"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

11 Jun 2008

Menjelang PRU13: Ubah gaya hidup

“Ta'kan paceri ‘ja? Ta'kan sejenis ‘ja lauk untuk YB?” tanya Mat Trompet.

Wak Merah-merah Taman Kok Doh, Mat Nangka, Nenek Munah Leper, Mat Rojek, Mamang Sulan, Karim Driving School, Usop Ludin Tanah Lot, Pak Akop, Kak Pinoi, Ila anak Sarjan Kassim, Mail Ketapang anak Haji Dua Kupang berpandang-pandanganan sesama mereka.

“Habis... nak masak apa? Telur dah naik harga, daging dah naik harga....” jawab Hassan Kedai Runcit, yang incharge bab-bab logistik. Dia tahulah, sebab dia ada kedai runcit.

“Apa kata kalau kita bikin kerabu dedak ayam?” cadang Sarjan Kassim, yang incharge bab-bab menu. Dia tahulah, sebab dia sarjan cook di kem Batu Kentomen (cantonment).

“Macam umpan ikan lampam ‘ja, weh?” tanya Mat Trompet.

Dari kesayupan, terdengar suara kanak-kanak sedang belajar mengaji, “Ba da te ba, ba ba wa bi, ba de pan bu, ba bi luuuu...” dan bunyi rotan Lebai Sayuti yang mendesah-desah.

Label:

28 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Ubah Gaya Hidup. Tiba-tiba rasa macam nak muntah pun ada nih....

Jun 11, 2008 3:43 PTG

 
Blogger SATIRA + KACAU said...

Sdr Sinaganaga: Nak Ubah Yang mana agaknya? Yang duduk di atas sana atau kita yang sudah terkehel ini?

Sombong sungguh mereka yang bernama kuasa.

Satira + Kacau

Jun 11, 2008 3:59 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

KAH KAH KAH KAH...

Adeh de deh.. sakit perut aku gelak, pandai betul budak-budak tu mengaji.

Jun 11, 2008 4:05 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Kalau rasa nak muntah - muntahlah. Jangan ditahan2. :)

Sat,
Dah namanya pun 'kuasa'. :)

Dug,
Ok, cuba kau baca 'ta' pula!

Jun 11, 2008 4:34 PTG

 
Blogger tasekM said...

kerabu dedak ayam pun mahal... ulam jantung pisang dgn sambal belacan cukup....

Jun 11, 2008 4:36 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Ta da te ta, ta ba wa ti, ta de pan tu, tata titi tutu

hai hai bye bye..

hahahaha

Jun 11, 2008 4:40 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Tasik,
Ulam jantung pisang+sambal belacan gu ke dengan paceri? Ha ha.

Dug,
(((((HAHAHAHAHAHHAHAHAA))))))))))))))

Jun 11, 2008 4:56 PTG

 
Blogger June said...

Yelah... perut boroi memang banyak lemak...

Jun 11, 2008 5:02 PTG

 
Blogger jagoan said...

Ba da te ba
Ba ba wa bi
Ba de pan bu
Ta da te ta
Ka date ka
ya de pan yu.

Peringkat atas sikit ni... haha!

Jun 11, 2008 5:09 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Teh,
Itu macam nada2 orang cemburu dengan perut aku tu! HA HA.

Ah,
((((((((((((((((HA HA)))))

Jun 11, 2008 5:12 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Banyaknya watak dalam drama kau ni.

Jun 11, 2008 5:35 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Alah,orang suruh ubah, ubah ja la.

Bukan susah.

1. Jangan shopping kat Paris atau London.
2. Jangan bercuti kat Australia
3. Kalu sakit, p hosptal kerajaan. Takyah p S'pore, London dll.
4. Jangan dok bina istana.

Eh...itu kita ke mereka?

Jun 11, 2008 5:53 PTG

 
Blogger Rajuna said...

bagus.
ubah.ubahla.
kita tengok.
kalau ada 'telur(dah naik harga ye?)' turun pasar la kan? kan? kan?

pakai blazer
pakai tie
amcam?

Jun 11, 2008 8:18 PTG

 
Blogger Unknown said...

betul tu.. ubah gayalah! asyik missionary style saja..

Jun 11, 2008 8:37 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

hahaha! seronok saya sekarang! saya dah nikmati perubahan! wah bangganya!

Jun 11, 2008 8:57 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Rimau,
Drama ni tak ada hero. HA HA.

Water,
Kitalah. Apa lak mereka. HA HA.

Xra,
Kau mengata mereka atau kau mengata kita? Ha ha.

Kelam,
Ya!

Danial,
Sekali air bah, sekali pantai berubah!

Jun 11, 2008 10:03 PTG

 
Blogger A t i Q a h said...

Wahahahahaha!

Sementara cuti sem dan duduk rumah ni, saya belum terasa perubahannya. Macam manalah kalau balik kampus nanti. Haih.

Jun 11, 2008 10:05 PTG

 
Blogger The.Libyaman said...

wa rasa sarjan kassim biasa masak kerabu dedak ayam tu. masa bebudak rekrut masuk dulu kot. bunyi dia macam dah expert aje ngan kerabu tu.

Jun 11, 2008 10:51 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Tiqah,
:)

Baba,
HA HA.

Jun 12, 2008 8:40 PG

 
Blogger Nida Shaari said...

apa lagi kerabu pucuk UBI lah..

kan nak suruh ubah gaya hidup..

ha ha ha..

Jun 12, 2008 8:55 PG

 
Blogger yaabbna said...

Dalam minggu ni, perkataan paling banyak org sebut dan lontarkan dari mulut tak kira duk lpk mamak,dlm opis,dpn tv,kat stadium,dlm surau,tgh ngantuk tgk euro2008,lps sembahyang isyak.Satu perkataan je.

BODOH-LAH

Jun 12, 2008 10:13 PG

 
Blogger kasut-gombak said...

alif mim nun tendang wau

bunyinya sarkis..

yang tu sah2 kena balun kaw2 ngan Lebai Sayuti.

Jun 12, 2008 10:53 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Madu,
Kerabu pucuk ubi bukan perubahan gaya hidup yang drastik! Sila beri cadangan lain yang lebih drastik. Keropok ubat nyamuk, misalnya.

Yabana,
Ba wau de pan bu, dal wau de pan du, ma ti de ta uh! Ha ha. Hish, tak reti budak2 tuh nak mengeja.

Kasut,
HA HA.

Jun 12, 2008 11:20 PG

 
Blogger garb_ina said...

Naga,
ubah jgn x ubah beb! Tetiba aku jadi menyampah dgn urup P & urup L. Erkzzz...

Jun 12, 2008 12:49 PTG

 
Blogger DeeN said...

Apa susah. Paceri bergu dia kan ikan kering. Susah2 tu carik jer kicap. KenaLah gayanya tu. Sedap apa!
Hmm..takpon carik belalang kunyit. Goreng pon sodappp!

Jun 12, 2008 1:03 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ina,
:)

Nura,
Sungguh 'gu'.

Jun 12, 2008 3:53 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

lama tak mengomen kat blog enche naga.

perenggan yang last tuh, nostalgik sungguh! "ba ataih ba, ba bawah bi, ba bawah bu"

Jun 12, 2008 9:25 PTG

 
Blogger Unknown said...

aku dah memang naik komuter buduh, dia nak aku jalan kaki ke?! aku dah memang setahun dua kali je beli baju baru, dia nak aku telanjang ke?! aku dah memang tak makan tengahari dan kengkadang skip sarapan pagi, dia nak aku makan pasir ngan batu ke?! ishk!ishk!ishk! buduh sungguh manusia ITU!

Jun 13, 2008 1:52 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home