Mr Leong. Cikgu kelas kami 'cum' cikgu ilmu hisab tambahan kami 'cum' jurulatih lempar cakera kami.
Oleh kerana. Cikgu pendidikan jasmani. Cuma ada dua orang. Mr Leong tawar diri. Untuk menjadi jurulatih. Lempar cakera kami. Bukannya dia pandai sangat melempar cakera, alahai! “Saya cuma kasihankan Cikgu Razali (pakcik kepada Usop) dan Cikgu Aziz (Mat Tobek)!” Katanya. Sambil membetul-betulkan. Cermin mata damar hitamnya.
“Anda semua tengok macamana saya buat dulu ya!” Mr Leong. Sambil membengkok lutut, memulas-memulas pinggang, menghayun-hayun cakera. Dan. Segala macam benda… Dompet. Buku nota. Buku 555. Pen merah. Pen biru hitam. Pen hijau. Duit seringgit-seringgit. Duit besi. Kunci kereta. Cincin kahwin. Sikat plastik warna cokelat. Bertaburan ‘muntah’ keluar. Dari poket hadapan kemeja lengan pendeknya. “Haiiiiiya!!!!”
Ha ha. Kami ketawakan dia.
“Sekarang, Mr Leong tengok macamana saya buat pula ya!” Aku. Sambil membengkok lutut, memulas-memulas pinggang, menghayun-hayun cakera. Dan. *Zuuuuuuppp!*
“Haiya! Tak jauh. Tak sampai satu meter pun!!!!” Mr Leong.
Ha ha. Mr Leong ketawakan aku. Sambil kedua-dua tangan. Menggoncang-goncang gesper. Ada manik jernih di penjuru matanya yang picing.
NOTA KAKI BANGKU: Aku memang ‘kaki bangku’. Ha ha.
Selamat Hari Cikgu kepada: Mr Leong “dy dx…”. Miss Alice Tan “darRAH, berwarna merRAH”. Cikgu Burn Hitam. Cikgu Burn Putih. Cikgu Mat Cipan. Mr Devadason. Mrs Nathan (Cikgu English set ‘normad’ aku ni… Ha ha). Ustaz Zainal “Dak!”. Ustaz Mohsein “Khalid al-Walib pun bertempik… Serang! Serang!! Serang!!!”. Cikgu Hamidah ‘Mod Math’. Cikgu Rosman. Cikgu Shahran “somborono!”. Cikgu Velayudam “alhamdullillah, kita sudah sampai India (Amerika), kata Amerigo Vespucci!”. Cikgu-cikgu seni perusahaan (Cikgu Nordin + Cikgu Quek + Cikgu Teoh?). Cikgu Cheah Siaw Phang “turun ke makkMALLL kimia, sekarang!!!”. Cikgu Razali. Cikgu Mat Tobek. Cikgu Hamzah Art Club. Cikgu Fizik (Noraini?) yang aku dah lupa nama. Puan Muhaimu ‘yang kecil molek tapi garang bukan main’. Puan Zuraedah ‘yang cute’. Dan. Cikgu Azizan ‘yang lohe‘.
Maaf, saya tak jadi doktor, seperti yang anda semua harap-harapkan.