"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

17 Mei 2005

Apabila bantal-bantal pun bercakap...

Selama ini. Jika kau cuma ada TV. Kau akan menonton rancangan: Yang pelakun-pelakun perempuannya. Memakai pakaian mandi. Warna merah. Memperlihatkan susuk tubuh. Berlari-lari. Di pantai. Membawa pelampung. Berbentuk buah kana. Menyelamatkan lelaki-lelaki. Tak tahu berenang. Macam aku. Dan. Kau akan berfantasi macam-macam.

Lalu. Kau fikir. Z. Lokman tidak akan mampu. Bikin filem. Yang sedemikian. Mana nak cari buah kana? Pelampung tu.

Semalam. Jika kau cuma ada TV. Kau menonton. Rancangan terbitan Tanah Air. Sendiri: Yang pelakun-pelakun perempuannya. Dua orang. Duduk-duduk. Di atas katil. Memakai baju tidur. Pelbagai potongan. Pelbagai warna. Memeluk bantal. Meriba 'teddy bear'. Di celah kelangkang. Sambil, acap kali membetulkan. Hujung rambut. Bertanyakan soalan mudah-mudah. "Di bahagian mana tubuh badan kau yang paling mudah geli?" Ha ha. Kononnya. Soalan itu. Boleh menyelamatkan lelaki-lelaki. Tak tahu berenang. Macam aku. Dan. Kau akan berfantasi macam-macam.

"Goodnite to all of you... muah!" 'Flying kiss'. Untuk kau. Untuk aku. Untuk kita berfantasi macam-macam. Lagi.

14 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

kalau aku. kata-kata begitu tak dapat bantu aku. walau pun aku boleh berenang. sebab aku jadi semakin lemas. dalam geliiii...

Mei 17, 2005 11:10 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Mudahnya....terang. Bukan sirna. Lelaki yang memberi PerangSANG dan mudah TerangSANG!Sekilas pandang dari sudut Terpencil. Ya ya lelaki ada satu nafsu dan perempuan ada 9..nafsu perempuan -nafsu nak 1. kaya, 2. cantik, bla...9. sex Lelaki 1. sex!

Mei 17, 2005 12:21 PTG

 
Blogger Sufian said...

Aku tengok! Aku tengok!

Tapi yang lebih mengejutkan bukanlah kenyataan-kenyataan berani Cik Fazura seperti:

"I tak sangka I boleh berlakon"

[U tak boleh yang! Betul!]

Tapi promo berita My News Network:

Wartawan melaporkan berita dengan latar-latar letupan kereta kebal. Ribut Taufan. Runtuhan bangunan.

Semuanya superimpose.

Kalau aku pakar semiotik, sudah berkajang-kajang aku berfantasi.

Mei 17, 2005 1:15 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Aduhai Labu (dear pumpkin),
Berfantasi macam-macam, tak semestinya SEX.

Mei 17, 2005 2:34 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Silap Hawa...

Andaikah Hawa tidak tergoda
Tidaklah makan buah terlarang
Sudah pasti pada hari ini
Adam dan Hawa mandi bersama.

Kekhilafan amat dikesali!

Mei 17, 2005 4:39 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

ADA SAJAK YANG PERNAH DITULIS ORANG.

Pernahkah aku menyalahkanmu, Hawaku,
atas semua cintamu yang berlebihan padaku itu?

Aku sungguh-sungguh mengerti: bukan kau, bukan pula aku yang bersalah...

Mungkin memang benar: hari itu, angin bertiup terlalu kencang!

Mei 17, 2005 5:04 PTG

 
Blogger Korakora said...

gila ko, aku dah berfantasi yg mcm2 sekarnag ni!

Mei 17, 2005 8:52 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

tidak releven.
aku pandai berenang.
:-)

Mei 18, 2005 6:23 PG

 
Blogger Unknown said...

Naga, aku berfantasi Bulan Madu Di Awan Biru...hehehe

Mei 18, 2005 8:25 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Laa....Ye ke?

Mei 18, 2005 8:46 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Berfantasilah hidup sebagai pelampung berbentuk buah kana.

Mei 18, 2005 10:10 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

aku tak pandai berenang :-"

Mei 18, 2005 10:43 PG

 
Blogger jiGOMorrison said...

Buah kana yang mana satu kau cakap ni? Aku tiba-tiba jadi keliru. Dalam fantasi yang bermacam. Pelampungkah? Atau yang itu.

Mei 18, 2005 1:23 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

samurai, perempuan x kan lemas dan tenggelam sbb mereka sudah ada pelampung.. ( betulkah fantasi aku?)

Mei 18, 2005 5:08 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home