08, 2005 6:27 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

1. Selamat menyambut hari jadi-panjang umur, sihat sejahtera dan dapat menulis lagi, murah rezeki, kelapangan masa! Tapi yang keberapa? Jika kau lebih senior dari Izham tv 8 bermakna kawan lebih veteran dari kau...hehe..

April 08, 2005 9:42 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Izam TV8 dua tahun junior dari aku. Dr. Rohaidah YB Ampang lima tahun senior aku.

April 08, 2005 10:28 PG

 

Catat Ulasan

<< Home