"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

28 Ogos 2009

Merdekakakita, kata Jimi Mahmud

Setelah hujan berhenti, Jimi Mahmud dan Teh Junaidah kembali kepada pekerjaan mereka yang macam selalu-selalu, iaitu melangut ke langit. Di langit, kelihatan Nazri M. Annuar sedang sibuk mengejar pelangi.

"Tu, tu..." kata Jimi Mahmud, dia koma setakat itu dulu, diumpil-umpilnya dengan lidah sisa kurma Yusuf Taiyoob sahur tadi yang terlekat di celah gigi, setelah dia mendecit-decitkan mulutnya beberapa kali sisa kurma Yusuf Taiyoob itu pun berjaya dikeluarkan dan diludahkan ke tanah, "Rasa macam pelik pulak..."

"Apa yang peliknya?" tanya Teh Junaidah, "Siapa yang pelik? Budak Ipoh tu ke?"

"Warna pelangi tu... " jawab Jimi Mahmud, "Selalu-selalu tujuh... Hari ni dah tinggal empat 'ja pulak! Biru, kuning, merah, dan putih!”

Teh Junaidah menepuk dahi. Tap!

"Itu benderalah Melaysialah, Jimiiiiiiiiiiiiii!" kata Teh Junaidah.

Di Dataran Merdeka keadaanya sungguh sunyi. Yang tinggal hanyalah imaginari alunan-alunan biola Norman Soo yang sedang melagukan Tchaikovsky - Allegro in F minor.

Teh Junaidah membaling biji kurma Yusuf Taiyoob kepada Nornan Soo, "Bingitlah!" Norman Soo kata, "Auwww!"

"HAH! You tak puasa ke hari ni, Teh?" tanya Jimi Mahmud.

"Tak! I period!" jawab Teh Junaidah.

Di langit, kelihatan Nazri M. Annuar sedang sibuk mengejar pelangi. Sambil berlari dia sempat berkata, "Tahun ni orang sambut Hari Kemerdekaan kat perkarangan Parlimenlah, wehhh!"

Damn!

Label:

27 Ogos 2009

Siri DOK DANG SAHOR: Budi Bahasa Budaya Kita

Suatu hari. Dato' Baha Zain SMS gua. Dalam SMS tu, dia kata, 'Lan, jom borak!' Makanya, gua pun melangkah kaki ke rumah PENA untuk berborak dengan Dato' Baha Zain.

Image Hosted by ImageShack.us

Dato' Baha Zain suka gambar ni. Dato' Baha Zain kata gambar ni ada cerita. Gua kata, "Dah terpotong sikitlah banner tu, Dato'. Lawa ke hape?" Dato' Baha Zain kata, tak apa, masih lawa!

Keterangan gambar: Masa rakam gambar ni, tak terfikir pula pasal sepanduk tu. Dok le fikir, "Bila FRU nak bertempur dengan Revolusiner ni?"

26 Ogos 2009

Siri DOK DANG SAHOR: Gerabak

Image Hosted by ImageShack.us

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Di mana ada gula, di situ ada semut. Di mana ada The Soljahs, di situ ada makanan dan di mana ada makanan, di situ ada The Soljahs. Hatta di dalam gerabak sekali pun. HA HA.

Keterangan gambar: Dari yang paling depan - Mat Jan, Pipiyapong, Vovin. Punyalah laju berjalan - jumpa makanan - terus jem! Perghhhhhh!

25 Ogos 2009

Siri DOK DANG SAHOR: Father and son

Pada bulan puasa ni, gua tak larat nak menulis... lapar; nikotina pun kurang!. Makanya, gua akan update dengan gambar-gambar sahajalah.

Image Hosted by ImageShack.us

Keterangan gambar: Gua nak rakam gambar anaknya sahaja. Tapi, bapanya pula sibuk nak bergambar sekali. Ahhhh, gasaklah!

Gambar dirakam di stesen keretapi Wakaf Bahru, Kelantan.

23 Ogos 2009

Jersi pirate original

Sepetang di Kuala Lumpur. Jimi Mahmud singgah di kedai menjual jersi pirate original pasukan-pasukan bolasepak terkemuka di dunia.

"Mari singgah ya bang, semua jersi pun ada ya bang... Manchester United, Arsenal, Chelsea, Liverpool, Aston Villa semua ada ya bang!" kata mamat yang jual jersi pirate original tu, "Angkat satu, kasi bikin baju raya ini tahun ya bang!"

"Aaaa, jersi Bolton Wanderers ada?" tanya Jimi Mahmud.

"Bolton Wanderes?" kata mamat yang jual jersi pirate original tu, "Ooo... jersi volleyball kita tak jual, bang!"

Cilaka!

20 Ogos 2009

Dengan Burnley (team FELDA) pun boleh sayur ke?

Jimi Mahmud belum sempat duduk. Karipap sardin 'first bite' di dalam mulut dia pun masih belum hadam. Ada satu mamat sudah sepak bola. Kemudian, orang banyak pun bersorak, "GOLLLLLLLLLLLL!"

Entah tangan siapa sudah langgar karipap pada tangan Jimi Mahmud; jatuh. "Dah bukan rezeki gua!" kata Jimi Mahmud. *Bobby tengokkan sahaja karipap yang jatuh bergolek tu. Bobby antara nak rembat ke dengan tak mahu rembat ke karipap tu. Jimi Mahmud kata, "Herppppp!"

Mata Bobby kelihatan sungguh sayu. Kalau Bobby boleh bercakap, Bobby akan cakap, "Alaa, karipap dah jatuh pun nak berkira ke, bang?"

Image Hosted by ImageShack.us
Orang banyak sedang menonton TV. Tetapi, orang banyak bukanlah sedang menonton perlawanan bolasepak Burnley membenam Manchester United, 1-0 (sebab perlawanan ni tak ditayangkan di TV pun). Sebaliknya, orang banyak sedang menonton TV (yang dipasang di luar Stor DBP kerana Stor DBP dah penuh sesak dengan orang banyak) untuk menyaksikan Teater-teater 10 Minit malam semalam.

Yang duduk di atas helaian suratkhabar lama - Ladin Nuawi. Yang duduk bersila di atas kerusi - Sani Sudin. Yang nampak kaki 'ja, pakai kasut tak pakai stoking - SM Zakir. Yang duduk bersilang kaki, pakai baju putih seluar putih, jauh nunnnnnn - Faisal Mustafa. Yang duduk belakang dan tidak ada di dalam gambar - Nurul Hangit.


"Abang neves la!" kata Mamat Khalid.

"Neves nak buat hapenye... he he... bukan abang yang kena berlakon pun!" kata aku.

"Neves la jugak! He he. Lagi neves daripada mengarah filem, wo!" kata Mamat Khalid.

Aku minta diri dahulu. Abang Mamat Khalid kata, "Ok!" Khir Rahman sempat angkat tangan dan kata, "Enjoy the show, brotherrr!!!"

Stor DBP dah penuh!
.
.
.
*Bobby pernah muncul dalam certot berjudul K-Nine hasil tulisan Sinaganaga.

19 Ogos 2009

Hesh Wang En Wang

Ada benda jatuh. Aku angkat. Dan pamerkan ke udara.

"Siapa punya topeng penutup muka ni??????????" Aku tanya.

Dari jauh. Kakak yang hobinya suka mandikan burung tu. Terkedek-kedek mendapatkan aku.

"Pssst! Pssst! Akak punya tu, Ge!!!! Cicir agaknya tadi, he he!" Kakak yang hobinya suka mandikan burung tu kata, "Sib bik akak belum guna lagi pad tu, youuuuu!"

Eeeeeeiiiiuuuuu!!!

18 Ogos 2009

Menjelang PRU13: Kong Kang

Di atas pangkin, Kak Pinoi sedang duduk-duduk dan membanding-bandingkan tajuk-tajuk utama berita sukan di akhbar semalam dan hari ini. Karim Driving School sedang mengekek-ngekek sambil menekan-nekan perut.

"Hah! Cuba Pinoi baca tajuk hok semalam!"

"'Malaysia Bermula Garang.'"

"Hah! Cuba Pinoi baca tajuk hok hari ni pula!"

"'Perseorangan Wanita Negara, Perseorangan Lelaki Negara, Bergu Campuran Negara, Bergu Wanita Negara, Bergu Lelaki Negara tersadai di pertengahan jalan.'"

Ha ha ha. Kak Pinoi mengekek-ngekek. Karim Driving School pun mengekek-ngekek. Kak Pinoi menampar tubuh Karim Driving School dengan suratkhabar. Kemudian, mereka sama-sama terdiam dan kembali merenung ke arah kereta sekolah memandu Karim Driving School yang tersadai sejak pagi tadi.

"Pasukan Malaysia ni macam bateri keretalah, Pinoi!" getus Karim Driving School antara dengar tak dengar.

"Berat? Keras? Kena bubuh air selalu? He he." tanya Kak Pinoi.

"Tak!" jawab Karim Driving School, "Kong!!!!!"

HA HA HA. Kak Pinoi mengekek-ngekek. Karim Driving School pun mengekek-ngekek. Cina Ah Keong yang berjanji "sikit jam garenti gua sampai sanalah, tauke" nak hantarkan bateri kereta yang baharu masih tak nampak batang hidungnya lagi.

Label:

17 Ogos 2009

"Ahhh, satu drop yang cantik dari Chong Wei," kata Hasbullah Awang

Petang itu hujan mencurah-curah turun dari dada langit. Dari jauh kelihatan Kak Saripah Hasnor sedang mencalit-calit One Drop Perfumes ke seluruh tubuhnya.

"Hai Kak... sampai ke dahi akak calit?" aku tanya dia.

"A'ah! Petang 'ja hujan, petang 'ja hujan! Peninglah kepala akak!” dia jawab aku. "Ni sebab kena hujanlah ni agaknya!"

Hah?

Bukan One Drop Perfumes ke?

Hah?

Dari jauh kelihatan Kak Saripah Hasnor sedang mencalit-calit Minyak Cap Kapak ke dahinya. Petang itu hujan mencurah-curah turun dari dada langit.

15 Ogos 2009

Suatu petang bersama Enche Parkinson

Yang Mulia Raja Ahmad tanya gua, boleh baca sajak? Gua jawab, tak boleh. Dia tanya lagi, main muzik? Gua jawab, tak boleh juga. Dia tanya lagi, boleh memperkatakan sesuatu tentang Rendra? Gua jawab, tak boleh juga.

Sebenarnya, gua segan nak mengaku kat Yang Mulia Raja Ahmad. Gua tak pernah baca [sajak-sajak] Rendra. Aaaaa, gua jarang baca buku, sebenarnya. [Gua syak, kebanyakan budak-budak Sekolah Menengah Sains memang jenis tak baca buku, ha ha!]

Lepas tu Yang Mulia Raja Ahmad pergi berborak dengan tetamu lain. Gua pula pergi songlap karipap dalam Tupperware. Gua ingat gua orang pertama yang songlap karipap tu. Rupa-rupanya... dalam mulut Meor dan Javid dah ada setengah butir karipap dah. Mi goreng? Mi goreng demeh tak berani usik!

Kemudian, Yang Mulia Raja Ahmad umumkan nama kawan gua. Kawan gua baca sajak. Kawan gua tu sakit. Sakit Parkinson. Siapa dia punya nama? Aaaaa, biarlah rahsia!

(((HA HA!)))))))))))))))))))) <= Maaf, ketawa gua tak stereo.

Kemudian, gua cadang nak ajak Alina songlap kuih ketayap pula. Tetapi, Alina pun masih ketawa. Gua risau juga, takut-takut dia ketawa sambil hantuk-hantuk kepala kat dinding.

(((HA HA!)))))))))))))))))))) <= Maaf, ketawa gua tak stereo.

12 Ogos 2009

SETEM: Sampul surat hari pertama Kabir Bhatia

Perkerjaan yang paling terancang di dunia adalah pekerjaan sebagai seorang penyangak. Ya, filem ini adalah kisah-kisah sekumpulan penyangak yang merancang untuk memiliki sekeping setem lama-lama (antik) yang bernilai berjuta-juta dollar Amerika.

[Saya pernah mendengar kisah seorang anak raja yang membida setem Black Penny, setem yang termasyhur di dunia itu. Setelah berjaya mendapatkannya, baginda telah mengoyakkan setem tersebut di hadapan pembida-pembida lain. Dalam pada pembida-pembida lain masih tercengang-cegang dengan perlakuan itu, baginda telah mengeluarkan sekeping lagi setem Black Penny dari koceknya. "Yes! This is the one and only!" Betul tidaknya cerita ini - saya tidak tahu, saya dengar ceritanya sahaja.]

Setem, adalah filem pertama bergenre komedi pengembaraan jenayah (crime fiction? caper story?) arahan Kabir Bhatia. Air tangan sulungnya ini membariskan ramai pelakon handalan negara. Pun begitu, filem yang mendapat sentuhan Mohd. Noor Mohd. Kassim sebagai pengarah fotografi, Nazrul Asraff Mahzan sebagai pengarah seni, Faizul Mohd. Noh dan Kabir Bhatia sendiri sebagai penyunting ini jika lihat secara sekali imbas - ia seakan-akan seperti filem-filem arahan Afdlin Shauki (Baik Punya Cilok) atau Hans Issac (Cuci). Persamaannya mungkin kerana tema 'pengembaraan' yang dibawakan oleh ketiga-tiga buah filem (Baik Punya Cilok, Cuci, Setem) ini. Setem adalah garapan Kabir Bhatia tanpa rupa dan bentuk Cinta dan Sepi.

Babak kesukaan saya:
1. Babak dua orang pengunjung tetap warong menyuruh Iskandar (Que Haidar) yang cacat penglihatannya untuk meneka apakah yang terdapat di atas meja di hadapan mereka. Apabila Iskandar berjaya meneka meneka dengan tepat..., "...hari-hari pun makan benda yang sama sahaja (sebab itu Iskandar berjaya menekanya)!", ketawa saya pun pecah berderai!

2. Babak tembak menembak di rumah Marcello (Harun Salim Banchik) di antara Burn (Bront Palarae) dengan polis-polis Malaysia. Saya suka dengan idea Burn menembak dengan menggunakan dua pucuk pistol - macam gangster! Dan, pada saat Burn mencabut pin grenad dan pin grenad itu jatuh berpusing-pusing secara gerak perlahan - saya petik jari, tap, cemerlang! Saya syak perlakuan pin graned jatuh berpusing-pusing itu telah dilakukan dengan teknologi CGI.

3. Babak "Justin Timberlake". HA HA.

4. Babak Iskandar (Que Haidar) yang cacat penglihatan yang teruja nak pandu kereta lagi selepas selesai babak kejar-mengejar huru-hara secara berkereta. HA HA.

Loophole:
1. Babak Misi Alliya (Vanidah Imran) yang terjumpa sekeping setem pada kolar baju adiknya Iskandar (Que Haidar); tanpa usul periksa telah mengambil dan menampal setem tersebut pada sampul surat lalu mengeposnya. Saya kira, sebagai seorang misi yang terpelajar (tahu Menulis, Membaca, dan Mengira), Misi Alliya patut tahu setem yang mempunyai perkataan MALAYSIA sahaja yang layak diperlakukan dengan nilai. Bayangkanlah jika Misi Alliya diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan ubat-ubatan..., "Hah, ubat! Ok, ubat ni untuk enche, ya!" "Saya sakit perut, misi! Yang misi bagi ni ubat sakit mata!" HA HA.

2. Babak Mani (Indi Nadarajah) menge-paw Posman (Aziz M. Osman). Kalau betullah setem lama-lama itu bernilai berjuta-juta ringgit, tentu sahajalah Mani dah menge-paw setem tersebut ketika Posman sedang mengeluarkan surat-surat dari peti surat itu lagi. Tidak perlulah mengekori posman sehingga ke pejabat pos (menjelang waktu malam). HA HA. Atau, lebih baik Mani menge-pow Posman apabila tiba di jalan yang sunyi. (Bukankah di hadapan pejabat pos ada ramai orang, bang? Tak takut ke kalau kena hempuk dek orang banyak?). HA HA.

Apapun, loophole ini bukanlah suatu kecacatan besar dan bukanlah penghalang kepada orang banyak untuk menontonfilem ini. Isma Yussof, (termasuk filem ini) sudah dua kali saya melihatnya membawa watak Mat Indon Padang. Aryanto di tangannya adalah Aryanto Mat Indon Padang tulen. Cemerlang! Dan, saya turut menyukai Chew Kin Wah yang membawa watak Lim Piranha, Si 'Abang Besar' Kongsi Gelap Cina yang bertutur dalam loghat Utara. Cemerlang! Kalau dalam kehidupan sebenar dan jika boleh membuat pilihan - saya ingin menjadi Si 'Abang Besar' Kongsi Gelap Cina Lim Piranha ini. Untuk Vovin - saya akan hadiahkan empat orang perempuan Cina yang cantik-cantik supaya dia tidak perlu untuk mengejar cinta lagi. Pergh!

Setem adalah sebuah filem komedi ringan yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Makanya, jangan lepaskan peluang untuk pergi menonton Setem. Wajib Tayang - masih 2 minggu? (Walaupun filem masih mendapat sambutan).

...

Estet? Hah, Abang Mamat don't worry! Kalau perlu, saya akan pecahkan tabung ayam untuk pergi tengok Estet! Ngeh ngeh ngeh!

11 Ogos 2009

Suatu hari minggu

Abdullah Jones dan Abid berjalan laju laju. Aku dan Ben mengonek mereka dari belakang pelan pelan. Abid mengambil kunci Merc. Abdullah Jones membayar parking.

"Berape kene, Dolloh?" tanya aku.

"Tige hengget!" jawab Abdullah Jones.

Kami telah mem-parking kereta mewah di kawasan tempat letak kereta (terletak berhampiran dengan Apartmen Binjai) yang memang terkenal dengan kemahalan tahap dewanya.

"Muroh pulok doh!!!" kata aku.

"Saya kenal awak! Awak kerja sana (nama sebenar Syarikat D)kan! Yaaaa... dulu saya sana parking juga jaga [Itu sebab Aci kasi awak orang diskaun]!!!" kata Aci penjaga parking tu.

"Pergh! Femes doh mamat ni! Aci parking kete pun kenal dia weh!" kata Abdullah Jones.

Ngeh ngeh ngeh! Kuala Lumpur aku yang punya ya! *wink*

06 Ogos 2009

JAVIDNAMAH: Obor revolusi untuk jiwa marhaen

Image Hosted by ImageShack.us

“Ada barang?” tanya gua.

“Ada!” jawab dia.

“Berapa satu?” tanya gua, lagi.

“Sepuluh!” jawab dia, lelaki berambut Ronnie James Dio yang tersandar di kerusi sambil menikmati segelas Nescafe tarik gelas kecil kat kedai mamak Annexe itu. Beberapa ketika kemudian dia mengeluarkan sekeping audio CD dan menghulurkannya kepada gua. Gua tak fikir panjang, gua sambar, gua bayar sepuluh ringgit, sama macam gua buat perangai semasa gua beli kaset Search: Langit dan Bumi tu dulu-duluuuuuu, “Tak mao try dulu ka, boy?” “Tak mohlah, tauke! Mau cepat! Garenti best punya ni!!!”

“Demo ke?” tanya dia.

“Demolah!” jawab gua, “Baru nak hisap rokok… FRU dah pulun dengan bom asap! Yapong tak sempat nak set kamera pun, wo! Pung pang pung pang kami cabut lari...”

Nama dia Javid. Tapi, gua panggil dia - Nik. Dari telo percakapannyanya – Javid mungkin orang Perak atau orang Pahang. Nik? Mana ada orang Perak nama Nik!!!! Nik Angahluddin? Buruk benar bunyinya, yeop. Nik Karmun? Mana ada Jawa nama Nik. Nick Kershaw? Maybe. HA HA.

Memulakan dengan lagu Aku dan Kamu (Meor, Black, Rahmat Haron & Javid), petikkan gitar Javid begitu clean dan menyihir. Ditambah dengan suara Javid yang serak-serak macam kerongkong jenis calar-balar tu, lagu-lagu yang terdapat dalam album C4-LLPK ini cepat ‘menangkap’ ke telinga. Sekali imbas, jika rounded dan deep lagi vokal si Javid ni – persis Iwan Fals. Tetapi, Javid tetap Javid. Who need Iwan Fals when you can have Javid! HA HA.

Lagu-lagu Seniman Jalanan memang begitu sifatnya. Bercerita tentang aku, kau, kamu, dan kita. Bercerita tentang si marhaen yang tertindas dan si brahman yang berkorupsi. Cuma, lagu-lagu dalam C4-LLPK ini bukanlah jenis lagu marah-marah. Melodinya perfect! Dilengkapi dengan intro dan korus dan kadang-kadang solo yang… aaa, gua tak tahu nak cerita, lu kena dengar sendiri! Pendek kata, “Mantop!” kata Ustaz Zamri Bercerita.

Hampir keseluruhan lagu-lagu dalam album ini sarat dengan deting-deting gitar akustik. Kecuali untuk lagu Perang yang telah dipersembahkan dengan petikkan gitar elektrik/full band. Lagu yang fast dan rockin' ini adalah salah satu lagu kesukaan gua. Lagu-lagu lain yang menjadi kesukaan gua adalah Aku dan Kamu, Terang Bulan, dan Untuk Orang Islam (liriknya sungguh sinikal). Intro lagu Nyanyian Pada Malaikat (Iqbal) pula macam intro lagu-lagu Country and Western. Apabila lu dengar lagu ni, lu rasa macam… pada suatu petang, lu pakai topi koboi, lepak kat atas pagar putih di padang ragut UPM sambil gigit kemuncup. Perghhhh!

“Dia tak ada main lagu cinta-cinta ke, bos?“ tanya gua.

“Dia nak ke arah tulah tu, jend! Ha ha!” jawab Meor.

Ya! Ada satu bonus track dalam album ini yang tidak berjudul. Malu nak letaklah tu ek, Javid! HA HA. Gua syak judulnya - Asmara. Ya, ini lagu cinta. ‘Layan’ lagu ni, wo! 21 kali Javid sebut perkataan “asmara” tu! Tapi, kalau dapat riff ka atau intro ka dengan detingan resonator/steel guitar pun menarik juga, weh! Kalau dapatlah, Javid!

Image Hosted by ImageShack.us
Label: INI BARU BERBALOI BALOI, BEB!

Apapun, insyaAllah, Javid akan perform di Maskara 8.8.09 (Kalau dia tak pergi dating dengan awek cun tu la! *ahaks*) Meor? Meor pun perform, insyaAllah! Jadi, anda datanglah beramai-ramai ke Maskara!

Hubungi Javid di javidnamah@ymail.com atau di nikbinjidan.blogspot.com

04 Ogos 2009

"Peeeewit! Berbaloi baloi!" kata Amy Search

Di tempat pertama
Image Hosted by ImageShack.us
SMOKE MY PEACE PIPE oleh Vovin

[Ulasan juri: Foto ni mendapat tempat pertama kerana effort yang ditunjukkan oleh jurugambar. Orang lain dah pung pang pung pang lari... tetapi, dia masih remain untuk merakamkan gambar ini.]

Di tempat kedua
Image Hosted by ImageShack.us
OFFICER DOWN oleh Sinaganaga

[Ulasan juri: Jurugambar ini sungguh licik. Nak tunggu momen polis jatuh memang payahlah! Tetapi, momen revolusiner jatuh - melambak-lambaklah kat depan mata! HA HA. Makanya, dia merakamkan momen polis jatuh dalam rupa dan bentuk yang lain! "Licik!" kata Wani Ardy. Ngeh ngeh ngeh!]

Di tempat ketiga
Image Hosted by ImageShack.us
KONDUKTOR BAS MERAH PERGI MENTAKAB oleh Pipiyapong

[Ulasan juri: Nombor empat warna putih atas bulatan warna biru itu sungguh kontra dengan latar warna merah! Jurugambar juga berjaya merakamkan momen konduktor sedang menjempulkan jarinya, "Best-kan makan tear gas, adik-adik!.]

Di tempat saguhati
[Gambar Family Day - Ceh! Malas aku nak letak kat blog. HA HA.]
TANPA TAJUK 1 oleh OP

[Ulasan juri: Tak guna ada D90 kalau tak turun padang ambil gambar perang - baik pakai Lumix sajalah, weh! HA HA HA HA HA!]

Ok, kita sedang nantikan komen-komen dari Mukhriz Latif dan jurugambar-jurugambar pro yang lain!

03 Ogos 2009

Pipiyapong berkonsert di awan biru

Kami rasa gambar-gambar kami dah best sangat dah. Pada suatu hari, apabila kami bandingkan gambar-gambar kami dengan gambar-gambar Mukhriz Latif - kami rasa gambar-gambar kami macam cilake! HA HA.

Makanya, kami tanam tekad, bukan kami nak bantah ISA atau kami nak sokong ISA... tetapi, kami dah tanam tekad nak atasi kehebatan gambar-gambar Mukhriz Latif. Ceewah!

"Esok ada demo!"

"Demo orang buat batik ke?"

"Ceh!"

Image Hosted by<br />ImageShack.us
Orang dah pung pang pung pang lari, suara polis-polis dah macam suara Marsli N.O baca sajak, gas airmata dah menitik-nitik... tetapi, Pipiyapong tenang saja, rokok pun masih panjang lagi, ha ha. Pemuda di belakang Pipiyapong adalah adik saudaranya dari Namibia.

Vovin? Hah, masa ni Vovin dah kat dalam asap dah. Pyanhabib? Ha ha ha, selepas kena gas airmata - dia pergi pekena teh tarik kat CM.

Image Hosted by ImageShack.us
Aku kata, "Lari, Pongggg!" Pipiyapong kata, "Jap aok! Biar demeh rapat kat keh setapak dua lagi! Hah, hah, kalau berani - rapat, ya rapattt!!!!" Ceh! Jiwa kental konon - gambar entah apa-apa (Apa barang tangkap gambar bas merah tengah berhenti)! HA HA.

NOTA: Nantikan gambar-gambar terbaik kami (dari ranking pertama hingga keempat)... kalau tak esok - lusa! "Berbaloi baloi!"