"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

23 Jun 2008

Menjelang PRU13: Biomass

Dengan tidak semena-mena. Kak Pinoi tumbang. Lalu menjerit-jerit. “Hantu hitam! Hantu hitam! Hantu hitam!” Matanya membuntang. Kaki dan tangannya mengejang. Rambutnya mengerbang.

Lalu, penduduk stingarden itu menjadi gempar.

Cikgu Osman syak, Kak Pinoi terkena sinaran radioaktif. Pak Akop syak, Kak Pinoi terkena buatan orang. Mat Sanggul syak, Kak Pinoi terserempak dengan orang minyak. Harun Serkam syak, Kak Pinoi kena rasuk hantu pokok kekabu. Mat Trompet syak, Kak Pinoi keteguran. “Keguguran? Bila masa pula dia kahwin?” tanya Wak Merah-merah Taman Kok Doh. “Ke-te-gur-an-lah, Wak!!!!” jawab Mat Rojek. “Ooo....”

“Cepat! Ambilkan aku air!” suruh Nenek Munah Leper.

Cepat-cepat Ila ke dapur. Diambilnya segeluk air. Cepat-cepat Ila serahkan kepada Nenek Munah Leper. Dan dengan cepat-cepat jugalah mulut Nenek Munah Leper terkumat-kamit membacakan jampi serapah puh kiri puh kanannya. Mata Kak Pinoi masih membuntang. Kaki dan tangan Kak Pinoi masih mengejang. Rambut Kak Pinoi masih mengerbang.

“Aaa... Nenek nak jampi air tu kasi tukar jadi petrol, ek?” tanya Mail Ketapang, pelajar tahun akhir di Universiti Pertanian Malaysia.

PANG!!!

Label:

25 Comments:

Blogger murnie sangat said...

aku bangga ngan mail ketapang..masih memikirkan kepentingan negara w/pun disaat2 genting..er..ke-te-gu-ran ek..

Jun 23, 2008 1:45 PTG

 
Blogger tasekM said...

nek munah... tak baik tau lempang budak unibesti...

ahaks

Jun 23, 2008 2:08 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Cikgu Murni,
HA HA.

Tasik,
Ha ha.

Jun 23, 2008 2:46 PTG

 
Blogger Megat said...

memang seronok baca cerita ko nie.

ek agak-agak jadi petrol tak air tue!?

Jun 23, 2008 3:43 PTG

 
Blogger . said...

aku rasa hantu pink lebih menyeramkan.

Jun 23, 2008 4:15 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

aku syak dia gila babi.


kalau mulut keluar buih... CONFIRM. haha

Jun 23, 2008 4:22 PTG

 
Blogger jagoan said...

aku syak, budak universiti tu kena pelampang tangan kiri..

Jun 23, 2008 4:42 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Megat,
Kau agak2? Ha ha.

Nizi,
Oh, iya ke?

Dug,
Ha ha.

Ah,
Kau agak2? Ha ha.

Jun 23, 2008 5:09 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Ada beza ke ke-te-gu-ran dengan keguguran?

Aiseh Kak Pinoi tak kawin lagi ke rupanya? Berapa umur dia?

Hello!

Ada sesapa berminat?

Jun 23, 2008 5:42 PTG

 
Blogger Unknown said...

memang aku pantang bab2 menyampuk ni.. kan dah kena

Jun 23, 2008 7:40 PTG

 
Blogger saudagar gaRAM.. said...

pinjam Nenek Munah jap pasni bang naga..

biar dia jampi keta bapak gua pulak..
my green oil pon tak berkesan cam Nenek Munah kot..



hahahhahahahah

Jun 23, 2008 10:55 PTG

 
Blogger Rajuna said...

padan muka kau mail
kau ingat ini petrol boleh main2?
haha

Jun 23, 2008 11:53 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

Saya membayangkan Nenek Munah Leper leper seperti lempeng atau piring seramik yang sering digunakan di restoran ayam Kentaki.

Adakah imaginasi saya ini keterlaluan, Pak Naga?

Jun 24, 2008 12:28 PG

 
Blogger S.YanaZ said...

Mail Ketapang sempat konvo ke tak...

huhuhu.

Jun 24, 2008 2:46 PG

 
Blogger tuan tanah said...

Itu dia...
"A pang of conscience" - kata orang putih.

Hehe.

Jun 24, 2008 3:18 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

G, Azzam Supardi pesan kalau tak hujan petang ni dia datang la ke kedai biasa tu. Pasal hari ni dia tunggang motor. Save petrol. He he.

Jun 24, 2008 8:08 PG

 
Blogger The.Libyaman said...

itu lah dia mahasiswa kat Malaysia nie, kekangan AUKU membuatkan diorang kehilangan budi bahasa. Pehh! Boleh gua corner ke lain.

Jun 24, 2008 8:15 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Kelam,
Ha ha.

Water,
Kau rasa2 ada beza tak? Ha ha.

Oit2! Kirim salam kepada Omar, dengan ucapan: Naik moto jangan merempit ya! Ha ha.

Gar,
Sila2! Ha ha.

Xra,
Ha ha.

Amin,
Ya, sangat keterlaluan. Ha ha.

Yanaz,
Sempat. :)

Tanah,
HA HA.

Azzam,
Naik moto 'ja! :)

Baba,
Apakah jik atanpa AUKU akan menyelesaikan segala permasalahan? (Sekadar bertanya).

Jun 24, 2008 8:58 PG

 
Blogger The.Libyaman said...

ntah. gua tengok orang cakap dlm sokabar 'ja. AUKU tu natang hape? kuih? pemuzik?

Jun 24, 2008 10:17 PG

 
Blogger Nida Shaari said...

Memang patut pun kena lempang seawal budak lagi. Patut diajar.

Kalau dah tua tak ada guna LAH!!

Jun 24, 2008 12:51 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Baba,
Kuih kot, entah.

Madu,
LAHLAHLAH LAH LAH LAH!

Jun 24, 2008 1:16 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Oit Bang, Omar mana pulak ni? Boss aku namanya Abdul Razak.

Kurang dah rempitnya. Jimat petrol la katakan. Nak claim rebet road tax dah meninggal puluhan bulan yang lalu.

Aiseh.

Jun 24, 2008 1:52 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Water,
Ooooooo... ingatkan Omar. Ha ha.

Jun 24, 2008 1:56 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Universiti Pertanian dah tukar jadi Universiti Putralah!

Jun 24, 2008 4:21 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Woihhhhhhh, 'state' kena wujudkan semula Universiti Pertanian-lah! Kita kena lahirkan siswazah yang bijaksana untuk kerja2 menyemai benih. Padi, misalnya.

HA HA.

Jun 24, 2008 5:18 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home