"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

30 Ogos 2006

Pada petang menjelang Hari Kemerdekaan ke-49 dan kita masih tak tahu nak lakukan CPR

Dua puluh minit sebelum waktu pejabat tamat.

Aku. Berteleku di bingkai tingkap. Sambil mengira bintil-bintil air. Yang melekap di satahnya. Hujan baru saja usai.

Kemudian. Muncul seorang perempuan. Dalam gaun petang warna merah api. Yang menyihir pandangan.

Uring-uring. Seketika, tangannya mencengkam dada. Telefon bimbitnya terlepas… jatuh. Keruntang pukang.

Uwah! Kes serangan sakit jantung ni! Buku kata, kalau kau jumpa kes macam ini, kau kena lakukan CPR.

Car-di-o-pul-mo-nar-y-re-sus-c…. susc..? suck..? i-ta-tion. Ermmm…

Ok. Buku kata, mula-mula dongakkan kepala mangsa, kemudian ngangakan mulut mangsa, kemudian cakup mulut mangsa dengan mulut kau, dan kemudian…

Wuuop!

Wuuopp!

Wuuoppp!

Tiba-tiba, Sufian Abas muncul, entah dari mana. “Hembus, dude! Bukan sedut!!!” Kemudian, Sufian Abas *plop!* Macam selalu-selalu.

Ooo?

29 Ogos 2006

Pada malam Datuk K dan Siti bersanding di KLCC serta Mawi dan Ina membuka pekong didada di TiVi

Image Hosted by ImageShack.us

Jeri
Mereka atur pelita di laman
membentuk namamu
Agar kau tak malap

Jeri
Mereka sedekah al-Fatihah
mengamin doa ustaz
Agar kau tak gelap

Jeri
Kawan-kawan datang
U-wei, Itoh (Blues Gang), Abi (Abu Bakar Idris), Ma’amor Jantan, Aminah, Kak Zai, Abang rambut putih panjang macam Red Indian, Awie ParkingProject, Ujang ParkingProject, Meme, Fuad, Mat Yie, Aishah, Fattul, Bayu, Amir & Geng Gudang, Amiruddin, Imuda, Rahmat Haron, …
Agar kau tak pinggir

Jeri
Kawan-kawan (Awie) lukis
kau tumbuh sayap
Agar “Hantar kau ke shorga!” (U-wei kata)

Jeri
Terhidang makanan yang kau suka
Sosej, Samoza, Roti jala, Nugget, Buah-buah, …
Agar kami tak lapar

Jeri
Aku cari sirap ais

Agar aku tak haus

28 Ogos 2006

Realiti dan Fantasi

Image Hosted by ImageShack.us
Baju untuk budak-budak dah habis


Image Hosted by ImageShack.us
Laju sangat


Image Hosted by ImageShack.us
Rona cinta


Image Hosted by ImageShack.us
Bendera atau sampah?

25 Ogos 2006

Aku *design kemeja t ni

Image Hosted by ImageShack.us
* Grafik bendera Malaysia tu ada silap sikit. Maaf, Pak Menteri!
Jangan hentam aku macam kau orang hentam budak perempuan comel tu ya!

Detail: http://rainingheaven.blogspot.com/2006/08/what-to-do-for-merdeka-month.html

24 Ogos 2006

Ejen 017 (bukan sekadar handsome dan seksi)

MatJan. Minta nombor akaun bank aku. Dia mahu bank inkan cek. (Baca: Uwah! MatJan bayar kerja-kerja aku guna cek?).

1-14141-bla bla bla, kata aku.

Uwah! Cantiknya nombor, kata MatJan.

Itu belum cukup cantik lagi, nombor KWSP aku - 11155555, kata aku.

Uwah! Mana aci, asyik kau saja dapat nombor cantik. Dahlah nombor c.i.p. (ISBN) kau 007..., kata Matjan.

Ha ha. Nombor telefon bersel aku pun cantik juga... 017 (period), kata aku.

Ceh! Kata MatJan.

23 Ogos 2006

Si Penjual Burger (stadium Kubu, here i come!)

Dude,
Kau ada kenal mana-mana pembekal daging burger dan roti burger?
Pembekal Planta aku dah dapat dah....

bersambung

20 Ogos 2006

Diari motosikal

Shimamura kata, jom! Aku tanya, nak pergi mana? Shimamura jawab, kita pergi jalan-jalan, naik motosikal!

Shimamura menunggang. Aku membonceng. Kami pakai topi keledar. Seorang satu. Kemudian.

KOMA

Ada kereta. Sudah himpit. Motosikal kami. Shimamura sudah 'angin'. Dia gumal air liur. Puuuuui! Dia ludah itu kereta.

Tiba-tiba motosikal membrek.

Aku tanya, apa hal? Shimamura jawab, watashi lupa nak buka cermin penutup muka....

Ha ha.

18 Ogos 2006

Kena 'feel' ke?

Entri sempena Hari Memperingati Ida dan Ita (pelakon Malaysia) yang bergaduh di set pengambaran.

Dulu. Kak Zara Whites. Kak Tabatha Cash. Pun berlakon juga. Pun berlakon ikut skrip juga. Pun berlakon dengan penuh penghayatan juga. Tak gaduh-gaduh pun.

Ha ha.

Aku tiba jua, oh Ikebukuro

Kapal terbang mendarat. Di Narita. Ketika subuh. Ada mamat Melayu yang satu lagi. Sujud mencium bumi Jepun. Songkoknya jatuh bergolek di landasan. Aku tak rasa nak gelak. Bahkan, aku tak rasa apa-apa. Sebab? Sebab aku tengah mamai.

Aku ke Ikebukuro, kemudian.

Image Hosted by ImageShack.us

Rasa. Macam. Nak beli. Poskad. Nak kirim kepada kawan-kawan. Nak beritahu, “aku dah selamat sampai!”

“Anoo… Sumimasen! Ikura desu ka?” Aku. Cakap Jepun. Pura-pura fasih. Macam dah dua tahun tinggal di Jepun. Sambil tunjuk poskad-poskad. Tu. Ha ha.

“Hait! Anoo… ching chong cheng ching chong cheng yen… desu neh!” Pekedai.

“Hah? Hah?? Aaa… Tak apalah kak. Saya datang semula nanti!” Aku. Cakap Melayu. Fasih. Macam dah berpuluh tahun tinggal di Semenanjung Tanah Melayu. Sambil garu-garu punggong. Ni. Ha ha.

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

*Ikebukuro juga terkenal sebagai pusat menjual kamera - BIG CAMERA! Sana kamera. Sini kamera. Mana-mana toleh - ada kamera.

17 Ogos 2006

Aku rasa macam bodoh

Entah malam ke berapa. Di Ikebukuro. Langit guguk. Bulan sabit. Serigala melolong. Kedai tutup. Perkhidmatan kereta api bawah tanah sudah tamat. Buah hati jauh di Asia Minor.

Aku jumpa. Maggi terakhir. Kari. Di dasar beg baju. Keadaannya sungguh parah. Lodoh. Dan. Tarikh luputnya sudah tamat tempoh.

Aku jumpa. Serunding Terengganu. Entah baki bila.

Kemudian. Aku tak ada air panas. Nak rendam. Maggi. Perencah kari. Serunding Terengganu. Sekali gus. Macam bubur lambuk.

Buah hati jauh di Asia Minor. Perkhidmatan kereta api bawah tanah sudah tamat. Kedai tutup. Serigala melolong. Bulan sabit. Langit guguk. Di Ikebukuro. Entah malam ke berapa.

16 Ogos 2006

Khilaf

"Walaupun tidak mendengar ucapan tersebut tetapi setahu saya 'adik comel' ada menyebut Alhamdulillah!. Itu bahasa Arab!" 'Puan' pengarah.

'Puan' pengarah,
Setahu saya. Semasa Iblis membantah perintah Allah swt (agar segera sujud di hadapan Nabi Adam...). Iblis berbahasa Arab. Juga!

So, apa maksud 'puan' pengarah?

15 Ogos 2006

What a Stupid I Am

"Saya kesal (dengan apa yang telah berlaku)..." Rais Yatim.

"I sound like stupid if I speak in Malay." Pelakon Kanak-kanak yang sungguh comel.

"Sepatutnya dia kata, excuse me teacher, may I speak in English, because my bahasa Melayu is not so good!" Nordeen.

KOMA

"If the film mencemar budaya, let's do it more often!" Pelakon Kanak-kanak yang sungguh comel.

Dik,
Pepatah Rusia ada mengatakan, 'tali berguna apabila ia panjang, kata-kata pula lebih berguna apabila ia pendek'. Jadi, apabila adik cakap banyak - adik kelihatan sungguh bodoh dan hodoh.

Oh ya, satu lagi, adik boleh tak berlakon adegan bersetubuh macam kakak Helly Berry dalam filem Monster's Ball? Ha ha.

14 Ogos 2006

KEPUTUSAN KEJOHANAN MENGULAS BUKU AYAH KITA BOS

Kemenangan untuk http://kelambu.blogspot.com
dengan entri berjudul 'Ayah Kita Bos - Naskhah Yang Berputar'.

Hadiah akan disampaikan oleh Tok Rimau semasa gathering Geng Jurnal nanti.

Tahniah, dude!

12 Ogos 2006

Surat-surat Stamford Raffles kepada Raja-raja Melayu abad ke-21

Ku Keng,
Terus terang saya katakan, bateri untuk komputer Macintosh kami made in Israel. Jika siapa-siapa terjumpa bateri untuk komputer Macintosh made in negara-negara lain - sila beritahu!

Naga,
*Dulu-dulu Askar Melayu menjanakan tenaga untuk alat komunikasi mereka dengan mengayuh roda yang kemudiannya memutarkan "dynamo" yang menghidupkan alat "wireless" tersebut. Cuba-cuba eksperimen kalau-kalau ini juga dapat digunakan.

Malam tadi pergi ke jamuan DBP ke? Kak Nor kata jemputan hanya untuk bekas pekerja, tanpa suami atau isteri masing-masing!

Saya seronok melihat anda, Matjan, Rimau dll menggilap bakat anak-anak muda dalam penulisan. Saya ni dah tua-tua baru nak belajar menulis.

Salam kepada semua teman-teman bloggers.


* Surat Keng ini aku siarkan dengan TANPA IZIN.

Ku Keng,
1. Ha ha. Nanti saya cuba. Ha ha... Dynamo? Sabun cap Dynamo boleh? Ha ha.

2. Beritahu Kak Nor; bukan jamuan DBP! Jamuan makan malam tadi - malam soliditas mantan-mantan DBP. Cadangnya, kita akan tubuhkan persatuan atau kelab mantan-mantan DBP macam yang Utusan Melayu buat tu (KEPUM? KEBUM?? apa entah...).

Ada tayangan video. Gambar Puan Ainon semasa muda pun ada. Saya jumpa Pyanhabib. Rambut masih panjang macam dulu-dulu. Ha ha. Saya jumpa Sabri, Imuda, Sharizan (Abon), Ali Osman. Brother Jo (Datuk Johan) jumpa saya. Dia tanya, "Wah! Lain benar color rambut kau sekarang! Kuning perang! Wow!!" Kak Sarah (Datin) datang. Kak Ham (Datin Hamsiah) pun datang. Oh ya, saya dengar-dengar, Kak Fatini pun sudah 'Datin'.

Encik Mat Amin Abdullah yang saya sangat benci itu pun datang. Ha ha. Psst! Haji Bakar dan A. Aziz Deraman takut nak datang agaknya, entah! HA HA.

Rugilah Kak Nor tak turut sama di malam Hamparan Budi Titian Kasih itu. Dan. Kak Nor pun satu - heret sajalah Keng... Kan ke saya ni ada (untuk temankan Keng berbual). Kalau Sudirman Haji Arshad masih hidup - dia pun akan datang agaknya.

3. Mana ada saya gilap anak-anak muda untuk menulis! Ha ha. Saya pun masih terkial-kial lagi ni...

Apa khabar Semenanjung Tanah Melayu sekarang ini? Akhirulkalam.

~ Raffy. S

10 Ogos 2006

Prot... Proooooooooot!

Uuu.... Dah boleh cebok dah tu!

08 Ogos 2006

Silat

Kata kakak yang suka mandikan burung itu, mahaguru Omar Din nak hantar tiga puluh ribu 'bala tentera'nya ke Lubnan.

"Akak pun nak ikut ke Lubnan jugalah, Naga!" Kakak tu.

"Hah! Akak ada silat ke?" Aku.

"Ada! Silat 'Cakar Harimau' Ustazah Siti Norbaya." Kakak tu.

Ha ha.

04 Ogos 2006

Awang yang terpilu

Kau pernah singgah di stesen lrt Masjid Jamek?

Petang-petang. Ketika waktu puncak. Di siar kaki itu. Ada orang banyak berjualan.

Berus gigi Oral B satu seringgit. Stoking tiga sepuluh. Mesin jahit bersaiz pengokot. VCD cetak rompak cinema copy. Apam balik. Keropok lekor. Jagung rebus….

Ada. Kakak separuh umur. Berjualan pistol mainan. Pistol yang kalau dipicit picunya – akan keluar buih-muih. Brrru… Brrrrrru… Brrrrrrrrrrrrru….

Tetapi. Petang itu. Pistol mainan kakak. Tak keluar buih-muih brr brrrr. Macam selalu-selalu.

Emmm,plot!

Em,plot!

Plot!

Plot!

Plot!

Mula-mula, aku rasa nak ketawa. Kemudian, aku rasa nak terpilu… Apabila aku fikir, “susah juga nak cari sesuap makan ni, alahai!”

Kau pernah singgah di stesen lrt Masjid Jamek?

02 Ogos 2006

Sutung Umar RS yang kita suka

Tanah Merah. 1990-an.

Dia muncul entah dari mana. Dengan satu jug plastik warna merah jambu di tangan. Yang kandungannya adalah air separa jernih yang masih beruap-ruap. Pada ketika itu, aku pada mamah bepang kedua.

Bak mari gelasmu, kata dia, panas-panas lagi ni, manisss!

Ahir afe nih Tung, tanya aku, sambil tangan hulur gelas kosong, sambil bibir ketap bepang kedua yang masih berbaki setengah. Ada remah bepang di atas meja.

Aku cicip air dari gelas. Manis macam gula. Cuma... Baunya busuk amat. Macam bau air kelapa yang bertakung di longkang. Dan. Aku muntah terbelahak. Enam inci dari kasut Sutung. Keluar bepang. Keluar roti canai pagi tadi.

Boleh mabuk tak ni, tanya aku.

Tak, ini nira, masih belum bertukar jadi todi lagi, jawab Sutung.

Ooo...

Selepas itu. Kami duduk-duduk di warung. Sambil memerhati anak-anak dara kayuh basikal. Sambil dia cicip nira. Sambil aku mamah bepang. Haji K. Zaman (kini Pengarah Eksekutif syarikat D) masih belum sampai. Aku syak, dalam kepala Sutung sudah ada sajak-sajak cinta.

01 Ogos 2006

Bang! Bang! Bang!


Hadiah bernilai lebih dua ratus ringgit untuk dimenangi!