"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

31 Mei 2005

Describe me in ONE WORD!

"Describe me in ONE WORD, just one! Send it to me then bla bla bla see how many wonderful/strange things people think about you bla bla..." Kak Teep. Via SMS.

"LABUCI!" Aku. Via SMS.

"Itu, kak Ija kaulah!" Kak Teep. Via SMS.

"Describe me in ONE WORD, just one! Send it to me then bla bla bla see how many wonderful/strange things people think about you bla bla..." Kak Ija. Via SMS.

"HALIAN MI TELO!" Aku. Via SMS.

"Describe me in ONE WORD, just one! Send it to me then bla bla bla see how many wonderful/strange things people think about you bla bla..." Aku. Via SMS. Kepada Kak Teep. Dan Kak Ija.

"UNEXPECTED!" Kak Ija. Via SMS.

"CopyCAT!" Kak Teep. Via SMS.

Ha ha.

30 Mei 2005

Di telan mati aku, di luah mati aku...

Dulu. Kalau makan tembikai. Aku buang seluruh biji. Kata kakaks, "kalau kau tertelan biji tembikai, nanti tembikai tumbuh dalam perut kau, bagus juga, nanti emak tak payah beli tembikai di pasar lagi, petik terus dari dalam perut kau."

Sekarang. Ramai lelaki makan biji labu (cucurbita pepo). Bagus. Untuk mengelakkan kanser prostat.

Tadi. Aku sibuk. Sangat-sangat. Tak sempat merokok. Galang-gantinya, aku kunyah 'something'. Dah bosan kunyah, aku telan. Lupa. Selalu beli gula-gula jeli. Hari ini beli gula-gula getah, alahai!

25 Mei 2005

Warrior Kg. Kongo

Dulu.

Berkasut jenama Warrior. Itupun dah cukup gah. Kasut kanvas warna biru. Kami beli di Lin Ho. Yang terletak berhadapan dengan UMBC. Lama.

Berbaju T jenama Pagoda. Itupun sudah cukup gah. Kami 'dye' gradual. Sekerat merah. Sekerat kuning. Sekerat hijau. Macam warna Bob Marley. Cantik. Walaupun warden kata macam Deepavali, alahai!

Emak belikan BomBeat. 'Tangan kedua'. Itupun sudah cukup gah. Untuk kami satu bilik dengar-dengar New Waves: Culture Club. Bronski Beat. Spandau Ballet. Duran-duran. Thompson Twin. Nik Kershaw. Howard Jones. Paul Young. Frankie Goes To Hollywood. Kami beli kaset cap tapak kaki warna hitam. Kualiti? Okay! Ya-ya. Budak sekolah mana mampu beli cap EMI. WEA. Polygram. Ha ha.

Kalau keluar ke KL - mesti cari majalah 'No. 1'. Majalah hiburan 'made in UK'. Walaupun English aku macam tot toot. Kalau kau kepit majalah ni - budak-budak CBN dan St. Mary mesti 'buka mata'. BBGS? Uhh, jauh! Aku tak lalu situ.

Aku beli. Kasut. Adidas International. Dengan duit biasiswa. Yang aku tabung sepanjang tahun. Aku beli. Kasut. Adidas Wimbledon. Apabila aku dah pandai mengorat 'freshie'. Ha ha. Tak-tak. Aku tipu. Aku tak 'handsome'. Tak 'handsome' mana boleh ada awek. Kalau dah tak ada awek, mana boleh pergi bergendut!! Kalau tak pergi bergendut, nak buat apa pakai kasut mahal-mahal. Ha ha.

Aku pakai 'Wimbledon' masa 'prep' malam. Ya ya. Apabila kau pakai 'Wimbledon', apa yang kau baca, akan mudah masuk ke dalam kepala! Ha ha. Aku tipu lagi. Tak ada kena mengena deh... Add Maths 'cangkul' juga. Walau pakai 'Wimbledon' bertahun.

Itu dulu.

Sekarang. Aku. Suka pakai selipar. Masa waktu pejabat. New Waves pun dah keluar semula. Dah tukar nama lain. Lagu-lagu 'tarian teh (tea dance)'! Uuh, kenapa tak dikekalkan New Waves saja? Mahu bikin orang keliru. Atau. Strategi pemasaran. Cuma.

Red? WakTam? Yonz? Hah, dia orang hippis! Ha ha.

"Oit! Hippis ke hape, pukul sepuluh dah tidur?" Yonz.

23 Mei 2005

Mamang

Di belakang rumah stingarden emak. Ada sebuah perigi. Yang kami guna airnya. Untuk mandi-manda. Dan. Di tepi perigi itu tumbuh sebatang pokok pinang. Kesayup bintang. Pucuknya. Yang Mamang dakwa ada kuntilanak. Berumahtangga di atasnya. Kata emak, wah, ini sudah 'best'! Kita berjiran dengan keluarga Bawean. Dan. Keluarga kuntilanak. Kalau rancangan Misteri Nusantara sudah ada. Pada ketika itu. Pasti masuk TV. Emak. Mamang. Aku. Si Tompok. Si Oren. Aaa... bukan kucing. Angsa! Dua ekor. Suami isteri.

Mamang tebang. Pokok pinang. Untuk halau. Kuntilanak. Konon. Mamang dakwa dia ada magis macam-macam!

"Kalau Mamang baca mentera. Lalu Mamang menyorok di sebalik kotak mancis. Nescaya tiada siapa pun yang akan bisa nampak Mamang. Ini, namanya, ilmu perabun..." Mamang.

Suatu hari. Aku. Pulang bercuti. Ke rumah stingarden emak.

"Mamang dah kena tangkap! Dia tak ada dokumen perjalanan yang sah." Emak.

"Mamang tak sempat menyorok di sebalik kotak mancis ke?" Aku.

"Tak! Mamang menyorok dalam tong deram." Emak.

20 Mei 2005

Ajem ta kepek!

The word BAWEAN is said to stem from the sanskrit, meaning 'there is sunlight'.

Dulu. Perempuannya. Berkebaya rencong. Jarang. Kain! Mengendong anak. Berbungkus pelekat. Tidak berjahit. Dengan hujung pintalnya berbuku di tengkuk. Tergantung. Anak.

Rumah emak. Stingarden. Berkongsi laman. Dengan kaum pendatang. Bawean. Dan setiap pagi. Apek itu. Akan singgah. Berjualan. Bukan perempuan Bawean. Ikan!

Tentu sahajalah. Apek itu. Mudah terteguk liur. Apabila dikerumuni. Perempuan-perempuan. Bawean. Berkain batik paras pinggang. Tanpa kebaya rencong. Bercoli cuma. Putih. Kekuningan. Coklat. Bukan perempuan Bawean. Coli!!

Dan suasana di laman rumah emak tak ubah macam pantai-pantai California.

"Oit-oit! Kenapa kau tak pergi ke sekolah lagi ni?" Mamang. Sebelah rumah. Dan buah ketapang kering. Singgah di kepala. Aku. Aduh!!!!

Tidur tak basuh kaki

Not. Memberikan tanggungjawab total. Kepada aku. Dalam menentukan laluan perjalanan. Kalau dibandingkan. Antara kami berdua. Not yang lebih bagus. Dalam hal-hal membaca peta. Membaca 'tulips'. Membaca macam-macam.

Aku. Memberikan tanggungjawab total. Kepada Not. Dalam menguruskan hal-hal kewangan. Bukan kerana. Aku mahu membalas. Kepercayaan yang telah diberikan. Oleh Not...

"Kau lemah maths! Add maths kau sembilan. Kalau aku derma tiga puluh sembilan markah kepada kau pun.., belum tentu kau 'past'!" Not.

Memutar ke kanan. Di Solok. Menyusuri. Danau Di Atas. Danau Di Bawah. Merangkak-rangkak. Mendaki banjaran. Ke Kerinci Sebelat. Dan aku akan memberikan arahan itu ini itu ini: Terus. Signal kiri. Signal kanan. Terus lagi. Lepas ni Alahanpanjang. Ada rumah makan (warong). Kalau kau terlepas yang ini, lagi enam jam perjalanan, baru kau akan jumpa rumah makan yang berikutnya. Matilah kau mati tak makan.

Lalu. Kami akan berhenti. Di rumah makan. Walaupun perut. Masih kenyang.

KOMA

Rumah makan. Di banjaran. Sejuk. Makanan entah apa apa. Tengok TV. Siaran luar negara. Berkongsi dengan manusia-manusia. Berkelubung seluruh tubuh. Dengan kain pelikat. Macam ninja. Tengok TV. Itulah satu. TV. Di banjaran. Rumah makan.

Di bilik hotel. Kerinci Sebelat. Not. Terjerit-jerit. Di dalam tidur. Dan peta-peta. Di tangan aku. Terpelanting. Terkejut. Aku. Hoi! Menjerit-jerit tak bagi salam!!

"Maaf. Aku mimpi. Lelaki-lelaki berkelubung itu... merangkak-rangkak, nak tangkap aku..." Not.

"Kau, dengan tak mandi... terus tidur tak basuh kaki.., lahai!" Aku.

Aku. Kembali mentelaah peta. Not. Kembali lelap. Menyambung mimpi. Tanpa mandi. Dan membasuh kaki.

19 Mei 2005

Apabila bukan bantal pula yang bercakap...

Spyz. Via SMS.

"Zam marah-marah. TV siar rakaman. Orang kampung usung keranda. Mengganggu ketenteraman awam! Watta hell..." Spyz.

"Barangkali mungkin. Zam marah-marah. Sebab. Visual keranda. Tidak akan. Menyelamatkan lelaki-lelaki. Tak tahu berenang. Macam aku. Dan kau. Dan Zam. Tidak akan dapat. Berfantasi macam-macam." Aku.

17 Mei 2005

Apabila bantal-bantal pun bercakap...

Selama ini. Jika kau cuma ada TV. Kau akan menonton rancangan: Yang pelakun-pelakun perempuannya. Memakai pakaian mandi. Warna merah. Memperlihatkan susuk tubuh. Berlari-lari. Di pantai. Membawa pelampung. Berbentuk buah kana. Menyelamatkan lelaki-lelaki. Tak tahu berenang. Macam aku. Dan. Kau akan berfantasi macam-macam.

Lalu. Kau fikir. Z. Lokman tidak akan mampu. Bikin filem. Yang sedemikian. Mana nak cari buah kana? Pelampung tu.

Semalam. Jika kau cuma ada TV. Kau menonton. Rancangan terbitan Tanah Air. Sendiri: Yang pelakun-pelakun perempuannya. Dua orang. Duduk-duduk. Di atas katil. Memakai baju tidur. Pelbagai potongan. Pelbagai warna. Memeluk bantal. Meriba 'teddy bear'. Di celah kelangkang. Sambil, acap kali membetulkan. Hujung rambut. Bertanyakan soalan mudah-mudah. "Di bahagian mana tubuh badan kau yang paling mudah geli?" Ha ha. Kononnya. Soalan itu. Boleh menyelamatkan lelaki-lelaki. Tak tahu berenang. Macam aku. Dan. Kau akan berfantasi macam-macam.

"Goodnite to all of you... muah!" 'Flying kiss'. Untuk kau. Untuk aku. Untuk kita berfantasi macam-macam. Lagi.

16 Mei 2005

Petah yang Patah dan Pekak yang Pekap

"Kau... boleh menulis untuk aku? PDRM bla bla... kriminal bla bla... 'HISTORY' bla bla..." Aku.

"ISTERI?" Dia. BukuNota.

Entah. Petah akukah yang patah. Atau. Pekak diakah yang pekap. Atau. Semua orang. Yang tengah miang. Mahu berkahwin. Akan mudah benar berhalusinasi. Mendengar macam-macam. Ha ha.

13 Mei 2005

Garam dan Gergasi Ryogoku

Musim panas. Ryogoku. Pinggir Tokyo.

Orang banyak. Bersesaksesak. Tanpa mengiktiraf. Kewujudan. Aku. Yang bertenggek. Bungkam. Pada birai jambatan. Sebatang sungai. Keroh. Lesu. Lelah menyusur. Di celahcelah kota. Menjadi teman.

Merokok. Aku.

"Semalam. Ada orang mati. Bunuh diri. Di sungai ini." Orang.

"Ooo?" Aku.

Tak sempat berpaling. Orang itu. Cepat-cepat. Menyelinap. Di dalam sesak-sesak. Orang banyak, alahai! Dia ingat. Aku. Mahu membunuh diri. Barangkali.

Kembali menyoroti. 'Kokugikan'. Di seberang jalan. Lampu isyarat. Merah. Tapi, tiada kereta. Yang lalulalang. Raman. Faisol. Menyeberang. Tidak menyempatnyempat.

"Hoiii!!! Abunai tane, ano tane, tane, hoi hoi!" Polis trafik. Bermotorsikal kuasa besar. Entah apa. Biji butirnya. 'Nihongo!'

"Aaa... gomenasai taukeh! Ano... ano... Mareshia kara kimasta! Gomen da neh! Aduh, matilah kita..." Raman. Faisol.

Aku? Di birai jambatan. Masih. Ketawa. Pecah mengekek. Padan muka. Kau. Buat perangai macam di Malaysia. Lagi. Ha ha.

Hari itu. Kami. Mahu menyaksikan. Lelakilelaki gergasi. 'Rikishi.' Masuk ke 'dohyo'. Menabur garam. Menghalau anasiranasir jahat. Bertenggong. Buku lima. Dua pasang. Beberapa inci di belakang 'shikirisen'. Tak jadi. Bertarung. Kembali berdiri. Menabur garam. Bertenggong. Buku lima. Dua pasang. Beberapa inci di belakang 'shikirisen'. Tak jadi. Lagi. Bertarung. Kembali berdiri. Menabur garam... (repeat till fade).

"Oit! Bila nak bergasak ni oit?" Raman.

Petang. Akebono. Menjadi juara. Kelak, tugunya akan dibina. Di bahu jalan. Sebagai tanda. Dia pernah menjadi juara.

Malam. Di TV. Lelaki gergasi itu. Mengumumkan. Perkahwinannya. Dengan seorang model. Berbangsa Jepun. Cantik! Sangat. Lantas aku berfantasi macammacam.

"Amacam? Belajar 'sumo' kita?" Raman.

"Payah! Kalau kau makan sepuluh ekor babi pun, tak akan sempat menjadi gergasi macam mereka." Faisol. Ha ha.

Pinggir Tokyo. Ryogoku. Musim panas.

12 Mei 2005

Dagangan lemah dengan entri yang ditutup bercampur-campur

Darth Vader sebelah meja
"Kokh kerh... kork kerh...!" Kirinz. Di sebelah meja. Aku

"Berlatih jadi Darth Vader ya?" Aku.

"Luke! Am ya father..." Kirinz.

"Bapa aku ya?! Tolong siapkan kerja aku boleh?" Aku.

"Alamak! Kokh kerh... kork kerh!" Kirinz.

Birah ikan 'koi'
"Kalau kita berdua menyertai 'Mencari Cinta' tu - kau rasa kita akan capai tahap 'the last two' tak?" Aku.

"Kita jadi 'final two' jika wanita (tu) birah macam 'koi'!" Rimau.

Rimau pergi kursus
"...penceramahnya membuat kelopak mata aku seberat batu giling." Rimau.

"Kau patut bawa jarum dan benang kait bersama-sama (semasa berkursus)!" Aku.

Filem-filem yang aku suka
1. Attack of the Killer Tomatoes (1978)
2. Crossroads (1986)
3. Cinema Paradiso (1989)
4. Three Colors Trilogy (1993)
5. Pulp Fiction (1994)
6. Trainspotting (1996)
7. Full monty (1997)
8. The Children of Heaven (1997)
9. Run Lola Run (1999)
10. Malena (2000)
11. Jay and Silent Bob Strike Back (2001)
12. Irreversible (2002)

11 Mei 2005

Shohey dan TV kenit keluarga Morita

Image Hosted by ImageShack.us
Malam masih muda. Ya ya, aku tahu.

Shohey. Menonton TV. Seminggu sekali hanya. Itupun untuk beberapa jam cuma. Rancangan kartun yang dia suka.

Rutin. Selepas makan malam. Masa untuk tidur. Dan Puan Teruko akan membacakan buku cerita kepadanya. 'Kasut Belang Hilang' yang mereka suka.

Dan seperti selalu, ibu dan anak ini akan TERlelap. Sekitar jam sembilan malam. Ya ya, baru jam lapan malam waktu di Malaysia.

Aku. Kalau menumpang tidur. Di rumah Encik Masayuki. Akan makan malam. 'Kakiage'. Air tangan Puan Teruko. Kemudian, 'ofuro'. Kejap. Kemudian berbedak. Kejap. Berpakaian. Kejap. Lalu turun ke dapur. Berbual-bual dengan tuan rumah. Kejap.

"Mana TV kau?" Aku.

"Tu!" Masayuki.

"Mana, mana?" Aku.

"Tu, tu!" Masayuki.

TV keluarga Morita kenit. Paparannya kurang daripada dua belas inci. Terselit di rak. Di satu satah dinding. Bahagian dapur.

"Color?" Aku.

"Color!" Misayuki.

Aku jarang mahu berlama-lama. Lekas-lekas ke bilik. Di bahagian atas. Menonton TV? Naa. TV, itulah satu! Kenit. Terselit di rak. Di satu satah dinding. Bahagian Dapur.

Salji masih mahu berlebat-lebat. Di luar. Aku? Menyorong pintu gelangsar. Tubuh masih di dalam. Muncung di luar. Merokok.

Dan malam masih muda. Ya ya, aku tahu.

Filsuf jenis apa ini?

Image Hosted by ImageShack.us

10 Mei 2005

Banjaran asing

Kalau bernasib baik. Pada musim panas pun. Tateyama masih dilitupi ais. Putih. Polos. Tanpa salji. Yang turun.

Bertembung. Burung-burung 'raicho'. Mula menukar warna. Dari putih ke perang. Kalau bernasib baik.

Dan kau akan kejar-kejar. 'Raicho'. Itu. Macam kau kejar-kejar. Ayam. Yang di rumah Mak Long Lijah.

Aku. Dihimpit. Antara. Wangi ais. Dan. Wangi Miyuki. Berbaur! Di birai Tateyama.

"Kalau aku menjadi gunung, kau mahu menjadi apa?" Miyuki.

"Aku mahu menjadi 'raicho'!" Aku.

"Kenapa?" Miyuki.

"Aku mahu bebas berlari. Di kakimu. Di dadamu. Di puncakmu. Di..." Aku.

"Nakalnya dia...!" Miyuki.

"Oit! Di mana salah aku?" Aku.

Dan kami. Duduk-duduk. Bahu ke bahu. Tangan-tangan. Di atas riba. Masing-masing. Sesekali. Membetulkan 'snow cap'. Degil. Tidak mahu menutupi telinga. Dan kembali. Merenung gunung. Yang bagaikan sedang bertafakur. Pegun. Walau digugah bayu. Dingin. Kami. Orang-orang lain. Juga. Serupa.

Wangi. Aroma Yohji Yamamoto. Miyuki. Menakhluki keAKUanku. Lalu. Genta-genta pun berbunyi!

08 Mei 2005

Mamai

Don (Donald Long). Editor kami. Dari New Zealand. Minta masuk ke pejabat awal. Jam tiga. Pagi.

Aku. Jam sembilan pagi. Baru nak berlari-lari bapa. Di 'subway'. Kalau tersalah menaiki keretapi - jam sepuluh baru tiba. Di pejabat ACCU. Yang terletak bersebelahan dengan bangunan Kodansha. Dan Oki (Okita). 'Design editor'. Aku. Sudah satu jam. Menunggu. Di pejabat.

"Ohiyo gozaimasu!" Oki. Dia perli. Aku.

"Sorry! Am late!" Aku. Menyeringai. Dia juga.

Dan Dr. Mdm. Dass. 'Chair person' kami. Dari India. Akan tiba selepas waktu tengah hari.

Ya ya. Kami bekerja mengikut waktu pejabat di negara masing-masing. Misako. Ketua unit Asian/Pacific Ocean Co-Publication (ACP), ACCU tidak pula merungut. Dia tahu. Apa sekali pun cara kami bekerja - kerja akan tetap siap mengikut perancangan.

KOMA

Kami ke kedai makan. Di hujung jalan. Don makan malam. Aku makan tengah hari. Dan Dr. Mdm. Dass baru mahu bersarapan pagi.

06 Mei 2005

Kain pulikat, la la la la....

Hitomi. Mencuba pakai kain pulikat. Aku. Sehelai cuma. Dan kain pulikat itu, cuma untuk pakai semasa sembahyang, alahai!

"Macamana ni?" Hitomi.

Aku tunjukkan cara lipat. Kain pulikat. Lipat cara orang lelaki. Lipat kanan. Lipat kiri. Gulung di tengah-tengah. Lipat cara orang perempuan, tak pandai! Aku. Sudahnya, berbonjol. Tebal. Di tengah. Sebesar anak batu giling.

Aku nak ajar Hitomi cara berkemban... Naa. Tak sampai hati!

"Sembahyang jam berapa?" Hitomi.

"Subuh jam dua." Aku.

Hujung-hujung musim bunga begini, sang suria akan cepat meninggi diri. Jam empat, kalau terlupa menutup tingkap dengan langsir, sang suria akan mengejutkan kau dari tidur. Di bawah rumah. Pakcik penjual susu segar sedang menggantikan botol-botol kosong semalam dengan botol-botol yang baru. Penuh. Berisi susu. Di muka pintu.

Aku bayar bulan! Pakcik tu. Susulah!!

Hitomi. Di bilik. Tidur. Berkain pulikat. Aku tahu. Sebab... tak jumpa pun di ruang tamu. Hitomi. Kain pulikat. Dan subuh terlajak pagi itu aku bersembahyang pakai selimut, alahai!

05 Mei 2005

'Dr. Rimau' sounds nicer

"Kau tak 'update' blog. Kau sibuk? Kau tak sibuk?..." Aku. Via SMS.

"Aku kekeringan ilham nak tulis. (Kerajaan) Jepun tak mahu taja (aku) 'study on blogging in Malaysia'? Aku nak biasiswa untuk buat PhD." Rimau. Via SMS.

"Aku kaya. Boleh, kalau aku nak taja kau buat PhD. Tapi, apa orang lain (akan) kata. Nanti. RIMAU LELAKI SIMPANAN NAGA! Eeeiiiuuuuuuaaooooooooooooo... Aku. Via SMS.

NOTA KAKI BANGKU: Perbincangan ilmiah itu tamat begitu sahaja.

04 Mei 2005

Naa. Kami hanya kawan

Aku di Ikebukuro. Hitomi di Waseda. Kalau pandai. Menyelinap. Di celah kedai-kedai. Tak jauh. Dari Waseda ke Ikebukuro.

Dulu. Hitomi. Berambut panjang lurus. Paras pinggang. Kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Rambutnya di potong pendek. Paras tengkuk. Kalau ke kuliah - berselipar cuma. Ber'skirt' denim. Berkemeja denim. Isnin, begitu. Selasa, pun begitu. Rabu, pun begitu juga. Tinggal di Tokyo, susah! Bukan kedekut. Bukan mahu berjimat. Memang jarang berduit, alahai! Dia.

Kami berlama-lama di 'park'. Sambil berkongsi 'burger'. Satu. Di bahagi dua. Dan secawan kopi panas. Yang dicicip bergilir. Kopi!

"Miskinkan kita ni?" Hitomi.

"Tak. Bukan kita. Kau. Aku kaya. Sebab aku yang beli 'burger' dan kopi ni." Aku.

"Eeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!" Hitomi.

Sesekali, Hitomi menguis kuntum bunga 'sakura'. Yang gugur menimpa kepala. Dia. Sambil berdikit-dikit. Mengunyah hadam. 'Burger'. Setengah bahagian.

Aku? 'Burger' setengah bahagian lagi. Sudah lama mendap. Di dasar perut. Hendak dihabiskan baki kopi. Tak sampai hati. Nanti, Hitomi nak minum apa?

Melongo. Lama. Memerhatikan pasangan remaja. Berkucup. Tak sudah-sudah. Kemudian, berpaling. Ke muka restoran McDonald. Di seberang jalan. Amoi-amoi Jepun. Berskirt pendek. Duduk-duduk makan 'burger'. Memilih meja santak ke dinding kaca. Mengadap 'park'. Ikebukuro.

Dari sudut pandangan ini. Kau boleh terlihat. Lutut. Amoi-amoi Jepun. Yang kemerah-merahan, alahai!

"Kau nak 'burger' ni lagi?" Hitomi.

"Tak. Dah kenyang!" Aku.

03 Mei 2005

Menteri Pembelajaran?

Mat Jan. Purbe. Dan Lina. Singgah. Dari berkelana. Baru selesai menyusuri Pantai Timur, katanya.

Aku pelawa. Makan tengah hari. Bersama-sama. Sambil makan-makan, kami berbicara. Ilmiah. Yang lapar jadi kenyang. Yang kenyang jadi lapar. Sungguh!

Aku. Beraliran sains pun kerana dipaksa. Alasan 'state': "Negara kekurangan saintis!" Lima tahun. Habis begitu sahaja. Potong tikus putih pun terkial-kial. Buat bom apatah lagi, alahai! Setakat tahu melantun-lantunkan bola ping-pong, nak buat apa?

Di sekolah. Perlu ada guru kerjaya yang profesional. Gaji guru jenis ini mesti besar. Mesti mahal. Mesti lebih daripada gaji pengetua. Guru kerjaya perlu tahu semua jenis pekerjaan yang ada. Perlu beritahu pelajar itu ini itu ini.

"Ok Mat Jan! Besar nanti awak nak jadi peguamkan? Ok, mula-mula awak kena ambil SPM. Mesti dapat pangkat A banyak-banyak. Kalau ada tiga belas - 'score' tiga belas. Kalau ada lima puluh enam - awak mesti 'score' lima puluh enamlah!

Dah dapat keputusan SPM - awak kena isi borang UPU. Tulis 'law' untuk pilihan pertama. Tulis 'law' lagi untuk pilihan kedua. Jangan gatal-gatal tangan nak tulis 'art and design' untuk pilihan lain. Kalau awak buat begitu, nescaya pilihan lain itulah yang awak akan dapat. Percayalah!

Dan awak kena ambil tahu. Juga. Kalau awak belajar 'law' di UiTM atau UM - tiga tahun belajar, belum boleh dapat HONS. Kena tambah satu tahun lagi. Apabila dah dapat HONS, kena belajar lagi satu tahun. Kena 'chambering'. Baru boleh jadi peguam. Itupun akan kena buli dengan hakim. Lima tahun.

Kalau belajar 'law' di UIA. Tiga tahun dah boleh dapat HONS. Jadi. Awak pilihlah yang terbaik untuk awak. Yang mana awak boleh 'carry'.

Dan apa kata kalau awak gagal untuk menjadi peguam? Ok. Jangan bimbang! Kalau awak masih berminat dengan hal ehwal perundangan, awak masih boleh jadi - pengawai undang-undang, kerani mahkamah, juru bahasa, pembantu am rendah mahkamah, pengawal keselamatan bla bla bla...

Kalau jadi peguam, kena pakai pakaian hitam dan putih! Tak boleh pakai warna-warna lain. Kalau nak pakai pakaian warna merah hijau kuning kilat-kilat - jangan jadi peguam! Jadi M. Daud Kilau!"

Ya ya. Cikgu kerjaya mesti tahu itu ini itu ini. Kalau tidak, pelajar yang berbakat besar untuk jadi AHLI BOMBA akan tersalah pilih kerjaya. Pelajar tersebut akan menjadi 'designer'. Dewasanya kelak.

KOMA.

Rimau. Via SMS.

"NAGA BOLEH JADI MENTERI PENDIDIKAN! - MJ. Apa yang kau belanja dia, sampai dia puji (kau) begitu tinggi? Tapi memang, kalau kau jadi calon parti tot tot tot pun, aku (akan) undi kau!" Rimau.

"Mat Jan makan nasi penuh + ayam + sayur + teh o ais limau + sirap limau. Purbe makan entah apa entah. Lina makan nasi + ikan sembilang + sirap limau ++." Aku.

Spyz? Spyz ada mesyuarat. ISO apa kejadah! Katanya.