"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

11 Mei 2005

Shohey dan TV kenit keluarga Morita

Image Hosted by ImageShack.us
Malam masih muda. Ya ya, aku tahu.

Shohey. Menonton TV. Seminggu sekali hanya. Itupun untuk beberapa jam cuma. Rancangan kartun yang dia suka.

Rutin. Selepas makan malam. Masa untuk tidur. Dan Puan Teruko akan membacakan buku cerita kepadanya. 'Kasut Belang Hilang' yang mereka suka.

Dan seperti selalu, ibu dan anak ini akan TERlelap. Sekitar jam sembilan malam. Ya ya, baru jam lapan malam waktu di Malaysia.

Aku. Kalau menumpang tidur. Di rumah Encik Masayuki. Akan makan malam. 'Kakiage'. Air tangan Puan Teruko. Kemudian, 'ofuro'. Kejap. Kemudian berbedak. Kejap. Berpakaian. Kejap. Lalu turun ke dapur. Berbual-bual dengan tuan rumah. Kejap.

"Mana TV kau?" Aku.

"Tu!" Masayuki.

"Mana, mana?" Aku.

"Tu, tu!" Masayuki.

TV keluarga Morita kenit. Paparannya kurang daripada dua belas inci. Terselit di rak. Di satu satah dinding. Bahagian dapur.

"Color?" Aku.

"Color!" Misayuki.

Aku jarang mahu berlama-lama. Lekas-lekas ke bilik. Di bahagian atas. Menonton TV? Naa. TV, itulah satu! Kenit. Terselit di rak. Di satu satah dinding. Bahagian Dapur.

Salji masih mahu berlebat-lebat. Di luar. Aku? Menyorong pintu gelangsar. Tubuh masih di dalam. Muncung di luar. Merokok.

Dan malam masih muda. Ya ya, aku tahu.

6 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

tak dapatlah kau tengok cerita ultraman dengan sin chan kat sana ek?

Mei 12, 2005 9:52 PG

 
Blogger Anonymous said...

Adakah gambar itu senget kerana tv itu kenit?

oh. Mereka bergambar senget.

Bagaikan burung-burung 'raicho' yang berlari-lari di celah-celah gunung.

Mei 12, 2005 1:33 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Maknanya dia suruh kau ke Club! Pergilah Ginza, atau Sunshine Biru!

Mei 12, 2005 2:13 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ginza? Mahal! Ke Ropongi, sekadar berkeliling macam burung serindit - bolehlah! Ha ha.

Mei 12, 2005 3:54 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

dulu, aku juga suka bergambar dgn gaya mendepa tgn camtu. macam 'ujang' dlm IBCnya. mana pergi ujang sekarang 'eh? buletin lubuk dah takde kan??

Mei 12, 2005 5:29 PTG

 
Blogger Ahsuez said...

sebelah kaki budak tu seperti telah diserap oleh p**gg**g Uncle Naga.

Mei 12, 2005 5:45 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home