"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

29 Julai 2008

Suatu pagi yang sungguh menggelabah

Aku cekuh. Beberapa butir kacang tanah. Dari Tupperware warna pink. Kak Saripah Hasnor. - Aku kunyah, rup rap rup rap.

“Psst! Psst! Tian Chua...! Akak nak tanya sikit ni, kau jangan amek hati pulak, ek!” kata Kak Saripah Hasnor. Sambil tangan senduk nasi lemak. Sambil mulut sibuk tanya pelanggan, “Nak bubuh lauk ape? Paru ke? Daging ke?” “Haiyohhh! Saya India la kak! India mana ada makan lumbu!!!!!” kata awek India yang mukanya macam Aishwarya Rai tu. “Sori, sori! Akak ingat yu Pakistan!” kata Kak Saripah Hasnor, lagi.

“Hah! Akak nak tanya ape tadi?” kata aku. Sambil buat-buat muka meluat. Tapi, mulut masih rup rap rup rap.

“Ni...,” kata Kak Saripah Hasnor, “betul ke UMNO dan PAS dah menggelabah?”

“HA HA HA HA HA! Bukan menggelabah la kak... tapi, mu~qa~ba~lah!!!!” kata aku, “muqabalah tu, maknanye dalam bahasa Melayu... pertemuan, perjumpaan... atau temuduga.”

“Hah! Menggelabah jugaklah namanye tuuu!” kata Kak Saripah Hasnor, “kalau tak menggelabah, takkan nak jumpe-jumpe kottt!”

“Pulak dah!”

28 Julai 2008

Rockin'

Image Hosted by ImageShack.us

Ligat betul Pipiyapong petik bass [gitar] petang tu - macam lipas kudung. Nak rakam gambar dia sedang beraksi pun susah, wo! Gambar ni [telinga Pipiyapong] saja yang gua sempat rakam.

The Fury dan sekitar The Road to ROTTW Soundstage 2008

22 Julai 2008

Lawa tiada, manis ada

Itote kata, waktu melawat dari empat setengah sehingga tujuh setengah.

“Kenapa cepat sangat tutupnya?” kata aku, “ni yang buat aku nak jadi Ketua Pengarah HKL 'ja ni!!!”

“Dulukan dah offer... kau tak nak!” kata Itote, “kau pilih nak jadi jenderal Sindiket Sol-Jah juga!”

Enam setengah aku dah sampai di hadapan Institute Radiotherapy, Oncology and Nuclear Medicine, HKL. Aku naik lif, tuju tingkat dua. Masuk ke dalam wad 2A, toleh kiri toleh kanan, nampak Dalilah di atas katil. Usop sampai lima belas minit, kemudian.

Aku pakai kemeja belang. Aku pakai seluar tempah. Aku pakai kasut Kickers. (Dan, bau punyalah wangi... tak payah nak ceritalah! Pergh!) Dan. Usop pakai kemeja biru. Usop pakai seluar tempah. Usop pakai kasut kulit. Usop kerja bank. Tetapi, aku tidak.

Kalau nak dikira-kira. Harga sepersalinan. Campur harga segala gadjet elektronik. Yang kami bawa bersama-sama. "Mau cecah rib-rib ni, brother!" (Kalau Pipiyapong yang katalah.) Ha ha.

Aku turun ke tingkat bawah. Beli air mineral, roti berperisa kentang, roti berinti sambal ikan bilis, gula-gula berangin, dan tiga cawan jagung manis. Semua makanan aku beli ikut selera aku. Sebab, tak guna kau tanya orang sakit, "Kau nak makan apa ek, Dalilah?" Nanti jawab dia, "Tekak aku rasa masinlah, Bro!!!" Aku naik ke tingkat atas, semula. Bawa air mineral, roti berperisa kentang, roti berinti sambal ikan bilis, gula-gula berangin, dan tiga cawan jagung manis. Semua makanan aku beli ikut selera aku.

Kami makan-makan. Kami bual-bual. Kami ketawa-ketawa. Macam tiada siapa yang sakit. Macam adik-beradik balik kampung berhari raya. Sedar-sedar dah lapan setengah. Aku dan Usop 'minta diri'. Dalilah kata, "Ok!"

Dalam perjalanan keluar. Aku tanya misi bertugas, "Kenapa misi tak halau kami keluar tujuh setengah tadi?" Misi jawab, "Kalau kami halau enche-enche keluar tujuh setengah tadi... tak dapatlah kami tengok enche lama-lama!"

Kami terdiam. Tapi, mata Usop macam boleh berkata-kata, "Errr... bila kita boleh couple?"

Menjelang PRU 13: Kereta rasmi

Kalau ada pun kereta dalam stingarden itu... Satu, Nissan Sunny Karim Driving School. Dan. Dua, Proton Saga First Edition warna hijau air tebu Hassan Kedai Runcit. Yang lainnya, pakat-pakat pergi mari dan naik turun bas LEN nombor 93 sahajalah.

Usop Ludin Tanah Lot, sebagai ketua kampung, perlukan kereta rasmi bagi memudahkan beliau pergi mari pergi mari; menjalankan urusan pentadbiran.

Hendak dipinjamnya Nissan Sunny Karim Driving School... kereta itu sentiasa 'penuh' dengan Kak Pinoi. Hendak dipinjamnya Proton Saga First Edition warna hijau air tebu Hassan Kedai Runcit... kereta itu sentiasa berbau minyak gas dan berbau masam air kelapa. Nanti, habislah bau Old Spice yang dia baru sembur ke seluruh badan. Alahai!

“Kita kena beli sebuah kereta rasmilah!” kata Usop Ludin Tanah Lot, sambil tangannya yang bersenduk menyangga pinggangnya yang seakan-akan mahu patah itu.

“Kita nak beli Mercedes-Benz ke, Sop?” tanya Sarjan Kassim, sarjan 'cook' di kem Batu Kentomen.

“Tak!” jawab Usop Ludin Tanah Lot, “kita beli Datsun 120Y dah!”

HA HA.

21 Julai 2008

Omigod

Today is her birthday.

“Inna lillahi wainna ilaihi rojium. The cancer spread to 4 areas - the rib, the liver, the left collarbone nodes, and the nodes at the right jaw.” she told me via SMS.

Sejak pagi. Air mata saya. Tumpah tiga kali.

.
.
.

This is for you, Mummy!.

18 Julai 2008

English 322 dan Suatu Malam di Jalan Hang Tuah

“Stay calm! Stay calm!!” seru YB perempuan Cina, yang kita suka itu, kepada orang banyak, yang sedang berkumpul.

“Am coming! Am coming! Arghhh, arghhh, arghhh... He he.” kata kami, sambil mengekek.


PANG!!!


“She said 'calm'. Not 'come' hah. ...Noti!” kata Mrs Nathan. Yang tiba-tiba muncul. Dan kemudian *plop*. Macam selalu-selalu.

16 Julai 2008

Mabok Kepayang (sebuah ulasan separa ilmiah)

Saya menerima kiriman sebuah sampul berisi Audio CD Dewangga Sakti: Mabok Kepayang yang dibeli secara atas talian. Di sebelah dalam sleeve tercatat, “Salam untuk Sinaganaga. Selamat mendengar! Hidup Sindiket Sol-Jah! – Zulkifli, 24/06/08.”

Saya mendengarnya sekali, dua kali, tiga kali, ...

Dewangga Sakti adalah kumpulan pemuzik tradisional yang memainkan irama Melayu (tidak kiralah jika ianya berentak asli, inang, masri, zapin, joget, langgam, ghazal, keroncong, atau apa sahajalah) yang dicipta/ditulis pada abad ke-21.

Tap!

“Crossover dan fusion!” kata saya. Kerana, seperti yang kita telah tahu, instrumen yang dimainkan dalam menghasilkan lagu-lagu irama tradisional Melayu itu memang sifatnya crossover. Jadi, instrumen yang crossover tentu sahajalah akan menghasilkan bunyi yang crossover juga. Cuma, apabila sudah lazim mendengarnya sejak zaman berzaman, kita jadi menerima pakai bunyi-bunyi crossover ini sebagai bunyi-bunyi milik kita: muzik Melayu. “Kalau dah namanya muzik Melayu – hah, macam inilah bunyinya! Gambus mesti ada, rebana mesti ada… bla bla bla…” kata Cikgu Zali.

Fusion? Tidak perlulah saya ulas lanjut kerana saya beranggapan kamu semua sudah tahu apa itu fusion.

Hey, ketika sedang menulis ini, track 03: Belayar ke Pulau Jauh sedang berkumandang dan saya belajar satu perkara, lagu Melayu mesti ada orang menyanyi, “lala lala, lala lala.” HA HA.

Lalalalala…

Saya membanding-bandingkan mini CD ini dengan beberapa buah CD pemuzik antarabangsa yang saya suka untuk mencari-cari sifat progresifnya (progresif mengikut kefahaman saya), jika ada.

Dewangga Sakti – Tangerine Dream. Nope! Tangerine Dream itu new age: electro, krautrock, dan ambient, jika saya boleh melabelkan begitu.

Dewangga Sakti - Andreas Vollenweider. Nope! Andreas Vollenweider itu new age, world muzik, jazz, dan sedikit classical, jika saya boleh melabelkan begitu.

Dewangga Sakti – Peter Gabriel: Passion (runut bunyi filem The Last Temptation of Christ). Ting ting ting! Passion itu progressive dan world muzik. Dan Mabok Kepayang itu, jika dipersembahkan di luar negara, adalah di dalam kelas world muzik juga, jika saya boleh melabelkan begitu. (Nota: Passion ditunjangi oleh instrumen kementché + tempo oleh instrumen kadang surdo, kadang tabla, sedang Mabok Kepayang ditunjangi oleh instrumen violin dan oud + tempo oleh kadang rebana, kadang darbuka.)

Mini CD mampu milik ini harus dimilki. Layari dewanggasakti.blogspot.com untuk membeli secara atas talian.

Atau, hey hey hey, kejap, Sindiket Sol-Jah telah pun menjemput Dewangga Sakti untuk membuat persembahan di MASKARA pada 2 Ogos ini dan mereka pun telah bersetuju. Jadi, apa kata, jika kamu semua beli Mabok Kepayang dan dapat tandatangan Dewangga Sakti secara eksklusif pada malam tersebut.

“Lalalalala…” nyanyi saya, sambil memperlakukan bekas menyimpan klip kertas seperti instrumen shaker.

15 Julai 2008

Menjelang PRU13: Kausaliti

“Kalau esok aku jadi ketua kampunglah, memerintahlah… lusa, zup zuuup, pili air dah siap terpacak dah kat dalam rumah masing-masing. Tak payah dah kamu semua nak berebut-rebut ambil air di pili awam lagi! Dan lagi, bukan dua puluh… bahkan, lima puluh meter padu air tu aku bagi free ‘ja!” kata Mat Trompet, sambil jari telunjuknya mengetuk-ngetuk lantai pangkin.

Pak Akop, Lebai Sayuti, Hassan Kedai Runcit, Wak Merah-merah Taman Kok Doh, Haji Dua Kupang, Mat Nangka, Mat Sanggul, Mat Rojek, Harun Serkam, Mamang Sulan, Sarjan Kassim, Cikgu Osman, Sepiah kata, “Ooooo….”

Meluat sungguh Usop Ludin dengan manifesto Mat Trompet tu, “Tapi, kalau esok kau tak jadi…”

Tidak sempat hendak dihabiskannya ayat. Apabila sebuah Nissan Sunny membrek emergency betul-betul di hadapan mereka. Pintu kereta terkuak. Kak Pinoi berlari keluar. Sambil menangis teresak-esak.

“Hah! Apa pasal tu?” tanya Mat Trompet.

“Ermmm… Jalan jam!” jawab Karim Driving School.

“Ada roadblock kat jalan Parlimen lagi ke?” tanya Mat Trompet.

“Tak!” jawab Karim Driving School, “Pinoi… tekan brek ‘ja mati enjin, tekan brek ‘ja mati enjin, tekan brek ‘ja mati enjin… mau tak jam satu kilometer kereta lain kat belakang!”

Label:

14 Julai 2008

Pada suatu tahun rock yang sungguh balada

Dulu. Kalau gua tak dengar kaset *Culture Club, gua dengar kaset Deep Purple ka, Iron Maiden ka, Quiet Riot ka, Ozzy Osbourne ka, Scorpions ka... Rock belaka, wo! Dan, kalau yang paling mild telinga gua boleh layan pun - Gingerbread (Singin': Mengapakah tergamak sungguh, Memperdaya harapan ini, Tunas kasih yang aku semai, Racun berbisa yang kau sirami...). HA HA.

Pada suatu hari. Gua dengar cerita. Scorpions nak datang (ke) Malaysia. Gua pun risik, dan gua dapati cerita itu adalah benar belaka. Lalu, gua pergi beli tiket konsert Scorpions tu kat Pertama. Tempat duduk atas sekali belakang sekali, kata Cina jual kaset tu. Dan, dua puluh lima ringgit duit gua terbang. Minggu tu gua ikat perut. Gua makan roti krim cicah sambal 'ja.

Pada suatu hari yang lain. Gua baca suratkhabar. Menteri kata Scorpions tak dibenarkan datang (ke) Malaysia. Sebab rambut mereka panjang macam rambut perempuan. Lelaki yang menyerupai perempuan adalah salah di sisi agama Islam. Kenyataan tersebut bikin gua bengang. Lalu, gua kasi koyak tiket dua puluh lima ringgit tu. Sampai hancur. Sama hancurnya dengan harapan gua nak tengok Scorpions beraksi secara live. Sama hancurnya dengan harapan gua nak tayang kasut Reebok High-Cut gua pada malam konsert tersebut. (Sorry Azzam, apa standard rock kental pakai kasut Aliph! HA HA.)

Pada suatu hari yang lain pula. Gua baca suratkhabar. Penganjur minta maaf kepada peminat-peminat Scorpions. “...dan, kepada mereka yang telah pun membeli tiket, bolehlah MEMULANGKAN TIKET tersebut dan kami akan memulangkan wang anda kembali!” kata penganjur, seperti yang dilaporkan oleh suratkhabar.

“TIDAKKKKKKKKKKKKKKK!!!” Roti krim cicah sambal bersembur keluar dari mulut gua.


* Adik-adik, Culture Club bukan kumpulan rock ya, dan bukan juga kelab kebudayaan, belia dan sukan. *wink!*

10 Julai 2008

Pada suatu malam yang sungguh meluat

Pada suatu malam. Aku rasa meluat sangat. Tak tahu kenapa. Jadi, aku SMS Azzam Supardi.

“Kau tahu kenapa Faisal T panggil kau 'abang', tapi tak pula panggil aku 'abang'?” Aku. Via SMS.

“Sebab Faisal T respect kat aku, kot.” Azzam. Via SMS.

“Tak betul!” Aku. Via SMS.

“Habis..., Sebab apa?” Azzam. Via SMS.

“Sebab kau tak handsome!” Aku. Via SMS.

“Cinabeng!” Azzam. Via SMS.

Jadi, aku SMS Azzam Supardi. Tak tahu kenapa. Aku rasa meluat sangat. Pada suatu malam.

09 Julai 2008

Ironman

Pagi tadi. Sedang gua minum teh tarik. Kat kedai mamak Hameed. Ada satu mamat. Sudah duduk (di) sebelah gua. Gua rasa teruja, “Wo! Ironman!”

Tap! Tap! Tap!

“Huh?”

“Brother ni Ironman ek? Aaa... boleh gua mintak autograf tak?”

“Aku PANG juga kau ni kangggg!!!!!”

HA HA.

Image Hosted by ImageShack.us

08 Julai 2008

Menjelang PRU13: Budak-budak main belakang

Wa salam mu.

Budak-budak usai mengaji. Letak duri landak. Letak muqadam. Letak rehal. Lari sana lari sini. Lompat sana lompat sini. Cuit sana cuit sini. Police and thief mereka dah jadi.

Macam-macam hallah, kata Usop Ludin, lepas satu, satu… tak habis, habis!!! Tangan bersenduknya, macam selalu-selalu, menyangga pinggangnya yang semacam akan patah itu. Ini kali ketiga Usop Ludin membancuh sirap pada hari itu.

Kak Pinoi dakwa. Mat Trompet cuit punggung dia. Sepiah pun dakwa. Mat Trompet ada juga cuit punggung dia. Mat Trompet pula dakwa. Mana ada dia cuit punggung Kak Pinoi. Mana ada juga dia cuit punggung Sepiah. Lagi pun, punggung bukan muse buat dia. Muse Mat Trompet - ketiak! Eeeeiiuuuu… Cepat-cepat Kak Pinoi kepit ketiak. Cepat-cepat Sepiah kepit ketiak. Ila pun. Nenek Munah Leper pun. Pak Akop pun. Mamang Sulan mengekek.

Satu budak sudah terjerongkang di atas pangkin. Beberapa biji ubi kentang terpelanting. Nenek Munah Leper mengurut-ngurut dadanya; beristighfar panjang.

“Hish, budak-budak ni… Pergi main belakang!!!!!” jerkah Usop Ludin.

Wa salam mu.

Label:

07 Julai 2008

Maskara 9: Ulasan penganjur

Tingkap di sebelah hadapan kiri tempat kami (penganjur) selalu menebeng tu dah tak boleh dibuka.

Tap! Tap! Tap!

“Hello, ini ulasan ke hape ni, dude?”

“Ha ha ha.”

03 Julai 2008

Menjelang PRU13: Sepiah bermata smokey

Bukanlah Sepiah itu, jenis manusia yang, mudah sangat jatuh cinta. Tetapi, adakalanya, ‘cinta’ bagi Sepiah, seumpama keratin, sedar tak sedar, eh, tau tau kuku dah panjang, dah nak kena ketip!

Atau, untuk kali ini, Sepiah nak biarkan sahaja, kukunya panjang!

Label:

02 Julai 2008

Menjelang PRU13: Sepi (bukan ulasan filem)

Kak Pinoi masih belum sedarkan diri.

“Nanti, siapa nak sematkan bunga reben ke dada YB?” tanya Usop Ludin tiba-tiba, sambil tangan bersenduknya menyangga pinggang.

Ha ha. Mana ada lelaki semat reben bunga ke dada lelaki! Mat Trompet tak sanggup. Hassan Kedai Runcit tak sanggup. Wak Merah-merah Taman Kok Doh tak sanggup. Karim Driving pun tak sanggup. Kalau dia kena semat bunga reben ke dada YB – siapa nak hantar Kak Pinoi ke hospital? Lebai Sayuti pun tak sanggup. Mana nak semat bunga reben ke dada YB lagi, mana nak bersilat pulut lagi, mana nak baca doa lagi, “Terkejar-kejarlah! Tak smooth nanti, Sop!” Nenek Munah leper? Usop Ludin dan Pak Akop pula tak sanggup tengok, “Ta’kan dah tak ada lagi awek muda-muda?” Kalau ada pun awek yang muda-muda – Ila. Tapi, Ila dah tarik diri awal-awal. Sebab, Mail ketapang cemburu! Mail Ketapang tak bagi Ila semat bunga reben ke dada mana-mana lelaki lain. Kalau boleh, sepanjang cuti semesta ni, Mail Ketapang nak Ila semat bunga reben ke dada dia saja. Biar dada dia sentiasa menguntumkan bunga-bunga cinta buat Ila, “What you give, you get back!” katanya. Ha ha.

“Asemeikummmmmmm! Sori-lah, I lambat! Ada kerja sikit tadi!”

Semua bebola mata bergolek dan bertumpu kepada gadis kecil molek berkebarung biru kobalt yang tersanga-sanga datang.

– Sepiah!

Label: