"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

29 Mei 2008

Menjelang PRU13: Batu

Duum! Kak Pinoi menolak daun pintu dewan orang ramai itu dengan kedua-dua belah tangannya yang separa sasa. Tidak semena-mena rambutnya yang ikal separas bahu itu terkuak-kuak ke belakang, seolah-olah ada satu kipas besar telah ditalakan ke mukanya. Sambil berjalan mencekak pinggang, Kak Pinoi persis peragawati yang sedang memperagakan pakaian mandi berjenama terkenal. Bola mata orang banyak bagaikan followspot. Sebuku bawang terlepas daripada tangan Wak Merah-merah Taman Kok Doh. Mamang Sulan mengekek-ngekek sambil menepuk peha Wak Merah-merah Taman Kok Doh; diangkat-angkat keningnya dua tiga kali. Macam Morse code; hanya orang tua berdua itu sahaja yang faham.

“Tapi, benda tu saya punya! Macamana pula Mat Nangka boleh kata yang benda tu dia punya?” dakwa Kak Pinoi.

“Tapi, saya tengok, benda tu terbiar. Saya ambillah!” jelas Mat Nangka.

“Tapi, benda tu harta nenek moyang saya turun-temurun!” dakwa Kak Pinoi.

“Tapi, saya tengok, benda tu dah lama terbiar. Saya ambillah buat landskap!” jelas Mat Nangka.

“So, macamana ni, Sop?” tanya Kak Pinoi.

“Hah! Macamana ni, Sop? Benda tu aku dah simen 'mati' dah!” beritahu Mat Nangka.

Usop Ludin Tanah Lot berfikir-fikir. Sebelah tangannya sedang mengelus-ngelus dagu. Dan, sebelah lagi tangannya yang sedang memegang senduk pengacau air sirap disendalkan ke pinggangnya yang macam plywood patah itu. Iyalah, sebagai ketua kampung (yang baharu dilantik bagi menggantikan Pak Akop), dia perlu menangani tuntutan bertindih dari kedua-dua belah pihak ini dengan adil dan saksama.

“Lu bawa kes ni ke ICJ je la, Kop!!!! Habis cer!!!!!” jerit satu suara, entah siapa. (Aku syak, Pipiyapong).

“Ok! Begini... saya nak tanya sikit ni... berapa jauh jarak rumah Kak Pinoi dari batu giling tu dan berapa jauh jarak rumah Mat Nangka dari batu giling tu?” tanya Usop Ludin Tanah Lot.

“Hello everybodyyyyy! Paceri dah siap masak ye!” laung Pak Akop dari kejauhan sana.

Label:

32 Comments:

Blogger bajukurung said...

beb, sekarang mana ada pkai jarak2 lagi beb.... kalo wa buat satu web jual barang* tapi hosting dkt US so itu untung dari itu barang* US punya ka wa punya?

mestilah wa punya beb, sekarang zaman teknologi beb, mana pakai jarak2 lagi beb..


kalo itu barang* wa punya, WA PUNYA la...apahal lu mau amikkkk!!!


* tapi kalo dah kena simen nak ckp apa lagiiiiii...

Mei 30, 2008 12:22 PTG

 
Blogger Rajuna said...

pecahkan ja jadi ketul2 kecik
bahagi sama rata
jadikan batu cincin
ponwn occayy appa?!!!!!

*mana tau dlm batu ada geliga, haha*

Mei 30, 2008 12:27 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Baj,
Wo! Marah nampak! Orang Johor ke? Ha ha.

Xra,
Ok juga tu. Situasi memang-memang, hape ke namenye. Ha ha.

Mei 30, 2008 12:37 PTG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

woi..!! bila gua berlakon cerita lu ni??

Mei 30, 2008 2:18 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

jauh di mata dekat di hati. Wakakaka

Mei 30, 2008 2:41 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Yapong,
Gua cakap 'gua syak' je!

Dug,
Usah dikenang barang yang lepas!

Mei 30, 2008 2:46 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Batu pun nak rebut ceh!

Pecahkan balik. Kita buat batu nesan Pak akob ke atau sapa-sapa yang kata menang-menang tu.

Aiseh..Yapong masuk jugak dalam cerita ni....

Mei 30, 2008 2:58 PTG

 
Blogger bajukurung said...

ala apa nak kisah, batu putih ke batu hitam ke batu delima ke, yg penting lepas kita mati semua dapat batu masing2 kannnn...

batu nisan!

Mei 30, 2008 3:14 PTG

 
Blogger tasekM said...

dalam pada tangan tekapek tu ada hati nk memajeri..... pak akop.. pak akop...

Mei 30, 2008 3:14 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Water,
Afsal marah-marah ni? Muerekekekekeeee...

Baju,
Kalau hilang/mati kat dalam laut? Kena bunuh dek lanun, misalnya. :)

Tasek,
Paceri dah siap. Sirap pun dah siap? Aaa, apa lagi yang belum ek?

Mei 30, 2008 3:49 PTG

 
Blogger bajukurung said...

ada batu jugak la naga kalo mati kat laut ke, spaceship ke, iaitu

batu peringatan...

:P

Mei 30, 2008 4:49 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

biar lah ngan batu putih mata tuh...
jangan nanti pisang berbuah dua kali dah la...

Mei 30, 2008 4:59 PTG

 
Blogger encik adi said...

ish batu tu kecik sangat la.. nak buat gelanggang bedminten pon xlepaih. apalagi nak buat gelanggang futsal.

lagi kenapa mau berebut??

Mei 30, 2008 5:08 PTG

 
Blogger The.Libyaman said...

usahkan kak pinoi, mak wa pun mengamuk "batu giling" dia kena rembat ngan mat pet. mujur ada "lesung batu", tapi kecik lah aje, boleh buat lepas geram kot. eh betul ke gua cerita ni?

Mei 30, 2008 5:20 PTG

 
Blogger Unknown said...

Paceri dah siap. Sirap pun dah siap? Aaa, apa lagi yang belum ek?


nasinya mana???? nasik???

hahahaha

Mei 30, 2008 5:23 PTG

 
Blogger . said...

Aku rasa la kan,patut ada hari khas memperingati peristiwa batu giling ni.Masuk dalam kalender sebagai cuti tahunan.Boleh tidur siang kat rumah.yey..

Mei 30, 2008 8:54 PTG

 
Blogger A t i Q a h said...

Aiyoh! Pak Akop mau enter frame jugak.

Mei 30, 2008 9:58 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Baju,
Maksudnya, di mana2 kita pergi - ada batu sana, ada batu sini. Ha ha.

Chik,
Pisang. Ok, next time, apabila semua dah paceri - kita buat jemput2 pisang lak.

Adi,
Tapi, kata ahli geografi, pulau kecik boleh membesar wo!

Baba,
Bila pula batu giling Kak Pinoi kena rembat dengan Mat Pet? *blur*

Ur,
Nasi? Nasi dah masak 'cukup2 je' dah. *Sila rujuk entri yg awal2*.

Lain! Lain!

Nizi,
Setuju!

Tiqah,
HA AH.

Mei 30, 2008 10:36 PTG

 
Blogger saudagar gaRAM.. said...

bro naga..

gua wat review sabotaj..
hahahahaaa....

Mei 31, 2008 1:48 PG

 
Blogger asuhara sue said...

errr..itu lanskap Jowo Pinter yg design ke?

Mei 31, 2008 12:40 PTG

 
Blogger DeeN said...

Amik c4, bom jer. Sape pon tak dapat. Abih citer. Asyik2 nak ukur sempadan, sampai bila2 paceri tuh takleh makan. Org yg lapar nih paling bahaya kalo diorang mengamuk. Hahaha..

Sangat tak releven!

Mei 31, 2008 12:46 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Gar,
Toche toche.

Asu,
Ha ha.

Nura,
Senang ke nak dapat C4? *ahaks*

Mei 31, 2008 1:45 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

lepas ni buatlah crita tak nak berkongsi 'pisang' pulak bro. hehe.

Mei 31, 2008 5:44 PTG

 
Blogger Unknown said...

bro. apa mau gaduh2. sama2 makan paceri apa?

Jun 01, 2008 7:37 PTG

 
Blogger zizie ali said...

masih berkira-kira nak ke batu berendam atau tidak. atau sekadar ke batu buruk.

Jun 02, 2008 7:32 PG

 
Blogger Najwa Aiman said...

Orang yang jaga wilayah tu kena bersyukur sebab anu dia tak detachable. Kalau wilayah yang tak detachable pun boleh cicir hilang... hmmm... atau memang dah cicir hilang kot anunya? Sebab tu melawan mcam orang tak ada anu...

Err... anu tu tau? Tak tau? Anu sungguh la si anu tu...

Jun 02, 2008 12:05 PTG

 
Blogger Anonymous said...

Akob..

Kita Mlayu aa..sudah lama mau gaduh pasal batu woo..

lu ingat batu belah batu bertangkup?

lu ingat Badang angkat batu?

lu ingat Sumpah Mahsuri?

Lu ingat Hang Tuah? Luncai? Pak Pandir? Lebai Malang? Semua pasal batu woo..

Jun 02, 2008 1:47 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

SMP Jalan Ipoh terletak di Batu apa abang Naga? cuba jawab..

Jun 02, 2008 1:54 PTG

 
Blogger jagoan said...

Junjung di atas batu jemala patik!

Ampun tuanku...

Jun 02, 2008 5:34 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Meh kita ajak Kak Pinoi minum teh tarik. Jangan lupa mintak ashtray sekali. Mamak kata, "Ha? Usherer? Astro?" Ha ha. Payah mamak ni...sama je dengan Kak Pinoi.

Jun 03, 2008 1:51 PTG

 
Blogger Anonymous said...

Akob..

Gua dah buat prebiu pasal buku lu..Sabotaj tiga.

Jun 03, 2008 2:17 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Danial,
Kak Pinoi dan Usop Ludin berebut pisang? Ha ha.


Kelam, Zizi,
Ha ha.

Najwa,
Ha ha.

Po,
Oh, nanti aku baca.

Art,
SMP Jalan Ipoh terletak di batu 5 kalau tak salah.

Azzam,
Hampeh sungguh mamak tu. First time aku dengar - astro. Tu yang aku tanya semual tu. Ha ha.

Jun 03, 2008 4:22 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home