"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

27 Mei 2008

Ingat Reebok, ingat Bolton Wanderers!

Dulu. Gua jaki sungguh. Apabila tengok Ayis. Pakai jersi Aston Villa. (Iyalah, apak Ayis cikgu besar, adalah sen nak beli jersi ori, apak gua kerja hape entah, mana ada sen...). Tapi. Nak dijadikan cerita. Pada suatu hari. Gua beli jersi juga. Cap Pirri entah hape entah... Warna oren. Dengan jalur biru tua.

KOMA

Ada mamat sudah hantar bola tinggi. Gua pejam mata. Gua heading. Bola entah pergi mana entah... Tak gol. Sejak hari itu. Gua ingat better gua join budak PBSM. Main bolatampar sajalah. (Siapa tak pernah ingat servis gua yang berputar-putar tu! Baim pun susah nak ambil, wo! Ha ha!)

Tapi. Hati gua memang pada bola sepak.

KOMA

Dulu. Seingat-ingat gua. Di Malaysia. Jason Lo dan gua sajalah. Yang jadi penyokong Chelsea. Tapi. Kemudian, apabila ramai orang Malaysia sokong Chelsea. Gua jadi bosan.

Sekarang. Seingat-ingat gua. Di Malaysia. Gua seorang sajalah. Yang jadi penyokong Bolton. Sebab dulu, Bolton pernah ada Nakata, wo! Sebab sekarang, Bolton sudah jual Anelka (dengan yuran perpindah yang sangat banyak tu - Bolton beli Taman Bolton? Ha ha.) dan masih ada Hadji Diouf (Pak Haji?), wo!

KOMA

Sebagai Presiden Pertubuhan Penyokong Bolton Wanderers FC, dengan berat hati, gua melantik Pipiyapong (penyokong Arsenal) sebagai setiausaha dan Kumprinx (penyokong Juventus? Jerantut? Entah!) sebagai bendahari.

Hancussss!

p/s: Yapong beritahu, kalau nak cakap pasal bola sepak, kena cakap gua lu gua lu, baru nampak kerek!

57 Comments:

Blogger tasekM said...

teringat adik gua main bola... sekali ter'score' gol sendiri... lepas hari tu.. org main bola pun dia tak tengok dah...

err... nak kena cakap gua lu gua lu kan??... :P

Mei 27, 2008 12:49 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

gua tak minat bola. Mat jan yang kata, bukan gua hahahaha

Mei 27, 2008 12:55 PTG

 
Blogger June said...

Na,

Aku pernah ada jersi Argentina ori. Itu dulu...

Mei 27, 2008 1:34 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Tasik,
Kena cakap gua lu gua lu, Yapong cakaplah. Ha ha.

Dug,
Baik lu duduk dalam gualah!

Teh,
Gua! Yapong cakap, kalau nak cakap pasal bola, guna gua lu gua lu lah!

Ayiz,
Jersi Argen, ermmmm, Ruhaizam ada jersi ni dulu kan?

Mei 27, 2008 1:40 PTG

 
Blogger jagoan said...

Dalam dunia ni. Dua bola je gwa tak pernah main. Satu, bola lisut. Dua, Bola-bola

Mei 27, 2008 1:44 PTG

 
Blogger Kemat said...

Kelab baru naik ke Premier League, Hull pun cantek gak jersi dia..kaler oren.. lu tak nak sokong gak ker..bukan setakat penyokong yang pertama kat Malaysia, pertama kat Asia barangkali

Mei 27, 2008 1:44 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Gua ambik kertas. Buat tebuk lubang nombor tujuh. Gua ambik berus dan kiwi but bapak gua, S/Sgt Bunari.

Gosok. Stencil.

Gua ada jersey nombor tujuh atas baju pagoda.

Itu je gua mampu.

Mei 27, 2008 2:25 PTG

 
Blogger yaabbna said...

kat opis,aku gantung scarf Man u tp aku bukan penyokong Man u.Tanda terima kasih sbb ada org bagi hadiah yg salah.

Kat umah atas tv aku alas dgn scarf Portsmouth kerana aku suka Portsmouth dan hari tu Portsmouth menang piala FA.okla.Menang juga daripada Chelsea yg tak menang apa2.hehe

Mei 27, 2008 2:32 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Aku pulak, aku rasa aku seorang saja yang sokong Blackburn Rover. Tapi itu dululah, masa ada Alan Shearer. Hehehe!

Apa-apaun aku suka pakai jersi nombor 7. Tak kira pasukan apapun. :D

Mei 27, 2008 2:33 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Jangan heading, cuba sepakan kala jengking macam René Higuita. Haha

Mei 27, 2008 2:47 PTG

 
Blogger bajukurung said...

ek eleh GUA tak main bola pun boleh je LU GUA LU GUA....ini perkataan cara hidup beb...bukan nak tunjuk kerek sehhhhh...

hahahaha tapi banyak2 bola GUA suka bola yang satu tu laaa...stim beb GUA cakap sama LUUU!

haaaa bebola ikan!

Mei 27, 2008 4:03 PTG

 
Blogger jagoan said...

baju kurung, gua suka bebola ikan stim... sedap siot!

Mei 27, 2008 4:12 PTG

 
Blogger Rie said...

haha gua main guli aje. kadang ada gak main keran***.. hahaha

Mei 27, 2008 4:49 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ah,
:) Eh, lu ke yang pernah ambil tulisan gua (tanpa izin) dan terbitkan jadi zine, kemudian lu jual? Ha ha.

Kemat,
Kalau akan datang Bolton tak perform gak - gua nak sokong jirannya - Wigan. Ha ha.


Mau,
Nomer 7? Itu Fook Luk tu - pemain hoki Malaysia, beb!

Abna,
FA Cup - hadiah kecik, beb!

Purp,
Ho ho. Blackburn, wo!

Dug,
Lipat kala jengking - Wa pejam mata gak! Ha ha.

Baju,
HA HA.

Mei 27, 2008 4:51 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Esis,
Kerandut? HA HA.

Mei 27, 2008 4:52 PTG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

gua dulu tak pernah ada jersi bola..sebab jersi bola zaman dulu bapak le panasnya..gua suka pakai singlet..

Mei 27, 2008 5:45 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

gua musang dan gua niah

Mei 27, 2008 5:58 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

lupa gua pun ada jesi cap tiga singa... pau awek... ekeke...

Mei 27, 2008 6:00 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

bukan arsenal la..
arsengal..
haha..

Mei 27, 2008 7:24 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

chelsea! Chelsea!

Mei 27, 2008 9:33 PTG

 
Blogger A t i Q a h said...

hahahahahaha

(saya gelak baca tok punya cerita jersi)

bola? out of my way! ahakz!

Mei 28, 2008 12:51 PG

 
Blogger saudagar gaRAM.. said...

waaa....

ada bolton..
ada arsenal..
ada juventus..



gua??
gua spurs je..

hahahaaaaa.....
ada lennon,
ada berbatov,
ada jenas,
ada CHIMBONDA??



oklah tu

Mei 28, 2008 3:07 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Yapong,
Sungguh. Pirri punya le panas!

Chik,
Cap singa 3 kepala? Ha ha.

Azwan,
Ha ha.

Jai,
Kalah! Kalah! Ha ha.

Ati,
:)

Garam,
Ingat Spur, ingat Ardiles. Ha ha.

Mei 28, 2008 8:40 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Dulu gua sama dengan Ayis, ada jersi Aston Villa. Mulanya tukang jual tu tak nak jual kat gua. Apa barang? Dia ingat gua tak de sen ke nak beli?

Gua pun tunjuk dompet gambar Ultraman gua yang kepuk. Pun susah dia nak jual.

Last2 bapak gua sudah datang dari belakang. (bapak gua guru besar macam bapak Ayis jugak). Terus beli.

Balik rumah gua pakai. Uih! Besar sungguh jersi tu sampai ke buku lali gua. Bapak gua ambik balik jersi tu, gua ingat bapak gua nak tukar kat kedai. Sekali tengok, bapak gua yang pakai. Uh!

Lu tau, bapak gua pakai jersi tu masa sabit rumput belakang rumah! Macam uniform tukang sabit pulak. Heh!

Mei 28, 2008 8:40 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Azwan,
Ha ha.

Mei 28, 2008 8:40 PG

 
Blogger jagoan said...

Tuan naga,
Ye ye. Sayalah orangnya. Saya mengaku, ambil tanpa izin. Tulisan tuan naga kan bagus. Sangat bagus... Ramai yang sukakan. Tak cukup lagi ke saya minta maaf?

Jom arr pi minum sat.

Mei 28, 2008 8:53 PG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

gua sokong chopin fc! :P

Mei 28, 2008 9:14 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Azzam,
La ni kau dah muat kot baju tu. Ha ha.

Ah,
Aku tanya je. Bukan aku suruh minta maaf lagi. Aku tanya je - adakah kau berdua orang yang sama. Itu je. Apa masalahnya?

Danial,
Wo, team baru ke? Ha ha.

Mei 28, 2008 10:01 PG

 
Blogger yaabbna said...

Malaysia tak dpt pulau batu putih..ada org buat laporan polis.

Aku tunggu juga org buat laporan polis sbb Malaysia asyik kalah je.Hahaha

Skrg ni musim org buat laporan polis.

Mei 28, 2008 10:16 PG

 
Blogger jagoan said...

Owh, sorry la bro..
Tanya je. A'ah, org yg sama. Hehehe... Sorry eh bro. Kalau gitu takde masalah kan?

Gwa tabik sama lu!

Mei 28, 2008 11:05 PG

 
Blogger Kumprinx said...

Hoh.. bila boleh kutip yuran ni bos?

Mei 28, 2008 11:09 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Abna,
Aku dengar, Harimau Muda, fifty fifty je dapat main ke tidak kat CYC nanti.

Kump,
Kita kena tambah ahli dulu - lepas tu kita kutip yuran - lepas tu kita gelapkan duit pertubuhan. Ha ha.

Mei 28, 2008 11:26 PG

 
Blogger DeeN said...

Er... Jersi bola ada nombor 25 tak? Haha..

Mei 28, 2008 11:55 PG

 
Blogger Rajuna said...

bang naga
sapot deportivo
baru anti establish!

*yg masih dibayangi ervin boban, allistair edward*

Mei 28, 2008 12:29 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nura,
Ada.

Juna,
Wo, payah nak sebut team tu. Diportivo kalalunya!

Mei 28, 2008 1:02 PTG

 
Blogger yaabbna said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Mei 28, 2008 1:18 PTG

 
Blogger yaabbna said...

Deportivo skrg dlm zaman kejatuhan setelah beberapa player hebat dibeli team lain.Roy makaay,Diago Tristan,Pandiani.
Tapi tahun 1999-2004 adalah zaman Deportivo.
Cuma ada beberapa club je kat La Liga yg menang liga.Real Madrid,Barcelona,valencia,Athletic Bilbao dan juga Harimau Malaya.

Berita hari tu ckp..Kedah berada dlm raking yg bagus.lagi bagus dari club spt Man City,valencia.

Malaysia?Jgn tanya.nanti kena ISA dan menimbulkan kemurkaan sultan.hehe

Mei 28, 2008 1:23 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Abna,
Harimau Malaya? HA HA. Bagus Soccer Kid lagi. Muerekekekekkekekekeeee...

Mei 28, 2008 2:05 PTG

 
Blogger spyz said...

Bola bola ni wa tak reti.
Bola buah kana tu pun jd super-sub aje ha ha..
1 bola je wa reti.
Google 'chuck berry dingaling ball'..

Mei 28, 2008 3:05 PTG

 
Blogger Deo said...

gua dah keluar parti. oppss keluar dari kumpulan penyokong setan merah. gua sekarang penyokong rasmi Hull City. lu tak puas hati, apa hull?!

Mei 28, 2008 3:49 PTG

 
Blogger HE said...

gua ada jersi aston villa....tapi wa tak main bola pun...lain la kalau bola itu...

Mei 28, 2008 5:01 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Spyz,
Lu lupa - selain jadi super-sub, Ali kata lu bahagian buat banner juga! :)

Deo,
Hull City ek? Ermmm.... mcm menarik ni.

He,
He he.

Mei 28, 2008 5:16 PTG

 
Blogger . said...

gua tak main la bola sepak.
gua main bola pingpong.
kecik sikit.
selamat.

Mei 28, 2008 5:33 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Wa tak reti bab sport ni. Tak kira le bola sepak ke, bola lisut ke.

Wa main pingpong dengan Coco, kucing wa.

Aci ke dak hahaha??

ps: Bang, dulu lu kan kaki bangku eh?

Mei 28, 2008 9:06 PTG

 
Blogger siskinny said...

Mak gua paling benci bolasepak, tiap kali ada bola kat tv dia akan cakap,

"Apa di rebut bola sebijik reramai, bagi satu sorang kan senang!"

Itu kata mak gua la..

Mei 28, 2008 9:34 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nizi,
Ooo... lu suka main bola kecik ek.

Water,
Kalau dah heading bola sambil tutup mata - kaki bangku le tu weh!

Sis,
Kim salam kat mak lu ek!

Mei 28, 2008 11:15 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

Dalam list gua, gua ada cita-cita nak tengok World Cup live at least sekali seumur hidup.

Tapi bila dah kat Jerman, gua tak pergi le pulak.

Mungkin gua kena pergi Afrika Selatan pulak kot.

Errr... ni bukan cerita pasal kelab je kan? World Cup pun kira bola jugakkan? Kan? Kan?

Mei 29, 2008 2:45 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Tanah,
Kalau bola buah kana pun orang cerita - cerita World Cup pun diterima.

Dengar cerita, jersi England (EuroCup) dijual lebih murah daripada jersi2 negara Euro yang lain di Alisan. Sebab? England tak dapat masuk Euro. Ha ha.

Mei 29, 2008 8:34 PG

 
Blogger famia said...

tak boleh nak 'go' lah dengar pacik naga cakap gua lu. rasa macam orang muda mudi je.

Mei 29, 2008 9:25 PG

 
Blogger asuhara sue said...

errr... kalau nak citer bola-bola api
pung kena gua lu ke?

Mei 29, 2008 10:40 PG

 
Blogger Deo said...

dah 51 comments ni. entry baru satu! hahahaha

Mei 29, 2008 10:48 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Famia,
Ha ha.

Asu,
Kena gua lu gua lu gak.

Deo,
51? Apa baranggggg... Lu kasi genap 100 komen la baru gua tulis entri baharu!

Wo, penggunaan 'baru' dan 'baharu' itu mengikut hukum Bahasa Melayu Tinggi tuuuu!

Mei 29, 2008 11:33 PG

 
Blogger cik puan daun said...

gua x minat bola.. tapi tetap kerek gaks.. :P

Mei 29, 2008 1:40 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Daun,
Lu dah kahwin dengan mamat RMC tu sok - lu dah kenal bola, datang minat kat bola le sok.... Ha ha.

Mei 29, 2008 2:04 PTG

 
Blogger Yana Ismail said...

lelaki memang suka bola sepak:)

Mei 29, 2008 5:19 PTG

 
Blogger SATIRA + KACAU said...

Ge: Macam2 dah sekarang ni.

Mei 29, 2008 5:47 PTG

 
Blogger Unknown said...

kawan gua punya la minat liverpool. dia beli baju ori yang ada tulis carlsberg. satu hari ada sorg macik sound dia, "adik, tau x tulis apa kat baju tu?"

malu punya psl lepas tu dia dah tak pakai baju ori tu dah.

gua cma nk tnya, "adakah berbaloi?"

Mei 29, 2008 6:32 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home