"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

29 April 2005

The sakura petals unfold

Naa! Kami hanya kawan.

MUSIM bunga penghujung April. Aku. Hitomi. Bertongkat siku. Pada birai jambatan. Di delta Hiroshima. Bunga-bunga sakura menguntum. Mekar. Lalu cepat-cepat gugur. Menutupi ke segenap ruang alur limpah. Penuh. Sesekali. Muncung-muncung 'koi' yang birah. Timbul. Mengambil udara. Dari celah-celah. Gugur bunga MUSIM.

"Oit-oit!" Hitomi.

"Erm..." Aku.

"Aku macam bunga-bunga tu..." Hitomi.

"Cepat gugur?" Aku.

"Tidaklah!" Hitomi.

"Habis...?" Aku.

"Cantik!" Hitomi.

"Kau macam nyonya jual sayur. Cantik ke apa..." Aku.

Senyap. Tidak lama.

"Kau macam 'koi'!" Hitomi.

"Birah? Lemas? Tercungap-cungap?" Aku.

"Tak. Bodoh!" Hitomi.

13 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Orang dah bercerai akan rujuk balik bila kau ungkit kenangan semacam tu Naga. kau memang pandai!

April 29, 2005 3:36 PTG

 
Blogger Korakora said...

kau macam koi?

bukanlah, koi tu aku.

orang pahang kata koi tu aku, kan?

April 29, 2005 4:58 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

koi tu jenis ikan ker?
yang berbelang2 tuh??

April 29, 2005 5:27 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

apakah betul koi bodoh..? :)

April 29, 2005 6:44 PTG

 
Blogger el-Maaniq said...

Orang lain nampak kebodohan kita, dan kita nampak keburukan orang lain. Normal la tu

April 29, 2005 7:41 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

hahahaha...
(samalah kita terkena)

April 29, 2005 9:46 PTG

 
Blogger Ahsuez said...

Uncle Naga gay yang handsome (lagi).

April 29, 2005 10:36 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

KOI ialah kata ganti diri SAYA/AKU! Betulah tu bukunota. Tapi sebelah Pelangai(sempadan) diaorang cakap macam loghat Negeri Sembilan.

April 30, 2005 8:26 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Aku: Kau macam badut.

Naga: Buat kau ketawa? Kelakar?

Aku: Ya dan Tidak.

Naga: Maksud kau?

Aku: Kau buat aku ketawa kerana kau gendut 2 inci dari aku.

April 30, 2005 9:02 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

adakah dia kata kau koi sbb tak membalas cintanya?
iiiiieeeooooouuuuuu...

April 30, 2005 2:00 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Rasa kawan Hitomi nor Hiroshi ialah sir name, kalau guna pun nama begitu untuk orang JANTAN! Kau biar benar Naga! Kau pernah tak pergi Bandar Diraja/Maharaja...tau tentu tau kat mana...bermula dengan huruf M.......o

April 30, 2005 3:01 PTG

 
Blogger Korakora said...

ieouuuuuuuuuuuuuuuuu! naga akan "menelanjangkan" diri?

Mei 01, 2005 9:15 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

lawak btul dialog
- farking.spunge.org/blog

Mei 02, 2005 2:17 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home