"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

08 Mei 2005

Mamai

Don (Donald Long). Editor kami. Dari New Zealand. Minta masuk ke pejabat awal. Jam tiga. Pagi.

Aku. Jam sembilan pagi. Baru nak berlari-lari bapa. Di 'subway'. Kalau tersalah menaiki keretapi - jam sepuluh baru tiba. Di pejabat ACCU. Yang terletak bersebelahan dengan bangunan Kodansha. Dan Oki (Okita). 'Design editor'. Aku. Sudah satu jam. Menunggu. Di pejabat.

"Ohiyo gozaimasu!" Oki. Dia perli. Aku.

"Sorry! Am late!" Aku. Menyeringai. Dia juga.

Dan Dr. Mdm. Dass. 'Chair person' kami. Dari India. Akan tiba selepas waktu tengah hari.

Ya ya. Kami bekerja mengikut waktu pejabat di negara masing-masing. Misako. Ketua unit Asian/Pacific Ocean Co-Publication (ACP), ACCU tidak pula merungut. Dia tahu. Apa sekali pun cara kami bekerja - kerja akan tetap siap mengikut perancangan.

KOMA

Kami ke kedai makan. Di hujung jalan. Don makan malam. Aku makan tengah hari. Dan Dr. Mdm. Dass baru mahu bersarapan pagi.

4 Comments:

Blogger Tok Rimau said...

Aku makan bila lapar. Kalau ada lunch date, aku akan melaparkan diri agar aku boleh makan pada waktu appoinmen.

Mei 09, 2005 2:12 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Peliksible betul waktunya!

Mei 09, 2005 3:31 PTG

 
Blogger Korakora said...

aku sarapan pagi jam 10 hingga 11 pagi. aku makan tengah hari jam 4 hingga 5 petang. dan aku makan malam jam 10 hingga 11 malam.

no wonder aku gemuk!

tengok aku salahkan tokey kedai yg benarkan aku makan tak tentu masa di kedai dorang!

Mei 09, 2005 7:43 PTG

 
Blogger el-Maaniq said...

makan ketika lapar, berenti sebelum kenyang.

Mei 10, 2005 2:38 PG

 

Catat Ulasan

<< Home