Kawan kawan-kawan aku.
Dulu. Ketika umur baru masuk separuh masa pertama, aku gemar berlonggok-longgok di Medan MARA. Selepas waktu kerja tamat. Makan. Minum. Gelak. Makan. Minum. Gelak lagi. Makan. Minum. Gelak-gelak lagi.
Pak Ngah. Satey. Mangkok. Aku. Kadang-kadang Aween. Kadang-kadang Ajie. Kadang-kadang Rabena baby. Dan entah siapa-siapa lagi entah. Kawan-kawan aku dan kawan-kawan mereka. Ramai. Kami ni jenis kawan-kawan yang dah habis makan pun tak reti nak bangun. Selalu berlama-lama, alahai!
"Demo turun male ni?" Pak Ngah.
"Turun. Habis pejabat aku terus ke sana. Tunggu! Meja biasa ya!" Aku.
Dari jauh sudah nampak. Pak Ngah dan Satey. Sudah sampai dulu. Di meja yang paling hujung. Mangkok tak kelihatan. Balik mandi dulu, mungkin.
"Dah lama sampai?" Aku.
"Baru ja..." Pak Ngah.
Kami bersalaman. Aku salam Pak Ngah. Salam Satey. Salam kawan di sebelah Pak Ngah dan salam kawan di sebelah Satey. Salam kawan di sebelah kawan Pak Ngah dan salam kawan di sebelah kawan Satey. Dan seterusnya... Berkeliling. Sepanjang empat buah meja empat segi yang disambung menjadi satu. Aku salam. Semua. Sambil mulut tak putus-putus kata "hai!".
"Uhh! Demo ni Naga... Tok reti penak ko? Ambil kerusi tuh! Mari duduk sebelah kawe!" Pak Ngah.
Ada gadis cantik di sebelah Pak Ngah. Badan 'sedang-sedang'. Kulit cerah. Rambut lurus mencecah bahu. Anak rambutnya terjurai di dahi. Kalau mengunyah, menutup mulut. Kalau ditanya soalan, akan menghabiskan makanan di dalam mulut terlebih dahulu, kemudian baru menjawab. Kalau ketawa, tak bersungguh. Tangan akan spontan menutup mulut. Menjaga tatasusila, barangkali mungkin. Ntah, kot! Jari runcing. Macam belalang Mekah, alahai!
"Oit! Siapa? Kawan kau?" Aku.
"Entah! Kawe denge Satey tumpe duduk sini ja. Mejo tak dok! Penuh doh!!" Pak Ngah.
Laaa... yang aku beria-ia salam berkeliling empat meja tu bukan kawan-kawan Pak Ngah dan Satey ke? Laaa...
10 Comments:
hahahahahaahahaha!!!! masa salam tu, depa-depa tu tak buat muka hairan ke??? lepas ko dah tahu perkara sebenar, kau tak sembunyi bawah meja ke? (kerana malu yang amat sangat?)
ke kau memang muka tak malu.
April 12, 2005 11:48 PTG
Elok buat adik ipar, molek buat menantu, sopan-santun, lemah lembik, ramah tamah...habis salam keliling. Tabik Naga! kau buat benda elok tak perlu malu.
April 13, 2005 9:10 PG
nasib baik ada member hang kat situ..
kalau tidak memang kena halau dah,
org ingat saleman jual apa ntah..
kalau aku, aku bangun ajak pikedai lain jer..
April 13, 2005 2:03 PTG
naga memang ramah orangnya.
http://basrie.tk
April 13, 2005 2:10 PTG
MatJan,
Aku ni pemalu orangnya...
Basrie,
Mana kau tahu aku peramah?
April 13, 2005 2:27 PTG
Alah ada gadis kat sebelah tuh,ambik peluang la ,macam tak tau tektik orang laki...buatlah kono2 macam tersalah sangka...saje nyakat...jangan hot!
April 14, 2005 7:37 PG
sekali lagi.. bab bab mendescribe awek ko memang details..
cuba ko describe ahsuez plak..
oppps samurai.. dengan izin :-)
April 14, 2005 2:25 PTG
wwwhhhyyy meeee? no.. nooo~!!
April 15, 2005 9:50 PTG
tak pa..tak pa...setakat salam saja...anggap la macam makan kenduri (tapi berbayar) hehehhee
April 17, 2005 3:59 PTG
hahahahhahaha... adeh sakit perut aku!
Mei 08, 2009 3:34 PTG
Catat Ulasan
<< Home