"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

12 April 2005

Aji Baka

Boss aku di ACCU, Misako Ohnuki, berkunjung ke DBP. Aku memperkenalkan Encik Timbalan Ketua Pengarah DBP kepada Cik Ohnuki.

"Misako! Aku perkenalkan... ini, Haji Bakar!"

Mereka berjabat tangan. Ada senyum penyet yang tertahan-tahan pada raut wajah Cik Ohnuki. Segera dia menarik aku. Ke hujung ceruk ruang pejabat. Berbisik. Sambil cawan dan piring masih di tangan.

"Aji? Baka?"*

Dan ketawa kami pecah berderai. Macam pontianak.

"Oit! Bila nak suruh aku jemput Puan Kasumi (Puan Embun) di KLIA?"

Dan ketawa kami pecah berderai. Lagi. Macam pontianak.

NOTA KAKI BANGKU: *Serbuk perasa. Bodoh.

7 Comments:

Anonymous labu_labi@Yahoo.com said...

'Baka' bermaksud bodo dalam bahasa Jepun. Bukan salah kau Naga! Kat sini Jun nama pompuan- Kat Jepun Jun nama lelaki

April 12, 2005 9:18 PG

 
Blogger moplantai said...

Hahahaha! aku dah agak dah! supposed ko sebut BAKARU~ muhahaha! ni kalu Tuan Haji yang ramah tu tahu, maunya D*W*** kenakan tindakan tatatertib muhahahaahahaha!

April 12, 2005 9:56 PG

 
Anonymous Op said...

sepupu aku ada lelaki namanya jun. lahir dan membesar di malaysia hehehe :P

bahaya ni harap2 nama aku takdela maksud apa2 dalam bahasa lain.

April 12, 2005 10:52 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Aku panggil "Op! Op!" OP kata "Nama aku bukan Op, tapi O.P.!" Aku jawab "Aku bukan nak panggil kau. Aku cuma cakap - Ops! Ops!!".

Sebenarnya, memang aku nak panggil O.P. Ha ha.

Kawan aku, Samsul, di arah untuk membuat pilihan: 1. gugur 'l' atau 2. gugur 'l' dan ditambah 'roo'. Kau rasa2 dia pilih yang mana?

April 12, 2005 11:36 PG

 
Anonymous labu_labi@Yahoo.com said...

Once upon a time, kawan dah temalu asham. Peringatan! kalau ke Jepun please do not simply say 'Cincin. Maksudnya amat mengaibkan, sementelah pulak yang menyebut orang pompuan..hehehe..Naga tolong jelaskan maksud 'cincin'. kawan tak tergamak nak menjelaskan...

April 12, 2005 12:16 PTG

 
Blogger spyz said...

aji no moto - serbuk perasa takde motorsikal??
:-)

April 12, 2005 4:04 PTG

 
Anonymous labu_labi@Yahoo.com said...

Naga dan para peminat naga, ada beberapa perkataan yang seirat dan hampir sama dengan perkataan melayu con: pisang kaki(di Jepun disebut kaki saja), merujuk kepada benda yang sama, kohi cjawan(cawan kopi), bahasa melayu. mandi - mandi o suru(mandi)itu pun kalau tak silap kawan. Maklum dah lama bercerai susu....lupa..

April 12, 2005 4:29 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home