"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

06 Mei 2005

Kain pulikat, la la la la....

Hitomi. Mencuba pakai kain pulikat. Aku. Sehelai cuma. Dan kain pulikat itu, cuma untuk pakai semasa sembahyang, alahai!

"Macamana ni?" Hitomi.

Aku tunjukkan cara lipat. Kain pulikat. Lipat cara orang lelaki. Lipat kanan. Lipat kiri. Gulung di tengah-tengah. Lipat cara orang perempuan, tak pandai! Aku. Sudahnya, berbonjol. Tebal. Di tengah. Sebesar anak batu giling.

Aku nak ajar Hitomi cara berkemban... Naa. Tak sampai hati!

"Sembahyang jam berapa?" Hitomi.

"Subuh jam dua." Aku.

Hujung-hujung musim bunga begini, sang suria akan cepat meninggi diri. Jam empat, kalau terlupa menutup tingkap dengan langsir, sang suria akan mengejutkan kau dari tidur. Di bawah rumah. Pakcik penjual susu segar sedang menggantikan botol-botol kosong semalam dengan botol-botol yang baru. Penuh. Berisi susu. Di muka pintu.

Aku bayar bulan! Pakcik tu. Susulah!!

Hitomi. Di bilik. Tidur. Berkain pulikat. Aku tahu. Sebab... tak jumpa pun di ruang tamu. Hitomi. Kain pulikat. Dan subuh terlajak pagi itu aku bersembahyang pakai selimut, alahai!

10 Comments:

Anonymous labu_labi@Yahoo.com said...

Hahahaha.....

Mei 07, 2005 9:09 PG

 
Anonymous zakzak said...

hehehe :)
btw, kain pelikat tu bawak balik m'sia ke tinggal ke hitomi-chan? manalah tau nak tinggalkan bau ke dia ke? heh

Mei 07, 2005 11:05 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

lepas tu sisipkan pedang samurai dicelah kain pulikat.

http://basrie.tk

Mei 07, 2005 11:31 PG

 
Blogger red said...

ooooohh...oh..
lopong gak baca...mencuba supaya tidak mem'visual'kan...

Mei 08, 2005 10:21 PG

 
Blogger AhsueZ said...

Dalam waktu-waktu terdesak, memang kita akan jadi begitu creative.

Mei 08, 2005 1:45 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

kain pelikatlah :D
- farking.spunge.org/blog

Mei 09, 2005 8:04 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Pelekat ikatan jawa. Tangan kanan pegang bucu kanan. Kiri bucu kiri. Batang tubuh dlm pelekat ditengah. Ikat kedua bucu dibelakang tengkuk dgn simpul mati.

Mei 09, 2005 2:07 PTG

 
Blogger spyz said...

ko ajar hitomi cara pakai dalam pantang ke?
:-)
aku masih tertanya2 kenapa cinta kau tak kesampaian.

p/s scooter NAG4 tu rupanya keje kat mybank. aku jumpa motor dia kat tmpt parking. kalo ko nak aku tinggalkan no. telefon ko kat motor dia, nanti aku buat.

Mei 10, 2005 6:42 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Bila masa aku bercinta dengan Hitomi?

Mei 10, 2005 10:21 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Pulikat, bukan! Pelikat, pun bukan! Pelekat, yang betul. Rujuk Kamus Dewan, Edisi Ketiga, ms 1000.

Google: Kau akan jumpa - PULICAT or PULIKAT. Sebuah pantai di Tamil Nadu, India.

The Anglo-Indian Dictionary: The pelicat sarong gets its name from Pulicat, the first Dutch possession on the Coromandel coast of South India, just north of Madras, from where a Dutch cotton factory exported both checked and plaid sarongs to Southeast Asia as early as 1611.

Mei 12, 2005 11:57 PG

 

Catat Ulasan

<< Home