"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

11 April 2005

Emak Noriko

Pasu

Di ruang tamu. Rumah Noriko. Di Nagano.

"Cantiknya pasu tembikar ni..."

"Abu emak aku di dalam tu!"

"Oops!!!"

"Am jokin'! He he."


Anak emak

Emak Noriko mati! Mayatnya akan dibakar. Dan akan disimpan ke dalam pasu tembikar. Nanti.

"Pada kehidupan semula nanti, kalau diberi pilihan, aku mahu kembali menjadi anak emak... Aku tidak mahu menjadi anak kepada orang lain." Kata kawan aku, Noriko, si pandai tenun itu.

Noriko tidak pernah memeluk apa-apa agama. Tetapi, dia percaya akan kehidupan semula selepas mati.

Ada ketikanya, aku gemar mendongak langit, mengamati motif-motif mandala di ceracak bumbung rumah Miyuki. Dan aku segera faham apa yang Noriko cuba cakapkan tadi.

Hidup. Mati. Mandala. 'Recycle'.

7 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Kau meremang bulu tengkuk ke? Slalunya selepas upacara sembahyang mereka buang ke laut abu tu. Belum cukup setahunkah, atau Noriko ada nazar menyimpannya di rumah?

April 10, 2005 12:18 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

rumah aku belum ada pasu. blom berkesempatan nak shopping cari pasu.pokok kaca berlambak-lambak bapak aku kasi. simpan dalam kotak dulu.

April 10, 2005 9:04 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

rumah aku belum ada pasu. blom berkesempatan nak shopping cari pasu.pokok kaca berlambak-lambak bapak aku kasi. simpan dalam kotak dulu.

April 10, 2005 9:09 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Kau mengenal banyak perkara di rumah Noriko, tapi kau melabuhkan batu jemala dan tubuh kau di rumah Miyuki. Dari segi mutu persahabatan Noriko lebih bermanfaat!

April 11, 2005 8:28 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Aku berlabuh punggung di rumah kawan-kawan: Miyuki, Noriko, Hitomi, Mina, Mari, Junko dll. SATU sebab aku kedekut; nak berjimat, DUA sebab kawan lelaki asyik nak bawa aku pergi ke tempat mabuk-mabuk, TIGA kat rumah orang perempuan aku boleh buka mata; tengok sana tengok sini catit sana catit sini tanya sana tanya sini usik sana usik sini, EMPAT rumah sendiri aku buat macam hotel; untuk letak buku dan baju.

April 11, 2005 9:43 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Dan, lebih seronok rasanya belanja perempuan makan di McDonalds. Ha ha. Dan lebih senang dengan perempuan untuk mengenal budaya mereka. Minor aku: Bandingan agama dan budaya (selain drp hal-hal PERJAMBANAN).

April 11, 2005 9:46 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Sake- Rasanya taklah sehebat mana. Air tapai lebih sedap dan ada aroma. Cuma ia menerbitkan rasa panas dan cepat mengantuk. Apa pendapat kau Naga.Minor kau? Apa Major Kau?

April 11, 2005 12:51 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home