Tidur tak basuh kaki
Not. Memberikan tanggungjawab total. Kepada aku. Dalam menentukan laluan perjalanan. Kalau dibandingkan. Antara kami berdua. Not yang lebih bagus. Dalam hal-hal membaca peta. Membaca 'tulips'. Membaca macam-macam.
Aku. Memberikan tanggungjawab total. Kepada Not. Dalam menguruskan hal-hal kewangan. Bukan kerana. Aku mahu membalas. Kepercayaan yang telah diberikan. Oleh Not...
"Kau lemah maths! Add maths kau sembilan. Kalau aku derma tiga puluh sembilan markah kepada kau pun.., belum tentu kau 'past'!" Not.
Memutar ke kanan. Di Solok. Menyusuri. Danau Di Atas. Danau Di Bawah. Merangkak-rangkak. Mendaki banjaran. Ke Kerinci Sebelat. Dan aku akan memberikan arahan itu ini itu ini: Terus. Signal kiri. Signal kanan. Terus lagi. Lepas ni Alahanpanjang. Ada rumah makan (warong). Kalau kau terlepas yang ini, lagi enam jam perjalanan, baru kau akan jumpa rumah makan yang berikutnya. Matilah kau mati tak makan.
Lalu. Kami akan berhenti. Di rumah makan. Walaupun perut. Masih kenyang.
KOMA
Rumah makan. Di banjaran. Sejuk. Makanan entah apa apa. Tengok TV. Siaran luar negara. Berkongsi dengan manusia-manusia. Berkelubung seluruh tubuh. Dengan kain pelikat. Macam ninja. Tengok TV. Itulah satu. TV. Di banjaran. Rumah makan.
Di bilik hotel. Kerinci Sebelat. Not. Terjerit-jerit. Di dalam tidur. Dan peta-peta. Di tangan aku. Terpelanting. Terkejut. Aku. Hoi! Menjerit-jerit tak bagi salam!!
"Maaf. Aku mimpi. Lelaki-lelaki berkelubung itu... merangkak-rangkak, nak tangkap aku..." Not.
"Kau, dengan tak mandi... terus tidur tak basuh kaki.., lahai!" Aku.
Aku. Kembali mentelaah peta. Not. Kembali lelap. Menyambung mimpi. Tanpa mandi. Dan membasuh kaki.
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home