"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

30 Mei 2005

Di telan mati aku, di luah mati aku...

Dulu. Kalau makan tembikai. Aku buang seluruh biji. Kata kakaks, "kalau kau tertelan biji tembikai, nanti tembikai tumbuh dalam perut kau, bagus juga, nanti emak tak payah beli tembikai di pasar lagi, petik terus dari dalam perut kau."

Sekarang. Ramai lelaki makan biji labu (cucurbita pepo). Bagus. Untuk mengelakkan kanser prostat.

Tadi. Aku sibuk. Sangat-sangat. Tak sempat merokok. Galang-gantinya, aku kunyah 'something'. Dah bosan kunyah, aku telan. Lupa. Selalu beli gula-gula jeli. Hari ini beli gula-gula getah, alahai!

6 Comments:

Anonymous labu_labi@Yahoo.com said...

kat sebelah rumah mak kawan ada dr. pakar penyakit yang dibenci lelaki tu!

Hilang cerita nak melancarkan perjalanan...terus tersekat! Kawan cadangkan kau minum minyak tanah nak mencairkan gula-gula getah tu...

Mei 30, 2005 3:19 PTG

 
Blogger raden galoh said...

telan biji tembikai boleh tumbuh pokok tembikai...kalau telan gula2 getah takleh jadi tayar ke Naga?
Aku selalu tertelan gula2 getah, pasal tu aku x suka gula- gula tu. tak sedar...alih-alih tertelan atau ditelan.

Mei 30, 2005 5:25 PTG

 
Blogger jiGOMorrison said...

Tertelan gula getah? Kau pernah dengar lawak kenapa Singapura mengharamkan gula getah?

Mei 30, 2005 6:40 PTG

 
Anonymous Op said...

tak suka gula2 getah. sakit rahang aku mengunyah.

Mei 30, 2005 8:25 PTG

 
Blogger samurai said...

gule2 getah dlm perut bole jadik penebat. kalis karen. huhuhu..

Mei 31, 2005 9:53 PG

 
Anonymous polex said...

tak pe naga... asid dalam perut ko dah cukup untuk mencairkan getah tu... lagi pun getah tu dari pokok... bukan synthetic... lebih kurang macam makan sayur gak la... cuma kalau asid perut kau kuat sangat nanti getah tu terbakar... bila ko kentut, bau macam tilam getah hostel yang diorang bakar kat belakang blok d pasal banyak pijat...

Jun 01, 2005 2:56 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home