"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

23 Mei 2005

Mamang

Di belakang rumah stingarden emak. Ada sebuah perigi. Yang kami guna airnya. Untuk mandi-manda. Dan. Di tepi perigi itu tumbuh sebatang pokok pinang. Kesayup bintang. Pucuknya. Yang Mamang dakwa ada kuntilanak. Berumahtangga di atasnya. Kata emak, wah, ini sudah 'best'! Kita berjiran dengan keluarga Bawean. Dan. Keluarga kuntilanak. Kalau rancangan Misteri Nusantara sudah ada. Pada ketika itu. Pasti masuk TV. Emak. Mamang. Aku. Si Tompok. Si Oren. Aaa... bukan kucing. Angsa! Dua ekor. Suami isteri.

Mamang tebang. Pokok pinang. Untuk halau. Kuntilanak. Konon. Mamang dakwa dia ada magis macam-macam!

"Kalau Mamang baca mentera. Lalu Mamang menyorok di sebalik kotak mancis. Nescaya tiada siapa pun yang akan bisa nampak Mamang. Ini, namanya, ilmu perabun..." Mamang.

Suatu hari. Aku. Pulang bercuti. Ke rumah stingarden emak.

"Mamang dah kena tangkap! Dia tak ada dokumen perjalanan yang sah." Emak.

"Mamang tak sempat menyorok di sebalik kotak mancis ke?" Aku.

"Tak! Mamang menyorok dalam tong deram." Emak.

13 Comments:

Anonymous mat jan said...

ilmu apa pulak yg pak polisi pakai? mamang sembunyi dalam tong dram pun pak polisi buleh nampak?

Mei 23, 2005 5:41 PTG

 
Anonymous kel@mbu said...

mamang silap baca mentera kot..

Mei 23, 2005 7:13 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

kotak mancis pak polisi susah nak cari sebab kecik..mamang sembunyi dlm tong dram mmg le senang jumpa..kan besar tong tu :)
- farking.spunge.org/blog

Mei 23, 2005 10:43 PTG

 
Anonymous labu_labi@Yahoo.com said...

1. Kesayup Bintang = Hanyir Langit kata orang Pahang. Naga ada email utk kau.

Mei 24, 2005 8:42 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Kim,
Tak ada pun??? Email elu.

Mei 24, 2005 9:46 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Kawan aku kalau duduk rumah sendirian TV pasang 24jam. Habis lampu dipasang terang macam kedai promosi hebat jual lampu.

Dia takut.

Dulu pernah waktu senja dia terpegang akar menjulur dari pokok ceri sebelah rumah. Dia tarik sambil lihat ke atas. Rupanya langsuir.

Sekarang pokok ceri tu dah ditebang tapi dia masih takut.

Mei 24, 2005 10:21 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Rimau.
Antara langsir dan langsuir, jiwa kacau menjadi racau. Kadangkala.

Mei 24, 2005 11:20 PG

 
Blogger raden galoh said...

Ilmu perabun mamang jadi ilmu terang-terangan...gelabah dengar polisi datang. Langsung salah baca mentera. AKu ingatlah.

Mei 24, 2005 12:28 PTG

 
Anonymous labu_labi@Yahoo.com said...

sorry lambat sikit banyak keja, kalau tak hari ni besok. maafkan daku atas kelewatan ini

Mei 24, 2005 3:36 PTG

 
Blogger spyz said...

tong deram dlm kotak mancis??
:-)

Mei 24, 2005 5:28 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

pak polisi pun ada ilmu, ada mentera juga. barangkali.

http://basrie.tk

Mei 24, 2005 5:52 PTG

 
Anonymous polex said...

huih... sembunyi belakang kotak mancis memang tak nampak kalau pakai ilmu perabun tapi kalau sembunyi dalam tong dram kena bawak kotak mancis sekali... sebab aura perabun dia tak tembus tong deram tu... so pak polisi nampak tong dram terus saspek.. bila buka dia nampak mamang tengah cuba pasang rokok kretek pakai mancis lembab... masa terjun tong dram mamang tak perasan ada air baru lepas hujan... camna nak keluar asap perabun? patutnya mamang sembunyi dalam perigi.. macam cerita sahara... lepas tu kau pun tak payah la mandi kat perigi tu lagi pasal nanti ko terbayang keadaan mamang dalam perigi berenang renang tanpa seurat benang... kalau mamang pakai coli lagi haru... tapi kalau mamang sembunyi belakang kotak mancis yang terselit dalam coli yang dipakai "bawean" yang bersembunyi dalam tong deram yang terapung dalam perigi... gerenti pak polisi tak dapat tangkap dia...

polex

Mei 24, 2005 6:04 PTG

 
Anonymous Op said...

sepandai-pandai mamang menyorok, pandai lagi polis mencari.

Mei 25, 2005 8:32 PG

 

Catat Ulasan

<< Home