"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

20 Mei 2008

Menjelang PRU13: Keluar pati

Pak Akop suruh Usop Ludin letak jawatan. Pak Akop suruh Usop Ludin ke tepi. Usop Ludin tak mahu letak jawatan. Usop Ludin tak mahu ke tepi. Pak Akop kata Usop Ludin degil. Pak Akop kata Usop Ludin lembik. Lembik mana boleh jadi pemimpin. Lembik mana boleh memerintah. “Kita taulah kerja kita, yang Pak Akop sibuk-sibuk ni afsal?, Pak Akop bukannya ketua kampung lagi,” jawab Usop Ludin sambil mengesat peluh di muka dengan lengan t shirt Prada yang sedang dipakainya.

Pak Akop naik geram. Pak Akop lompat ke atas pangkin. Nenek Munah Leper latah, “o pocot, apa barang sudah naik... eh eh! lu punya barang ka naik, Kop...? eh eh! gula naik, tepung naik, minyak naik, beras naik... eh eh!” Pak Akop rampas besen yang berisi kelapa parut daripada tangan Usop Ludin. Pak Akop perah-perah kelapa parut tu dengan sepenuh tenaga. Sehingga keluar pati.

“LEMBIKKK!!!” herdik Pak Akop.

Label:

39 Comments:

Blogger Nida Shaari said...

Ha ha ha..

Ceh!! pati santan rupanya :p

Mei 20, 2008 11:45 PG

 
Blogger spyz said...

HAH???

Pak akob ramas barang nenek munah??

: )

Mei 20, 2008 11:48 PG

 
Blogger up on my forehead said...

ha ha ha ha ha!

this is more interesting to read than the newspapers intake on it!

Mei 20, 2008 12:23 PTG

 
Blogger tasekM said...

moga pak akob panjang umurnya... biar rasa lama sikit dok bawah tangga...

Mei 20, 2008 12:49 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

haha! bahaya la pak akop ni. bro amacm artikel ari tu? ok x?

Mei 20, 2008 1:00 PTG

 
Blogger Angah said...

Pak Akop tengah PMS kot...

Mei 20, 2008 1:31 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

HA HA!

Mei 20, 2008 1:34 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kalau lembik tapi power, macamana?

Mei 20, 2008 1:35 PTG

 
Blogger Unknown said...

walauapa pun y terjadi...wa ttp sokong pak akup... ingat x pasal melayu mudah lupa? *sigh*

Mei 20, 2008 1:37 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Madu,
He he.

Spyz,
Barang nenek munah - leperlah!

Books,
Ha ha.

Tasik,
Pangkin mana ada tangga. Ha ha.

Danielle,
Tok Rimau suruh kau copy paste letak kat blog kau. Dia mau baca. Kat JB tak ada Sinar Harian.

Terima kasih kerana tulis rencana yang menarik untuk kami.

Angah,
Ha ha.

Azzam,
Hah! Afsal ketawa? Tanya Usop Ludin.

Purp,
Tu yang tak moh turun-turun tu? Nak tunjuk power le katakannnn...! Ha ha.

Amora,
Ha ha ha ha ha.

Mei 20, 2008 1:42 PTG

 
Blogger . said...

lembik tapi degil?
perghh..mantul..

Mei 20, 2008 2:16 PTG

 
Blogger Deo said...

lembik dan liat...

Mei 20, 2008 2:44 PTG

 
Blogger SATIRA + KACAU said...

Sdr Sinaganaga: Hrp Sdr sedia jadi calon jugak.

Mei 20, 2008 3:19 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

"Usop Ludin sambil mengesat peluh di muka dengan lengan t shirt Prada yang sedang dipakainya"

Usop Ludin pakai t shirt Prada.

Woo..kacaknya dia!!!

18SX! 18SX !

Mei 20, 2008 4:20 PTG

 
Blogger tasekM said...

pangkin tak ada tangga... tapi ada pangkin bawah tangga apa...

Mei 20, 2008 4:32 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

haha! sama2 bro. kalo ada perkara baru yang nak ditulis bagitahu la ek :-) saya sudi. hehe

Mei 20, 2008 4:32 PTG

 
Blogger DeeN said...

WOooOoo ..
HaHaHa!!

Mei 20, 2008 4:41 PTG

 
Blogger encik adi said...

hoha apokono pak akob dongan usop ludin nieh? diorang lupo ko diorang satu team maso lawan bekminton zaman² sebelum masihi dulu tuh??

Mei 20, 2008 4:41 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nizi,
Kau memang suka benda2 mantol ni ek? Ha ha.

Deo,
Lintah ke? Ha ha.

Sat,
Tak kuasa. Ha ha.

Water,
HA HA.

Tasik,
ye le, ye le. Nak ikut cakap dia je! He he.

Danial,
Kita cuba buat Maskara pada bulan 7 ni. Tengah cari player ni. Harap2 lebih mantop le!

Darrick? Ya, atas permintaan ramai, kita jemput Darrick Jaramillo lagi sekali! Pssst! Dia tengah berlatih nyanyi lagi La Obe! Ha ha.

Nura,
Eh, kenapa kau? Ha ha.

Enche Adi,
Dah nama pun Melayu - macam tu le! HA HA.

Mei 20, 2008 4:49 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

lembik pun kadang2 besh

Mei 20, 2008 5:09 PTG

 
Blogger adiman said...

haha good one!

Mei 20, 2008 5:56 PTG

 
Blogger Rajuna said...

PICIT-PERAH SAMPAI BERNANAH!!

HAHAHA..LAWAK GORE!

Mei 20, 2008 6:08 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

haha! gua stuju derrick lagi! haha! kalo nak mantop kena panggil ustaz zamri mari mengaji tu la bro! hahaa :P

Mei 20, 2008 8:45 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Art,
Nasi lembik, maksud kau? Ha ha.

Litium,
:)

Xra,
Ha ha.

Danial,
Aku try ajak Ustaz Azman (Al-Kurawi). Hujung minggu ada kelas, katanya.

Nisah Harun - rumah jauh. Ustazah Sal - sibuk layan 'Nur'. Faisal Tehrani - sibuk buat apa entah. Sheikh Zakir - sibuk keluar negara; buat apa entah, ha ha. Jimadie - tazkirah dia panjang sangat; panas telinga, wo, ha ha.

Kalau ada pun - Amir Mukriz - baca laju macam keretapi pula, alahai!

Cikgu Shamsudin Othman mau? Atau kau ada apa-apa cadangan?

Mei 20, 2008 10:18 PTG

 
Blogger Unknown said...

Usop Ludin cari pati lain tak? pati oren ka..

Mei 21, 2008 2:11 PG

 
Blogger A t i Q a h said...

Pak Akop gila glemer. Perah santan kat rumah lagi best le Pak Akop oi..

Mei 21, 2008 9:13 PG

 
Blogger The.Libyaman said...

ini berebut jawatan masa rewang ni. silap2 boleh x makan "pengantin" nanti.

Mei 21, 2008 9:28 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Gitar,
Pati oren? Ha ha.

Tiqah,
Kat rumah, Pak Akop tak perah santan, dia perah kelapa. HA HA HA HA HA.

Ade de de... penatnya mencarut.

Baba,
Tulah pasal! Ha ha.

Mei 21, 2008 9:48 PG

 
Blogger asuhara sue said...

tu betul ke PRADA ke APADA benonya t-shirt tu

Mei 21, 2008 10:20 PG

 
Blogger nashriza said...

sure pak akob tu dah gila kuasa or dah nyanyuk ...kan kan

http://leoxa.com/nashriza

Mei 21, 2008 1:36 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

haha. pyanhabib xda ka bro?

Mei 21, 2008 2:06 PTG

 
Blogger cik puan daun said...

fer... leh import pak akob masa masak-masak kenduri aku..

Mei 21, 2008 2:20 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

apa kau melatah ni?

Cam broery la model kat bucu atas kanan blog tu.

Mei 21, 2008 2:23 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Asu,
PRADA!

Nash,
Entah.

Danial,
Pyanhabib? Ok, no problem!

Daun,
Karim Driving School yang pandai bab masak2 ni. :)

Rimau,
Budak2 opis aku kata, "macam Sam Elliott."

Ha ha.

Mei 21, 2008 4:18 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

haa! chantek ada pyanhabib! :P

Mei 21, 2008 5:56 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Danielle Corleoe,

Gempak aaa artikel kau dalam sinar... sampai 2 makan page tuuu

Aku risau gambar silat aku tu jer... orang ingat aku betul-betul pendekar ada pulak yang test nanti, mati aku.

Mei 21, 2008 6:39 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

haha! mesti ar bro, kasi up skit! pas ni mesti masuk siri drama pendekarnya! hehe.

Mei 21, 2008 7:54 PTG

 
Blogger A t i Q a h said...

apakah?

Mei 21, 2008 11:04 PTG

 
Blogger headlightsandpavement said...

pergh..sarcastic gile haha..pak akob perah santan smp kuar pati..patut perah dari dulu lagi...!!

hahah..

lenkali tambah cerita pasal arumulinggam lak k..?

hahha..

Mei 22, 2008 1:26 PG

 

Catat Ulasan

<< Home