Menteri Pembelajaran?
Mat Jan. Purbe. Dan Lina. Singgah. Dari berkelana. Baru selesai menyusuri Pantai Timur, katanya.
Aku pelawa. Makan tengah hari. Bersama-sama. Sambil makan-makan, kami berbicara. Ilmiah. Yang lapar jadi kenyang. Yang kenyang jadi lapar. Sungguh!
Aku. Beraliran sains pun kerana dipaksa. Alasan 'state': "Negara kekurangan saintis!" Lima tahun. Habis begitu sahaja. Potong tikus putih pun terkial-kial. Buat bom apatah lagi, alahai! Setakat tahu melantun-lantunkan bola ping-pong, nak buat apa?
Di sekolah. Perlu ada guru kerjaya yang profesional. Gaji guru jenis ini mesti besar. Mesti mahal. Mesti lebih daripada gaji pengetua. Guru kerjaya perlu tahu semua jenis pekerjaan yang ada. Perlu beritahu pelajar itu ini itu ini.
"Ok Mat Jan! Besar nanti awak nak jadi peguamkan? Ok, mula-mula awak kena ambil SPM. Mesti dapat pangkat A banyak-banyak. Kalau ada tiga belas - 'score' tiga belas. Kalau ada lima puluh enam - awak mesti 'score' lima puluh enamlah!
Dah dapat keputusan SPM - awak kena isi borang UPU. Tulis 'law' untuk pilihan pertama. Tulis 'law' lagi untuk pilihan kedua. Jangan gatal-gatal tangan nak tulis 'art and design' untuk pilihan lain. Kalau awak buat begitu, nescaya pilihan lain itulah yang awak akan dapat. Percayalah!
Dan awak kena ambil tahu. Juga. Kalau awak belajar 'law' di UiTM atau UM - tiga tahun belajar, belum boleh dapat HONS. Kena tambah satu tahun lagi. Apabila dah dapat HONS, kena belajar lagi satu tahun. Kena 'chambering'. Baru boleh jadi peguam. Itupun akan kena buli dengan hakim. Lima tahun.
Kalau belajar 'law' di UIA. Tiga tahun dah boleh dapat HONS. Jadi. Awak pilihlah yang terbaik untuk awak. Yang mana awak boleh 'carry'.
Dan apa kata kalau awak gagal untuk menjadi peguam? Ok. Jangan bimbang! Kalau awak masih berminat dengan hal ehwal perundangan, awak masih boleh jadi - pengawai undang-undang, kerani mahkamah, juru bahasa, pembantu am rendah mahkamah, pengawal keselamatan bla bla bla...
Kalau jadi peguam, kena pakai pakaian hitam dan putih! Tak boleh pakai warna-warna lain. Kalau nak pakai pakaian warna merah hijau kuning kilat-kilat - jangan jadi peguam! Jadi M. Daud Kilau!"
Ya ya. Cikgu kerjaya mesti tahu itu ini itu ini. Kalau tidak, pelajar yang berbakat besar untuk jadi AHLI BOMBA akan tersalah pilih kerjaya. Pelajar tersebut akan menjadi 'designer'. Dewasanya kelak.
KOMA.
Rimau. Via SMS.
"NAGA BOLEH JADI MENTERI PENDIDIKAN! - MJ. Apa yang kau belanja dia, sampai dia puji (kau) begitu tinggi? Tapi memang, kalau kau jadi calon parti tot tot tot pun, aku (akan) undi kau!" Rimau.
"Mat Jan makan nasi penuh + ayam + sayur + teh o ais limau + sirap limau. Purbe makan entah apa entah. Lina makan nasi + ikan sembilang + sirap limau ++." Aku.
Spyz? Spyz ada mesyuarat. ISO apa kejadah! Katanya.
7 Comments:
SOKONG tak Membawa REBAH! HIDUP NAGA!! Kau memang idup ke dah mati?
Mei 04, 2005 8:50 PG
korang tak ajak aku pun. aku free apa semalam
Mei 04, 2005 11:37 PG
ISO 2000 : 9001 - buang masa aje, servis camtu jugak..
"aku dah kat dlm bas.." kata matjan.
"kalo naga jadi menteri pddk, dia akan jadikan 'belang hilang kasut' buku teks.." kata aku pada mtjan..
Mei 04, 2005 6:44 PTG
Spyz,
Pembetulan! Kasut Belang Hilang. Cerita perihal Rimau. Masa kecil-kecil.
Mei 04, 2005 8:02 PTG
pembetulan: uitm dan um: lepas 3 tahun dapat general degree, sambung setahun lagi dapat hons. uia dan ukm: straight empat tahun dan dapat hons.
empat tahun juga utk hons. cuma ada yg 3+1, ada yg 4+0.
Mei 04, 2005 11:03 PTG
lagi satu: penggunaan kalimah "payudara" tu untuk private communication saja (contoh: sms, email). untuk public communication (contoh: blog entry) gunalah istilah lain kalau tak ingat nama pun. kesian tuan empunya badan membaca blog encik naga dan (mungkin) rasa offended. dia kata "tak senonoh!"
(nama dia cik lina)
jangan marah ya encik naga.
Mei 05, 2005 1:39 PG
kte tak upah mat jan jadi lawyer kte. tapi thanx bebyk sebab dia prihatin. mat jan macam JAWI, kan? hehehe
Mei 05, 2005 5:16 PTG
Catat Ulasan
<< Home