"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

13 Mei 2005

Garam dan Gergasi Ryogoku

Musim panas. Ryogoku. Pinggir Tokyo.

Orang banyak. Bersesaksesak. Tanpa mengiktiraf. Kewujudan. Aku. Yang bertenggek. Bungkam. Pada birai jambatan. Sebatang sungai. Keroh. Lesu. Lelah menyusur. Di celahcelah kota. Menjadi teman.

Merokok. Aku.

"Semalam. Ada orang mati. Bunuh diri. Di sungai ini." Orang.

"Ooo?" Aku.

Tak sempat berpaling. Orang itu. Cepat-cepat. Menyelinap. Di dalam sesak-sesak. Orang banyak, alahai! Dia ingat. Aku. Mahu membunuh diri. Barangkali.

Kembali menyoroti. 'Kokugikan'. Di seberang jalan. Lampu isyarat. Merah. Tapi, tiada kereta. Yang lalulalang. Raman. Faisol. Menyeberang. Tidak menyempatnyempat.

"Hoiii!!! Abunai tane, ano tane, tane, hoi hoi!" Polis trafik. Bermotorsikal kuasa besar. Entah apa. Biji butirnya. 'Nihongo!'

"Aaa... gomenasai taukeh! Ano... ano... Mareshia kara kimasta! Gomen da neh! Aduh, matilah kita..." Raman. Faisol.

Aku? Di birai jambatan. Masih. Ketawa. Pecah mengekek. Padan muka. Kau. Buat perangai macam di Malaysia. Lagi. Ha ha.

Hari itu. Kami. Mahu menyaksikan. Lelakilelaki gergasi. 'Rikishi.' Masuk ke 'dohyo'. Menabur garam. Menghalau anasiranasir jahat. Bertenggong. Buku lima. Dua pasang. Beberapa inci di belakang 'shikirisen'. Tak jadi. Bertarung. Kembali berdiri. Menabur garam. Bertenggong. Buku lima. Dua pasang. Beberapa inci di belakang 'shikirisen'. Tak jadi. Lagi. Bertarung. Kembali berdiri. Menabur garam... (repeat till fade).

"Oit! Bila nak bergasak ni oit?" Raman.

Petang. Akebono. Menjadi juara. Kelak, tugunya akan dibina. Di bahu jalan. Sebagai tanda. Dia pernah menjadi juara.

Malam. Di TV. Lelaki gergasi itu. Mengumumkan. Perkahwinannya. Dengan seorang model. Berbangsa Jepun. Cantik! Sangat. Lantas aku berfantasi macammacam.

"Amacam? Belajar 'sumo' kita?" Raman.

"Payah! Kalau kau makan sepuluh ekor babi pun, tak akan sempat menjadi gergasi macam mereka." Faisol. Ha ha.

Pinggir Tokyo. Ryogoku. Musim panas.

4 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

ala bang. hitomi ada miyoko ada. buat apa nak jadi ahli sumo hehehe...

Mei 14, 2005 9:54 PG

 
Blogger Korakora said...

gadis jepun yang kecil
aku ingin mamahnya
dan simpan bakinya dalam poket.

Mei 14, 2005 1:46 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Bangsa Jepun begitu prihatin memberi ruang untuk gergasi menyertai sukan. Bangsa Malaysia meminggirkan gergasi dari sukan. Memberontaklah wahai gergasi Malaysia!

Mei 14, 2005 6:36 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Mana jadik kahwin. Berat model tu kurang 1 per 6 dari berat dia. cun habis. kalau dapat kat kau. tau apa jadik. Pacah!

Mei 15, 2005 1:55 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home