Warrior Kg. Kongo
Dulu.
Berkasut jenama Warrior. Itupun dah cukup gah. Kasut kanvas warna biru. Kami beli di Lin Ho. Yang terletak berhadapan dengan UMBC. Lama.
Berbaju T jenama Pagoda. Itupun sudah cukup gah. Kami 'dye' gradual. Sekerat merah. Sekerat kuning. Sekerat hijau. Macam warna Bob Marley. Cantik. Walaupun warden kata macam Deepavali, alahai!
Emak belikan BomBeat. 'Tangan kedua'. Itupun sudah cukup gah. Untuk kami satu bilik dengar-dengar New Waves: Culture Club. Bronski Beat. Spandau Ballet. Duran-duran. Thompson Twin. Nik Kershaw. Howard Jones. Paul Young. Frankie Goes To Hollywood. Kami beli kaset cap tapak kaki warna hitam. Kualiti? Okay! Ya-ya. Budak sekolah mana mampu beli cap EMI. WEA. Polygram. Ha ha.
Kalau keluar ke KL - mesti cari majalah 'No. 1'. Majalah hiburan 'made in UK'. Walaupun English aku macam tot toot. Kalau kau kepit majalah ni - budak-budak CBN dan St. Mary mesti 'buka mata'. BBGS? Uhh, jauh! Aku tak lalu situ.
Aku beli. Kasut. Adidas International. Dengan duit biasiswa. Yang aku tabung sepanjang tahun. Aku beli. Kasut. Adidas Wimbledon. Apabila aku dah pandai mengorat 'freshie'. Ha ha. Tak-tak. Aku tipu. Aku tak 'handsome'. Tak 'handsome' mana boleh ada awek. Kalau dah tak ada awek, mana boleh pergi bergendut!! Kalau tak pergi bergendut, nak buat apa pakai kasut mahal-mahal. Ha ha.
Aku pakai 'Wimbledon' masa 'prep' malam. Ya ya. Apabila kau pakai 'Wimbledon', apa yang kau baca, akan mudah masuk ke dalam kepala! Ha ha. Aku tipu lagi. Tak ada kena mengena deh... Add Maths 'cangkul' juga. Walau pakai 'Wimbledon' bertahun.
Itu dulu.
Sekarang. Aku. Suka pakai selipar. Masa waktu pejabat. New Waves pun dah keluar semula. Dah tukar nama lain. Lagu-lagu 'tarian teh (tea dance)'! Uuh, kenapa tak dikekalkan New Waves saja? Mahu bikin orang keliru. Atau. Strategi pemasaran. Cuma.
Red? WakTam? Yonz? Hah, dia orang hippis! Ha ha.
"Oit! Hippis ke hape, pukul sepuluh dah tidur?" Yonz.
40 Comments:
Tok Rimau kata:
"Brader luwi luwi luwi"
New waves dah jadi Old Waves.
"Brader luwi luwi luwi"
Mei 25, 2005 10:59 PG
Masuk sekolah menengah je Menteri Pelajaran ambik jadi anak angkat. Lepas peperiksaan pegi tengok wayang!-guna duit biasiswa negeri/persekutuan..haha, sekapal kita.
Mei 25, 2005 2:11 PTG
ye ye aku ingat kau bergendut belakang pintu...kau pakai kasut wimbeldon tuh...terus awek tu sangkut...muahahahaha....
Mei 25, 2005 2:15 PTG
D,
Ingatan kau lemah! Yang bergendut di belakang pintu - bukan aku! Pudin ngan Sidah.
Mei 25, 2005 3:27 PTG
bergendut tue...sama ngan berendut ke?
-ciklina
Mei 25, 2005 3:56 PTG
Are you gonna take me home tonight
Ah, down beside that red firelight
Are you gonna let it all hang out
Fat bottomed girls, you make the rockin world go round - QUEEN
Mei 25, 2005 9:10 PTG
i ingat, i ingat...
bila u lukis mural depan asrama puteri..
we thought you were 'hot'...
tapi tak perasanlak jenama kasut
secret admirer
Mei 25, 2005 9:21 PTG
Bro RED,
All we hear is radio ga ga
Radio goo goo
Radio ga ga
All we hear is radio ga ga
Radio blah blah
Radio what’s new?
Someone still loves you
- QUEEN
Mei 26, 2005 8:54 PG
masa form 4 kalau tak silap ada member bawak 'hi-fi' ada double deck kaset... bukan setakat kaset dek sebelah nyebelah tapi satu dek buleh masuk dua kaset... nak pakai pun komplikated... jadi tempat mempirate segala jenis lagu terutama genre battle of the bands.. sekali tu Bekam kantul... dia campak 'hi-fi' tu dari tingkat 3 asrama terus landing tepi pokok bunga... berkecai... lepas tu kitorang semua setakat berani pakai walkman atau radio fm berkaset beli kat petaling street.. lagu pun rakam straight dari Pilihan Bersama Radio Muzik..
polex
Mei 26, 2005 9:51 PG
Tok Rimau kata:
Ikat perut beli radio Sharp double deck. Deck depan belakang. Bukan sebelah menyebelah. Terpengaruh aku dgn iklan dalam Reader Digest.
Layan cetak rompak + Memori (kiriman cerita-cerita cinta dibacakan pada jam 12 tgh mlm minggu)
"Suka duka ketawa menangis asam garam hidup ini.... Aku betemu A di bandar X. Dia mengingatkan pada buah hati ku B yang kini belajar di H."
Radio tu sekarang masih berbunyi. Ada atas peti ais menghibur orang dapur tapi tape deck dah hancur.
Mei 26, 2005 10:18 PG
Opps...kau bukan bergendut belakang pintu...tapi belakang lemari...muahahaha...
Mei 26, 2005 2:25 PTG
weh Naga...
aku juga ingat..
Kasut Warrior.Beg Swan hijau.Adidas Rome.
Lagu Nik Kershaw aku nyanyi..
"i've got two strong arms..."
Abang aku sambung..
"but useless..."
Aku tak nyanyi dah...
Mei 26, 2005 2:50 PTG
naga,
kau lupa zaman 'breakdance'..
Mei 26, 2005 6:36 PTG
D'arkampo,
Beg kanvas kaler hijau aku - jenama entah apa-apa. Bukan 'Swan'. Lusuh. Ada rambu ramba. Ha ha.
Lagu Nik Kershaw (budak Kelantan rupanya dia he he) aku nyanyi:
"here in your paper houses
stretching for miles and miles
old men in stripey trousers
rule the world with plastic smiles...
...i won't let the sun go down on me
i won't let the sun go down"
Spyz,
Masa breakdance - aku start mentelaah 'Ungu Dalam'. Ha ha.
Mei 26, 2005 7:04 PTG
gila ah korang
zaman remaja korang, aku baru umur hingusan...
mata belalak, sepupu aku pasang video 'heaven', bryan adams dgn awek baju putih atas kereta. hangguk2 lagu queen 'bites the dust/i want to break free'. gelek2 lagu 'ceri ceri lady' loncat-loncat kenny loggins 'footloose'. aku nyanyi lagu 'knife' masa darjah 5 depan kelas, budak-budak+cikgu konfius tak pernah dengar. kalau aku nyanti lagu 'wake me up b4 u go go', dorang tau tak?
Mei 26, 2005 7:54 PTG
zaman remaja tahun bila ni??? masih pakai napkin kot (belum ada pampers masa tu)
En Naga, saya dulu matriks UPM tapi cawangan kat KYPM KB, dekat PCB.duk bangunan ITM lepas depa pindah pi Machang
Mei 26, 2005 8:30 PTG
Gigi,
Dia orang syak NIK Kershaw budak Kelantan! Sebab pangkal nama dia ada 'NIK'!
Mei 26, 2005 8:51 PTG
manuskrip ku ada lagi 3 mukasurat. masih berfikirdalamkembara. ;)
Mei 26, 2005 8:51 PTG
secret admirer,
kau menyintai aku dalam senyap. kenapa tak beritahu? am not a mind reader... omigoddddddddddddd...
Mei 27, 2005 9:00 PG
naga, kau memang panas betul ya. sekarang ni masih ada bara lagi. heh!! apa aktiviti kau selain melukis mural masa sekolah dulu? story la sket.
bercerita pasal pengaruh muzik masa sekolah dulu, adalah pakcik pakcik aku. diorang dah follow santana lama dah dulu. 'Kumbang', 'Amalan Manis' 'Roti Halia', 'Tulang Anjing Hitam' semua diorang layan
Mei 27, 2005 3:58 PTG
beg kanvas kaler hijau. galas kat dahi. ada conteng2 nama kumpulan rock dengan marker. scorpion, kiss, ACDC, etc. budak2 sekolah menengah la pakai masa tu.
aku sekolah rendah lagi. bawak beg sekolah cap kartun. tapi bercita-cita: bila aku besar nanti (sekolah menengah), aku nak pakai beg hijau conteng2 nama kumpulan rock juga.
tapi bila aku dah besar (sekolah menengah), beg hijau conteng nama kumpulan rock bukan trend lagi.
tok rimau: "Suka duka ketawa menangis asam garam hidup ini... Aku betemu A di bandar X. Dia mengingatkan pada buah hati ku B yang kini belajar di H."
ni cinta apa ni? A + X - B x H, cinta algebra ke?
Mei 27, 2005 9:58 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Mei 28, 2005 9:19 PG
MJ,
Kawan aku bercinta macam pengkamilan. dy dx = 5.78. apabila y adalah 3.37, x ialah... berapa? Omigod, aku tak tahu jawapannya.
MJ,
Beg kanvas warna hijau itu kami conteng dengan nama-nama kumpulan 'batu' yang kami suka; menggunakan pena mata bola. Selalunya. Bertujuan, untuk mengenal pasti beg kepunyaan masing-masing. Beg aku, bertulis nama kumpulan dari Ostolia, 'lelaki di tempat kerja'.
Dan, kami, tidak galas beg di dahi. Tak macholah ha ha.
Hey2, kami pakai tali pinggang kanvas juga. Hujungnya kami pintal; masuk ke atas, menjulur ke bawah, macam tali leher. Hujungnya. Ha ha.
Mei 28, 2005 9:25 PG
Naga,
Kitorang lukis dan tulis atas beg kanvas hijau rambu ramba kerana ketika itu tiada sticker dan nama-nama kumpulan yang aku tulis adalah Nazareth, Rainbow, Deep Purple, Kiss dengan pena kilometrico.
Walau ketika itu, aku tak pernah dengar lagu-lagu mereka.
weh..aku pun dengar Men At Work!
High Wire!
Lepas tu aku dengar Dire Straits.
Money for Nothing and the chicks for free..It ain't working..thats the way u do it..
ha ha ha
Mei 28, 2005 9:36 PG
You gotta install microwave oven... Customed kitchen delivery... We gotta move this refrigerator... We gotta move this color TV.... Muah Muah!!
kampo, aku rasa kau suka juga dengar lagu 'brothers in arm'. tapi, aku ngantuk dengar lagu tu. tapi aku dengar lagu tu jadi anthem kat 'kolek'.
Mei 28, 2005 10:05 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Mei 28, 2005 10:51 PG
Kasut sekolah kami warna hitam. Kasut aku berjenama WALKABOUT. Fuyoo, macam kasut anak orang kaya-kaya. Ha ha.
Mei 28, 2005 12:49 PTG
aku ingat kasut apa la WALKABOUT ni. Ini rupanya ya?
Member aku dye hitam je kasut palas dia. Tak mampu beb, nak beli kasut hitam kulit.
Mei 28, 2005 1:51 PTG
Yo encik Morrison!
Itu 'walkabout' yang bergaya baru. Bukan. Bukan yang itu. 'Walkabout' aku bertapak getah warna oren. Tidak bertumit. Kulit. Hitam. 'Suede' pada bahagian 'upper'nya; hingga ke 'tongue'. Oit, jangan di kiwi. Pada bahagian 'suede'. Itu. Bertali. 'Walkabout' aku yang bergaya lama. Sangat lama. Sama lama dengan Mazda 1000.
Kalau si pemakainya bersekolah di sekolah catu TV, catu sokabar, catu makan - boleh tahan hingga tiga tahun. Alah membeli menang memakai!
Apabila, dah kerja, aku beli 'clark' Siam. Dan. Kebumikan 'walkabout' di dalam tanah. Mak suruh. Takut orang ambil kasut tu dan buat magis-magis, alahai!
Kalau digali semula, di laman Bawean itu, mungkin masih boleh jumpa. Kasut tu tak hadam lagi...
Mei 28, 2005 2:13 PTG
aku dulu skool kat JB, lepas abis pesen beg kanvas hijau, kluar pulak pesen 'beg botol'.. alaa.. yg cam US navy pakai tu.. panjang.. besar.. ntahapahapa..
masa darjah 1 aku pernah pakai 'beg kotak'? alaa.. yg mcm briefcase tu tp kulitluarnya kertas tebal(cardboard) aje.. corak kotak2.. bila kena hujan habis mengelupas.. haha..
Mei 28, 2005 3:46 PTG
Kasut sport kanvas bergaya sakan aku yang pertama dari jenama Patrick..
Model Turbo BG.
Habis duit raya aku itu tahun.
Sayangnya Patrick tak ada lagi. Dia tak keluarkan kasut.Mungkin sudah menjadi pengeluar makanan ayam.
Jigo, aku memang suka Brothers In Arms dan semua lagu2 Dire.Sultan of swing, heavy fuel..semua lah..
Naga, ko ingat lagi Demam Grammy's?
Aku beli keset. Cap tapak kaki hitam belakang stesen bas.
Bi dit! Bi Dit!
Mei 28, 2005 4:22 PTG
Spyz,
Beg kotak!!!???? KAH KAH BERDEKAH DEKAH!!! Beg koman tu bang!!! Tak ranggi langsung...
D'ark,
Di pasaraya kembel, kaset cap apa-apa entah - $3.00. Kalau cap tapak kaki hitam - $5.00. Kualiti macam kaset EMI jugalah. Ha ha.
Sebelum pandai tengok granny.. aaaa... grammy's, kau kena pandai tengok Solid Gold dulu bang! KAH KAH BERDEKAH DEKAH!!! Masa tu OP kecik lagi kot, ntah, kot!
SUARA: "Encik Naga, sila update blog anda!"
ENCIK NAGA: "Aku sibuk gilerrrr!!!!"
Mei 28, 2005 4:36 PTG
spyz: beg kotak-kotak tu kak aku pakailah pegi sekolah. masa tu aku tak sekolah lagi.
kak aku pegi sekolah naik beca. pakcik beca datang, aku pun nak pegi sekolah juga! aku naik beca sama-sama. sampai kat simpang, pakcik beca kata: "dah sampai sekolah hang!". aku pun turun dan jalan kaki balik rumah. pakcik beca meneruskan perjalanan menghantar kak aku ke sekolah dia. begitulah rutin hari-hari.
bila aku dah sekolah, kami tak naik beca lagi, kami naik van. pak din bawak.
Mei 28, 2005 5:02 PTG
Bang..masa aku tengok Solid Gold..masa tu zaman video selepas Grammy hangat-hangat. Kat TV tak de!
Tumpang rumah member kaya-kaya.
Tengok video clip Boy George..terkejut aku. Laki ke pompuan? Tengok Cindy Lauper, pompuan ke jantan?
Aku confused masa tu..sib baik ada The Police...
Every breath you take...every moves you make...
Ketika itulah aku tak lagi takut pada polis.
Mei 28, 2005 5:20 PTG
D' Ark,
Aruah bapa aku, mati-mati kata Alyson Moyet tu 'jantan'. Dan aku, mati-mati bertekak dengan bapa aku. Sebab aku tahu, aku baca No. 1, Alyson Moyet tu pompuan!!!!
Mei 28, 2005 6:12 PTG
Aku pi air pancut JB. Ramai betul budak breakdance.
Sampai asrama, aku tunjuk pada dorm cara betul buat hand stand, robot dance dan mime dalam kaca. Mereka ambil gambar aku buat handstand.
Sebenarnya sampai sekarang aku tidak pernah pun tengok movie Breakdance tu.
Mei 29, 2005 2:12 PTG
kalaulah aku lahir lima enam tahun lebih awal, tentu aku dapat join diskusi nostalgia naga-rimau-kampo ini.
Mei 29, 2005 10:05 PTG
1987
Kejutan budaya aku bila sampai KL, bebudak pakai seluar sempit. Kalau kecemasan nak qada' hajat pasti tak sempat buka seluar. Masa tu budak JB pakai boot cut. Sempit atas, lebar bawah.
Aku simpati dengan Mat Jan yang anthem remajanya adalah lagu 4U2C. Masa itu aku baru balik dari merantau, terperanjat aku apasal budak2 Melayu jalan pakai baju hujan pemecah angin tengah hari buta.
Mei 30, 2005 8:43 PG
Kaunter saham kau laris naga! Perasan tak?
Mei 30, 2005 10:21 PG
akira takasaki... munetaka higuchi.. masayoshi yamashita... minoru nihara/mike vescara....
Loudness...
.. bandana cap matahari terbit merah putih...
itu hari terdengar satu lagu dalam radio... terusik nostalgia..
Jun 01, 2005 3:08 PTG
Catat Ulasan
<< Home