"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

29 November 2006

Kotak homuresu

Malam berlabuh. Di Ikebukuro yang tak rutup. Tapi, mataku belum ruyup.

Barang terlalu banyak. Tak akan muat beg. Aku suruh Haris pergi cari kotak kosong. Setengah jam kemudian, Haris kembali… tanpa sebarang kotak di tangan.

“Kenapa?” Tanya aku.

“Jumpa dah tadi! Tapi, semasa aku nak ambil kotak tu… kotak tu keluarkan suara, “*TAK GUNA!” Akupun larilah!” Jawab Haris.

Aku rasa macam nak ketawa. Tapi, aku tahan.

Malam berlabuh. Di Ikebukuro yang tak rutup. Tapi, mataku belum ruyup.

28 November 2006

Dhojee

Aku switch on TV. Dalam ada muka Dhojee. Dia tengah cerita pasal CINTA.

Aku fikir. Aku rasa. Aku macam kenal dahi-dahi jenis ni. Ermmmm... tapi, di mana ya?

.

.

.

Tap!

Joe? Joe, Dhojee ni abang kau ke? Wo, kecilnya dunia.

27 November 2006

Rasa macam-macam

Kami duduk berkeliling. Di meja bulat. Di sebuah restoran. Di pinggir kota raya.

Vo Vince kata, “Wo! Dia komen novel aku hingga aku rasa macam nak menangis!”

Tok Limau kata, “Wo! Kau rambut panjang pun ada ‘rasa macam nak menangis’ ke?”

Kami mengekek. Ketawakan Vo Vince.

Di hari lain. Kami duduk berkeliling, lagi. Di meja empat segi. Sambung-sambung bagi jadi panjang. Di sebuah restoran. Di tengah kota raya.

Vo Vince ‘lepaskan’ rambut dia yang panjang tu. Rambut dia terkena lengan aku. Wo, aku rasa macam lain…

Aku kata, “Wo!!!”

Vo Vince kata, “Wo!!!”

Aku kata, “WO!!!?”

Vo Vince kata, “WO!!!???”

SINAGANAGA BUKAN STRAIGHT EDGE!

22 November 2006

Kena pupuh

Suatu petang. Jamal Etika. Telefon aku.

"Dude! Awie Wings sudah pupuh Mario Blackrose! Datang segera!" Kata Jamal Etika.

"Ok! Aku datang!" Kata aku.

Aku sampai di Kompleks Wilayah. Awie Wings dah tak ada. Mario Blackrose dah tak ada. Jamal Etika saja yang ada. Mata dia merah. Baru lepas menangis, mungkin. Ha ha.

"Dah! Jom pergi Benteng!" Ajak aku. Jamal Etika ikutkan saja.

Kami sampai Benteng. Pesan makan itu ini itu ini. Ada mamat buskin' sudah nyanyi dan main gitar kapok. Kat tepi telinga aku.

"Dude, kau campaklah satu ringgit kat dia, dude! Bagus cara nyanyian dia. Lagi pun, aku memang suka lagu Buffalo Sol-Jah tu!" Kata Jamal Etika. Aku ikutkan saja.

Kemudian, dah lama-lama, baru aku sedar, yang duit aku tak cukup seringgit nak bayar duit makan itu ini itu ini.

"Dude! Aku ada dua puluh sen saja ni!" Kata Jamal Etika. Mata dia merah. Kesan menangis tadi tak hilang lagi, mungkin. Ha ha.

"Bak sini!" Kata aku. Jamal Etika ikutkan saja.

Suatu petang yang lewat. Aku. Telefon Berg.

"Dude! Awie Wings sudah pupuh Mario Blackrose! Datang segera!" Kata Aku.

"Ok! Aku datang!" Kata Berg.

21 November 2006

Sahabat PURNAMA

MAJLIS PELANCARAN SAHABAT PURNAMA

28 November 2006

di Menara DBP

8:45 Sarapan (disediakan)
9:20 Forum
12:00 Majlis Pelancaran
12:45 Makan Tengah Hari (disediakan)

SAHABAT PURNAMA ialah program keahlian sukarelawan yang dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan remaja (PURNAMA) DBP, bertujuan untuk mendidik, mempromosi dan membangunkan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja di Malaysia.

Keahlian adalah PERCUMA!

…sebahagian daripada aktivitinya: Penulisan, Penyuntingan, Pembacaan, Penerbitan, Psikologi, Perkembangan kanak-kanak & Remaja, Seni Persembahan, Penceritaan, reka Bentuk & Seni Lukis, Bahasa, Sastera, dan banyak lagi.

FORUM (sempena majlis):
KESUSASTERAAN KANAK-KANAK & REMAJA DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

Ahli Panel:
Puan Saki Sasamori
(Jangan bimbang, awek ni boleh cakap Melayu)

Puan Izzah Abdul Aziz

Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad

Untuk keterangan lanjut/memaklumkan kehadiran:
Puan Filzah 03-2148 2521
Cik Zeti Aktar 03-2148 1254
Cik Azihani 03-2148 2526

Awas! Tempat duduk terhad! Jadi, cepat cepat!

“Jangan paedophile yang datang sudahlah!” Kata Faisal T.

“He he.” Kekeh aku.

NOTA: Sinaganaga bukanlah staf DBP ya!

20 November 2006

Nama saya Ariff!

Image Hosted by ImageShack.us

Ariff! Pakcik Faisal Tehrani kau menang lagi. Masuk TV ooo! Dia pakai baju Melayu cekak musang. Cantik.

Ariff! Pakcik Naga kau pun menang lagi. Naik pentas ooo! Oleh kerana dia tak ada baju Melayu (baju Raya) - dia pakai baju kurung mak dia. Ha ha.

“Dhaaa.” Ariff.

19 November 2006

Fragmen

Dipakainya sehelai pakaian warna putih, kemudian. Kuntum-kuntum merah muncul seperti magis pada kain yang tadinya polos. Tanpa akar. Tanpa batang. Tanpa dahan. Tanpa daun. Tanpa kudup. Tanpa ulat beluncas. Lama kelamaan kuntun-kuntum merah itu mengembang mekar, mencantum, sehinggakan tiada lagi tanah putih yang tertinggal. Dia menggeleng-gelebgkan kepala. Lagi.

"Macam ini punya teruk pun... aku tak mati-mati lagi?"


Kudeta, Ronin, Sinaganaga; (Sindiket Sol-Jah) KL Dua Ribu Enam

17 November 2006

Betapa liarnya lelaki-lelaki urban ini...

Ini bukan manual rampasan kuasa!


Kau bawa lima belas ringgit ke gathering geng jurnal 2006 dan kami beri satu buku bersaiz poket!


Image Hosted by ImageShack.us

15 November 2006

Rumah kecil di kaki gunung

Kat studio aku ada ‘budak’ baru. Perempuan.

Kata Pachie; budak perempuan tu macam gunung. Dari jauh nampak cantik, bila dah dekat rasa penat.

Buurrrrrrrrrr!!!!

Serdak kuih tat tersembur dari mulut aku.

14 November 2006

Geografi Kertas 1: Chicago

Hari itu. Kami combine kelas. Sebab Cikgu Rusman ada hal di sebelah tengah hari.

"Ermmm... Malek. Berdiri! Apakah nama bandar yang ketiga terbesar di Amerika Syarikat?" Tanya Cikgu Rusman.

Malek mana pernah percaya dengan cakap aku dan cakap Ayis.

“Psst! Psst! Malek! Chi~ka~go, Malek!” Bisik aku dan Ayis.

Malek mana pernah percaya dengan cakap aku dan cakap Ayis.

"Aaaa... aaaa... Chi~cha~go?” Jawab Malek.

Ha ha. Aku gelak. Ayis gelak. Cikgu Rusman gelak. Pelajar kedua-dua kelas pun gelak.

13 November 2006

“Tomorrow never happens. It's all the same fuckin’ day, man.” Janis Joplin

Umang suruh; pergi pakai boots, ambil parang, ambil tali, ambil lampu suluh. Kita lalu-lalang depan peserta, buat-buat sibuk, konon-kononnya kita kena masuk hutan malam ini juga. Biar mereka ngelabah, biar mereka tak dapat tidur malam ni, biar mereka fikir – nanti, babi-babi akan makan mereka tak? Ha ha.

Aku kata; ok!

Ketua fasilitator, Encik Menet, beritahu kepada para peserta; hah, tengok tu, ‘budak-budak’ saya kena masuk hutan malam ni… esoooooooooooook (pagi) baru mereka sampai di atas bukit sana! Esok, pagi-pagi, kamu kena masuk hutan juga. Pagi masuk, malaaaaaaam baru sampai ke sini semula. Ada empat puluh empat checkpoint kesemuanya, muntah hijaulah nanti, gasak!

Para peserta kata; haaaaaaaaaaaaaaaaaah???

Aku. Umang. Mengekek. Malam itu, kami tak masuk hutan pun… Umang keluar makan malam lewat. Aku masuk tidur awal.

“Goodnite Encik Naga! See you tomorrow!”

“Uih! Umang tahu cakap London ke!?”

“Sikit-sikit! He he. Umang belajar ilmu sains dan matematik untuk reti bahasa Inggeris. Kalau tak belajar kira campur kira tolak, mana nak reti bahasa Inggeris!? Kalau tak belajar matahari terbit dari timur, mana nak tahu bahasa Inggeris!? Kan? Kan? Kan?”

“Ooo?”

NOTAKAKIBANGKU: Hari ini, Umang masih di Janda Baik. Masih menjerat burung, katanya. Alahai!

11 November 2006

TEATER

Pementasan teater Cinta Si Pemain Pedang adaptasi daripada cerpen SM Zakir di STOR TEATER DBP pada 11 - 16 November 2006, jam 8:30 malam. Tiket RM10.

10 November 2006

Yang mana satu?

Tanya Dato’ AAD, kita belajar bahasa Inggeris untuk menguasai ilmu sains dan matematikkah atau kita belajar ilmu sains dan metematik untuk menguasai bahasa Inggeriskah?

Jawab aku, entah, saya cuma belajar lukis-lukis, dulu.

NOTAPANDANGAN: Cuma, apabila merenung ke dalam diri, aku rasa, masalahnya ialah - aku tak mahir BERKOMUNIKASI SECARA LISAN dalam bahasa Inggeris. Kalau baca suratkhabar Inggeris, ok! Boleh faham! Kalau tulis surat dalam bahasa Inggeris kepada Pengarah ACCU, ok! Boleh tulis! Yang mana aku tak reti - aku telefon Tok Limau. Tok Limau boleh bantu.

Jadi, untuk menyelesaikan permasalahan utama ini - kena kaji semula cara pembelajaran bahasa Inggeris akulah... Mesti ada salah cara here and there tu. Ermmmm... Bukannya, kalau aku nak mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris - aku kena pinjam buku-buku kejuruteraan dalam bahasa Inggeris dari Saharilkan? Kalau aku pergi pinjam pun - aku tetap tak boleh fahamkan? kan? kan?

09 November 2006

Babi cepat lupa

Sebelum malam. Kami berjalan kaki. Dari Istana Pulau Santap. Ke satu-satunya kedai runcit. Di hujung simpang. Mahu beli ubat nyamuk.

Umang kata, Babi cepat lupa! Kalau babi kejar kita – tiba-tiba ia berhenti…Sebab? Sebab, babi lupa dah apa yang ia tengah buat tadi.

Aku kata, ooo….

Tiba-tiba. Umang berhenti.

Umang tanya, kita nak pergi mana ni?

Aku jawab, aaa... kita nak pergi beli ubat nyamukkan? kan? kan?

07 November 2006

Babi sondol

Di Istana Pulau Santap. Kami duduk duduk di bawah pokok. Umang ambil daun kelapa. Bukan untuk menganyam ketupat. Tapi... "Umang nak anyam jadi belalang!” Kata dia. Aku? Anyam ketupat pun tak reti. Anyam belalang pun tak reti. Aku tengok tengok sajalah.... Ha ha.

SAMBIL MENGANYAM BELALANG

Umang kata, kalau babi kejar - kita sembunyi belakang pokok. Oleh kerana babi tak reti lari zigzag zigzag - jadi, ia akan sondol pokok tu.

Aku kata, ooo...

Tiba-tiba. Umang sembunyi. Belakang pokok.

Aku tanya, kenapa? Babi kejar ke?

Umang kata, tak! Anjing! Kalau kena hidung anjing - najis! Umang malas nak samak.

06 November 2006

Babi kejar

Umang kata, kalau babi kejar - kita kena lari zigzag. Sebab, babi hanya reti lari lurus; babi tak reti lari zigzag.

Aku kata, ooo...

Tiba-tiba. Umang lari. Zigzag.

Aku tanya, kenapa? Babi kejar ke?

Umang jawab, tak! Semut apiii...

04 November 2006

Kapur tulis

Dalam sesebuah bilik darjah. Kapur tulis adalah lambang kuasa.

Hanya cikgu. Dan. Beberapa orang pelajar terpilih. Akan merasa untuk memegang kapur. Tersebut.

"Ok, anta pergi depan, tulis dalil mandi junub dan terjemahannya sekali!" Syeikh Zainal. Ustaz lepasan al-Azhar.

"Wa in... ermmm... wau di atas wa... ya di bawah in... ermmm... kutub? kuntum? ku..? Aaa... apa ya? He he." Pelajar.

MORAL: Kalau kau dapat pegang kapur pun... tapi, kau buta jawi dan tak hafal dalil - no point, dude! Ha ha.

03 November 2006

Tauke

Aku tanya, kepada mamat yang dapat sembilan puluh lapan markah untuk kertas matematik tu, besar nanti nak jadi apa?

Dia kata, nak jadi tauke.

Aku tanya, tauke ada macam-macam jenis tauke, nak jadi tauke apa?

Dia kata, nak jadi tauke babi.

Uu? Siapalah yang dah tanam mentol-mentol horror kat kepala mamat ni?

02 November 2006

Cikgu

Aku tanya, besar nanti nak jadi apa?

Dia kata, nak jadi cikgu.

Aku tanya, kenapa nak jadi cikgu?

Dia kata, sebab boleh main kapur.

Ha ha.

01 November 2006

Punat

Kau tahu tak apa fungi punat ni?

Image Hosted by ImageShack.us

Ya ya. Punat ni memang tak ada fungsi. Ha ha.

Jadi, kalau setiap lampu isyarat yang dipasang oleh Majlis Bandar Raya, tidak disertakan dengan punat-punat ini - pergh!, sudah berapa punya save duit. Itu duit boleh bikin istana empat tingkat, ooo!