"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

19 April 2005

Pendeta dan pujangga semiotik (bukan entri merapu)

Mengulang YUDA. Mengulang RAPSODI. Buah tangan Zaen Kasturi yang aku baca. Pernah. Dulu. Kononnya, aku dan Zaen mencari sesuap makan di organisasi milik 'state' yang sama. Dia tahu. Tentang aku. Yang mengulang RAPSODI. Yang mengulang YUDA.

"Zaen! Kau faham ke apa yang kau tulis ni?"

"Tak!"

Dan aku tak pernah percaya dengan jawapannya itu. Aku mengulang YUDA. Aku mengulang RAPSODI. Lagi. Menghadam semiotik buah tangan Zaen Kasturi. Hingga faham. Mengikut interpretasi sendiri.
Cerpen-cerpen dalam antologi RAPSODI ini pada keseluruhannya agak berbeza daripada cerpen-cerpen konvensional jika dibandingkan aspek komposisinya, ungkapan, serta cara penulisnya melihat dan mengolah persoalan. Pembaca tidak mungkin menyusuri hukum sebab-akibat dengan jelas kerana ia tidak mengikut skema yang lazim. Cerita diungkapkan sebagai 'percikan-percikan' kehidupan yang berpencar-pencar, agak abstrak dan dalam jalinan bahasa yang ambiguiti - Anwar Ridhwan, Rapsodi, 1998

Aku bercerita tentang pasu. Dan Mop bercerita tentang tempayan. Rimau bercerita tentang meja Jepun. Dan aku bercerita tentang meja Jawa. Nazmi bercerita tentang anai-anai jahat. Dan Spy bercerita tentang gigi bangang. Mat Jan bercerita tentang radio RIMA, Rais dan Kadir. Dan kami kait-kaitkan dengan Pilihanraya GEJU yang baru lalu. Mengikut interpretasi sendiri.
Semiotik: (Lin) kajian tentang tanda dan lambang terutamanya hubungan antara tanda dan lambang dgn benda atau idea yg dimaksudkan - Kamus Dewan; Edisi Ketiga. Ms: 1233.

Aduhai kawan. Pedulikan objek-objek itu! Pedulikan latar ceritanya! Objek itu hanya 'skin'. Kau harus pergi lebih 'deep'! Mereka bercerita tentang 'placement' di sekitar objek. Objek yang di'angkat' itu hanyalah sebagai satu hal-perkara yang menghubungkan 'placement-placement' tersebut, aduhai! Mereka bercerita tentang nilai (value). Sebenarnya.
Tukar genre dari impressionism ke metafizik absurdism. Mesej = satu objek dua fungsi = an object is defined by its application, not its physical attribute. - Rimau. Via SMS. Sent: 20:23:08. 14-04-2005.

"Naga! Kau faham ke apa yang kau tulis ni?"

"Tak!"

NOTA KAKI BANGKU: Salleh Ben Joned memahami semiotik yang ingin di'angkat' oleh Redza Piyadasa dan pernyataan faham Salleh kepada Piyadasa adalah secara semiotik juga.

http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=1353 ... As happened at an art exhibition by painter Redza Piyadasa, where Salleh (Salleh Ben Joned) unzipped and let go in front of a crowd of people. ...

7 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Benar entry kau tak merapu tapi kepala otak kawan yang memikir apekebenda yang ditulis dek budak sorang ni.. kawan menghargai kau tahu ciri yang menyumbang ke arah karya yang bermutu. Kawan kabur dalam menilai

April 19, 2005 8:44 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Aku faham sikit sikit je cerita kau.

April 19, 2005 11:26 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Terlalu dalam tak terselam.

April 19, 2005 11:26 PG

 
Blogger Korakora said...

aku boleh faham apa yg ko tulis kalau aku selam. tapi aku pilih utk tak paham sebab aku tak nak selam. aku nak selam benda lain! :p

April 19, 2005 12:17 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

naga,
aku tak paham entry ko.

sekian, meaceh!

April 19, 2005 4:28 PTG

 
Blogger spyz said...

aku pulang balik soalan kau ini.

kau mencarut ke tu?
hahaha..

"Mereka bercerita tentang nilai (value). Sebenarnya." - ya, aku setuju tu. bila aku bercerita ttg 'gigi bangang'(http://spyz.blogspot.com/2005/04/gigi-bangang.html), byk benda aku nak tulis sebenarnya (tapi macam biasa, blog aku sembelit :-) ). tentang tulisan jawi. tentang pengalaman aku sekolah agama di johor (http://spyz.blogspot.com/2001/11/sekolah.html). tentang bapak zaman ini yg tak reti mengajar anak. tentang jawi baru yg dah jadi panjang ejaannya. tentang kanak2 sekarang yg lebih pandai 'mencarut' dari mengeja.. et cetera et cetera..

btw, banyak koleksi buku kau? boleh lah pinjam :-)

April 19, 2005 5:53 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Spy,
Hah... kau mencarut ke tu? Ha ha.

Buku? Banyak. Kalau kau singgah di opis aku, mana yang kau kenal pasti macam buku bentuknya, kau ambil sajalah. Ha ha. Bukan2, itu speaker altec lansing akuuu... EeeeeiiuuuUUUuuooooo!

NOTE: Orang yang lansing kena guna speaker yang lansing jugalah... *LOL*

April 19, 2005 6:42 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home