Boss kami macam Darth Vader (hitam serba-serbi)
"Kenapa Anakin jadi jahat?" Aku.
"Sebab dia tak boleh kawal 'anger'." Kirinz.
"Kenapa dia tak boleh kawal 'anger'?" Aku.
"Sebab dia bukan Jedi yang cukup bagus. Jedi yang cukup bagus - boleh kawal 'anger'. Tak macam boss kita. Boss kita macam Darth Vader (Anakin semasa tua), tak boleh kawal 'anger'. Tak macam aku..." Kirinz.
"Poorrrrrahhh! Kau pun sama saja! Kalau kena marah dengan 'Darth Vader' - 'migraine' tak bertangguh!" Aku.
Dan ketawa kami pun bersungguh. Diam. Seketika. Apabila 'Darth Vader' lalu. Depan. 'Work station' kami. Berdengus! "Wufz kerr wufzz wuf kerrr..."
Dan ketawa kami pun menjadi lebih bersungguh-sungguh! Macam Jar Jar Binks minum todi. Kemudian.
13 Comments:
naga, aku baru teliti bahasa kau. bagus sekali. kenapa tak dibuat catatan hidup dgn bahasa seperti kisah lutut sengal2 tu. pendek2 dan sedap dibaca.
April 20, 2005 3:12 PTG
Nafzmifz,
Wufz kerr wufzz wuf kerrr...! (Aku sedang berlatih berdengus macam Darth Vader).
April 20, 2005 3:44 PTG
aku tak ikut star wars. bila ada orang msg aku kata aku ni 'yoda', aku terpaksa google utk tau.. mak aihh.. buruknya mukaaa.. tapi aku suka 'kerja' dia..
:-)
April 20, 2005 3:52 PTG
Naga kau mendapat pendidikan di Jepun. Kau cuma ambil separuh dari amalan orang jepun-sesorang itu harus menulis sesuatu untuk diingati agar tidak 'hilang'. Usahakan sesuatu untuk catatan ini agar dibukukan
April 20, 2005 5:06 PTG
labu_labi,
Bukan tidak mahu... tapi, sejak mengadap buku teks ni, banyak perkara yang terpaksa aku tinggalkan. SATU menulis di dewan Budaya pun tidak lagi DUA menulis dan melukis buku cerita bergambar untuk kanak-kanak pun tidak lagi TIGA membuat 'painting' pun tidak lagi. Apatah lagi kalau hendak mendaki gunung. Alahai! Aku harus berhenti kerja, agaknya, ntah, kot!
Eh! Kau, sebagai peminat aku, dah beli buku Kasut Belang Hilang? Oit oit, kau mesti beli tu. Karya agung tu beb! Ha ha.
April 20, 2005 5:58 PTG
Berapa harganya? Kawan kirim postal order termasuk duit kos pengiriman dan duit beli adiah birthday kau. Ikhlas.jgan lupa nama dan alamat kau skali. Nanti tak tau arah mana nak tuju.
April 21, 2005 12:20 PTG
orang yg tak dikenali, kau tak tau pasal starwars? hem... aku konfius dr era mana kau datang ya?
naga2, aku dah tahu, kau tak ada bakat jadi darth vader, tapi mungkin ada bakat jadi boss darth vader tu... muhahahha.. oleh itu berusahalah utk jadi boss!
April 21, 2005 12:48 PTG
Cuba tinjau peti email kau. Ada email kot?
April 22, 2005 8:47 PG
aku sejak awal 80an lagi dah suka tgk star wars... kecik2 potong ranting pokok buat light saber :P
masa belajar meleleh je tengok miniature starwars, skrg dalam proses buat koleksi :-"
April 22, 2005 9:03 PG
1. arghhhh arghhhhh arghhhhhh arhhhh {Lawak dlm Bahasa chewbaca ni. Kau minta R2D2 atau mesin fotokopi kau translate}
2. "On your blog, should you sell your tiger with the missing shoes book" - Yoda
April 22, 2005 10:10 PG
Naga, kawan sekarang kerja kat site office, guna alamat email ni kim_labu@Yahoo.com
April 22, 2005 11:21 PG
samurai, bila aku baca dialog, "yes, master," tu, aku bukan teringat darth vader, tapi aku teringat kat orang suruhan dracula.
April 22, 2005 5:25 PTG
darth vader rules everywhere.. aisehh.. :)
Mei 08, 2009 3:30 PTG
Catat Ulasan
<< Home