"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

20 April 2005

Naga sakit lutut

Rimau. Via SMS. Sedang merawat sengal-sengal, katanya. Penat berkayak dan berakit di Kem Lambaian Danau. Tak habis setakat itu, sempat lagi bermain bola, sebelas sebelah, untuk 'team' jenama LAUK. Enam - Telur! Ya ya, lauk telur! Rimau.

Aku. Kalau suhu sejuk-sejuk begini, lutut sebelah kanan akan mudah berasa sengal-sengal. Kalau berlama-lama di panggung, kaki pegun sesiku L - lutut sebelah kanan akan berasa sengal-sengal juga. Kalau bersila, sekejap! Kemudian, akan berlunjur-lunjur sajalah. Itulah, hari tu, aku dah ajak Rimau dan Spy duduk di kerusi... mereka yang beria-ia mahu duduk di meja Jepun/Jawa. Gatal!

Duduk lama, salah! Berdiri lama, pun salah, alahai! Itu. Antara sebab. Untuk aku bersara terus dari mendaki gunung. Doktor kata, kesan kecederaan lama, ketika aktif mendaki gunung. Dulu.

Pada usia berlangsung separuh masa kedua ini, keinginan untuk mendaki tetap ada. Cuma, kesihatan dan fizikal tidak begitu mengizinkan. Dan kerja-kerja di studio pun semakin melambak-lambak. Tak siap!

Tapi, masih tak lekang menitipkan pesanan. Kepada Not. Kawan sependakian. Kawan yang sama-sama mengembara. Ke sana ke sini ke sana ke sini. Mencari. Entah apa-apa entah.

"Not! Aku rindukan Mesilau. Kalau mahu ke sana ke sini, jangan lupa aku! Kalau ada rezeki, kita ke Kathmandu! Last! Lepas tu aku bersara total!" Aku.

"Kau rindukan Mesilau atau kau rindukan Nelly di Mesilau?" Not.

"Oit oit! Ke situ pula dia...." Aku.

NOTA KAKI BANGKU: Kalau mendaki gunung Kinabalu, dan memulakan pendakian dari Mesilau, jangan lupa untuk naik mendaftar beramai-ramai (jangan dibiarkan kapitan kau mendaftar seorang-seorang). Nelly masih di situ. Cantik. Kemerah-merahan. Serba-serbi. Orang Kundasang. Kalau tidak pun, orang Kiulu. Yang memang terkenal cantik.

6 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

errrr... jom buat meeting kat kaki gunung kinabalu pulak.

April 19, 2005 9:43 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Dan yang bernama lelaki itu....
Kiranya cekal
Kiranya punya nostagia indah
Kiranya masih punya impian dan harapan...

April 20, 2005 8:37 PG

 
Blogger Salina said...

silap lah nagano.

ko pernah jumpa dan bertamu di blog aku dulu.

ahh, kena tukar kaler blog lah. kalau kelabu naga tak nampak. hahaha -ketawa zalim-

April 20, 2005 1:05 PTG

 
Blogger Ahsuez said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

April 20, 2005 2:07 PTG

 
Blogger Ahsuez said...

uncle, shooting ape? apsal uncle je yang shooting? saya tak bole shooting skali ke?

orang balik kampung laa..

April 20, 2005 2:08 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ahsuez,
Kau ni, tiap2 minggu balik kampung ke? Laa...

April 20, 2005 4:07 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home