Naa. Kami hanya kawan
Aku di Ikebukuro. Hitomi di Waseda. Kalau pandai. Menyelinap. Di celah kedai-kedai. Tak jauh. Dari Waseda ke Ikebukuro.
Dulu. Hitomi. Berambut panjang lurus. Paras pinggang. Kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Rambutnya di potong pendek. Paras tengkuk. Kalau ke kuliah - berselipar cuma. Ber'skirt' denim. Berkemeja denim. Isnin, begitu. Selasa, pun begitu. Rabu, pun begitu juga. Tinggal di Tokyo, susah! Bukan kedekut. Bukan mahu berjimat. Memang jarang berduit, alahai! Dia.
Kami berlama-lama di 'park'. Sambil berkongsi 'burger'. Satu. Di bahagi dua. Dan secawan kopi panas. Yang dicicip bergilir. Kopi!
"Miskinkan kita ni?" Hitomi.
"Tak. Bukan kita. Kau. Aku kaya. Sebab aku yang beli 'burger' dan kopi ni." Aku.
"Eeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!" Hitomi.
Sesekali, Hitomi menguis kuntum bunga 'sakura'. Yang gugur menimpa kepala. Dia. Sambil berdikit-dikit. Mengunyah hadam. 'Burger'. Setengah bahagian.
Aku? 'Burger' setengah bahagian lagi. Sudah lama mendap. Di dasar perut. Hendak dihabiskan baki kopi. Tak sampai hati. Nanti, Hitomi nak minum apa?
Melongo. Lama. Memerhatikan pasangan remaja. Berkucup. Tak sudah-sudah. Kemudian, berpaling. Ke muka restoran McDonald. Di seberang jalan. Amoi-amoi Jepun. Berskirt pendek. Duduk-duduk makan 'burger'. Memilih meja santak ke dinding kaca. Mengadap 'park'. Ikebukuro.
Dari sudut pandangan ini. Kau boleh terlihat. Lutut. Amoi-amoi Jepun. Yang kemerah-merahan, alahai!
"Kau nak 'burger' ni lagi?" Hitomi.
"Tak. Dah kenyang!" Aku.
9 Comments:
kenyang tengok lutut??
ada ada saja lah kau ni naga..
Mei 04, 2005 6:46 PTG
lupa.
email aku :
p y z u l @ y a h o o. c o m
ko nak hantar gambar hitomi nampak lutut ke?
:P
Mei 04, 2005 9:04 PTG
err.., kenapa nak bakar aku.. =(
Mei 04, 2005 10:43 PTG
Naga kau ikut mana ye? Biasanya kalau naik tram-menuju ke selatan Ikebukuro-Mejiro-Takatanobaba(turun) Kawat kaki ke Waseda Daigaku! 30 minit! Dan kalau terlajak ke Shinookubo terus ke Shinjuku.30 minit belari-lari bapak!
Mei 05, 2005 8:54 PG
kalau hantar gambar ke spyz, hantar kat aku juga :P
Mei 05, 2005 12:19 PTG
Notebook,
Aku hantar manuskrip. Jigo suruh hantar kepada Rimau suruh hantar kepada Spyz. Duit? Masih belum ada duit nak dihantar ke Basri. Hutang dulu boleh?
Mei 05, 2005 12:35 PTG
nak anto gambar hitomi kat spyz? cc kat aku sekali ek :P
(manuskrip ku ada 3 page kosong lagi isk isk)
Mei 05, 2005 10:36 PTG
naga,
kalau nak hantar gambar hitomi nampak lutut aku tak mahu. tapi kalau nampak peha, hantar kat aku sekali.
heh! heh!
betul kata spyz, kau ni pasal describe awek memang superb! marvelous! lawakutub!!
erk! bila masa plak aku suruh Rimau suruh kau hantar kat Spyz? hmm..
Jigo - a n a r k i s m e l a y u @ y a h o o . c o m
Mei 06, 2005 7:02 PTG
Ok. Pembetulan. Basri (dan Rimau) suruh hantar ke Spyz hantar ke aku dan aku suruh aku hantar ke Jigo hantar ke Basri hantar ke Nazmi. Nazmi? Tak tahulah dia nak hantar ke mana...
Betul tak ni OP?
Mei 06, 2005 7:35 PTG
Catat Ulasan
<< Home