"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

10 Mei 2005

Banjaran asing

Kalau bernasib baik. Pada musim panas pun. Tateyama masih dilitupi ais. Putih. Polos. Tanpa salji. Yang turun.

Bertembung. Burung-burung 'raicho'. Mula menukar warna. Dari putih ke perang. Kalau bernasib baik.

Dan kau akan kejar-kejar. 'Raicho'. Itu. Macam kau kejar-kejar. Ayam. Yang di rumah Mak Long Lijah.

Aku. Dihimpit. Antara. Wangi ais. Dan. Wangi Miyuki. Berbaur! Di birai Tateyama.

"Kalau aku menjadi gunung, kau mahu menjadi apa?" Miyuki.

"Aku mahu menjadi 'raicho'!" Aku.

"Kenapa?" Miyuki.

"Aku mahu bebas berlari. Di kakimu. Di dadamu. Di puncakmu. Di..." Aku.

"Nakalnya dia...!" Miyuki.

"Oit! Di mana salah aku?" Aku.

Dan kami. Duduk-duduk. Bahu ke bahu. Tangan-tangan. Di atas riba. Masing-masing. Sesekali. Membetulkan 'snow cap'. Degil. Tidak mahu menutupi telinga. Dan kembali. Merenung gunung. Yang bagaikan sedang bertafakur. Pegun. Walau digugah bayu. Dingin. Kami. Orang-orang lain. Juga. Serupa.

Wangi. Aroma Yohji Yamamoto. Miyuki. Menakhluki keAKUanku. Lalu. Genta-genta pun berbunyi!

8 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

ding dong dengg... ding dong denggg...

Mei 10, 2005 2:37 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Dua kali kau 'kena'takluk! Kama wak ang? Pantang orang minangkabau di lambung tak patah, jatuh berdarai....

Mei 10, 2005 3:50 PTG

 
Blogger Unknown said...

Aik, ais pun wangi ke? Masa aku kat USA dulu tak pulak terbau bau ais...ais jepun lain kot eh?

Mei 10, 2005 4:09 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Aku masih lalok dengan bau getah pemadam.

Mei 10, 2005 5:16 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

"i wanna be your underwear" kata prince charles kepada camilla. mahu??

Mei 10, 2005 7:01 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

bukan underwear.
tukar.
tampon.
kesilapan amat dikesali.

Mei 10, 2005 7:05 PTG

 
Blogger Korakora said...

yup, aku sentiasa mahu berlari di dadanya!

Mei 10, 2005 8:24 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

aku hari-hari berlari di dadanya. dada bukit puchong jaya lah!.

Mei 11, 2005 12:44 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home