Menjelang PRU13: Budak-budak main belakang
Wa salam mu.
Budak-budak usai mengaji. Letak duri landak. Letak muqadam. Letak rehal. Lari sana lari sini. Lompat sana lompat sini. Cuit sana cuit sini. Police and thief mereka dah jadi.
Macam-macam hallah, kata Usop Ludin, lepas satu, satu… tak habis, habis!!! Tangan bersenduknya, macam selalu-selalu, menyangga pinggangnya yang semacam akan patah itu. Ini kali ketiga Usop Ludin membancuh sirap pada hari itu.
Kak Pinoi dakwa. Mat Trompet cuit punggung dia. Sepiah pun dakwa. Mat Trompet ada juga cuit punggung dia. Mat Trompet pula dakwa. Mana ada dia cuit punggung Kak Pinoi. Mana ada juga dia cuit punggung Sepiah. Lagi pun, punggung bukan muse buat dia. Muse Mat Trompet - ketiak! Eeeeiiuuuu… Cepat-cepat Kak Pinoi kepit ketiak. Cepat-cepat Sepiah kepit ketiak. Ila pun. Nenek Munah Leper pun. Pak Akop pun. Mamang Sulan mengekek.
Satu budak sudah terjerongkang di atas pangkin. Beberapa biji ubi kentang terpelanting. Nenek Munah Leper mengurut-ngurut dadanya; beristighfar panjang.
“Hish, budak-budak ni… Pergi main belakang!!!!!” jerkah Usop Ludin.
Wa salam mu.
Label: PRU13
22 Comments:
dulu, budak2 selalunya panggil, polis sentri.. haha.
Julai 08, 2008 12:08 PTG
Pakai penunjuk guna duri landak tu kira hierarki Maslow yang paling atas la...
Julai 08, 2008 12:48 PTG
Pergi main belakang!!
Sinonim sungguh dgn jerkahan mak aku dulu. Kalo tetamu dok depan, anak2 kena main belakang. Hoyehh!!
Er..tp skang kena sebut betul2Lah!! Heyooh!!
Julai 08, 2008 12:49 PTG
cuit punggung jangan. keje kat penanggah berlaga punggung takpe.
Julai 08, 2008 1:21 PTG
Nenek Munah Leper tak payah kepit ketiak ok... Mat Trompet tak muse... :p
Julai 08, 2008 1:25 PTG
Sungguh ramai budak main belakang sekarang...tulah Usop Ludin yang suruh..
Julai 08, 2008 2:13 PTG
Budak-budak sekarang jangan diajar 'main belakang'. Haru biru jadinya.
:D
Julai 08, 2008 2:21 PTG
Amyz,
Dulu English 122. Kemudian jadi 322. La ni tak tahulah English apa pula yang budak-budak tu belajar. :)
Ah,
Tak. Hierarki paling atas - tunjuk dengan rotan. :)
Nura,
HA HA.
Baba,
Ha ha.
Tasek,
Oh, iye ke? HA HA.
Mirah,
Oh, iye ke?
Purp,
Budak-budak dulu main belakang - tak apa ke? HA HA.
Julai 08, 2008 2:33 PTG
kenapa kalo budak2 je kena suruh main belakang? hahaha! nape x suh main luar ke, tepi ke, :P
Julai 08, 2008 3:00 PTG
kami dulu...bila di suruh main belakang, kami menjawab balik
"tak mau la main belakang, tak best! hitam gelap"
nota: belakang rumah kami hutan, memang gelap-gelita.
Julai 08, 2008 3:44 PTG
Danial,
Entah. Ha ha.
Nimy,
HA HA.
Julai 08, 2008 4:52 PTG
PI MAIN KAT BLAKANG POKOK NYIOQ NU!
- Itu plak pesanan yang sinonim bila ayah nak tido petang masa aku budak-budak dulu. Kalau lambat, dia keluarkan getah paip nanti. Urgh!
Julai 08, 2008 7:37 PTG
Pergi main belakang, lepas tu bawak kentang sama jem satu balang kecik, tu yang musykil tu, mmm...
Julai 08, 2008 11:51 PTG
Pi main main kat jalanraya sana.
Julai 09, 2008 12:00 PG
AreYoung,
Masa Ayah tido - Mak tido sekali ke? Ha ha.
Dug,
Aku pun musykil ni. Ha ha.
Mau,
Mereka dah stop main kat jalan. Mereka main kat stadium pula. *ahaks*
Julai 09, 2008 8:42 PG
Dulu aku ada jugak boh daun setawar dalam kitab.
kata orang cepat tumbuh.
Julai 09, 2008 9:51 PG
sape cuit punggung mat trompet? ups, takder kena mengena ey hiks..
Julai 09, 2008 11:10 PG
duri landak tu kira hebat le sapa yg ada, tapi lagi hebat kena gelak kalau ada petunjuk duri landak tapi baca gagap2!
Julai 09, 2008 12:19 PTG
Khal,
Oh, iya?
Murni,
HA HA.
Asu,
HA HA.
Julai 09, 2008 12:49 PTG
takde komen.. tapi entri ni memang kelakar. aku gelak besar depan sume orang, satu opis pandang
shhhh.... dorg lekat telunjuk kt bibir. "nak bising, bising belakang.."
'belakang' aje skang nih..
p/s: sdr naga, main polis sentri tu kene ngan lagu skali. "polis sentri.. one two jaga.. polis mati pencuri jaga.." oldies woo
Julai 09, 2008 2:53 PTG
Tini,
Syyyyyyyyyyyyyyyyyyy!
Julai 09, 2008 4:27 PTG
ko pegi main kat belakang, ayah ngan mak ko ada keja kat depan...huhuhuh..
dulu2 x paham...
Julai 11, 2008 3:43 PTG
Catat Ulasan
<< Home