Cock-a-roach
Di luar sana. Salji. Bagaikan debu-debu gandum. Yang lolos dari jaring pengayak.
Miyuki. Di dalam baju panas. Benang bulu kambing. Warna merah teluki. Dan. Di dalam jean. Fabrik stonewash. Warna biru kobalt. Sedang mencicip koko panas. Dari dalam mug. Warna putih polos. Yang separuh kosong. Yang pada tangkainya. Ada sedikit retak. Akibat terlepas. Ke dasar singki. Ketika aku membasuhnya. Tadi malam.
Srrrrrrrrrut!!!
Ahh! Lelaki manakah. Yang tidak akan. Berfantasi bukan-bukan….
Miyuki. Menyelit rambutnya. Yang terjurai. Ke belakang telinga. Kemudian.
“Nak mandi air panaslah!” kata Miyuki. Sambil letak mug. Di atas kotatsu.
Aku. Kalau sejuk-sejuk begini. Kulit jari mudah kecut. Dan. Mudah longkah dari kuku.
“Awww… sakit!” kata aku. Orang lelaki. Memang tak tahan sakit. Kata mak aku. Ha ha.
“Aaa… boleh masuk ke bilik air sekejap tak?” tanya Miyuki. Sambil sarung shower cap. Ke kepala.
Damn! Aku dah spray dah. Ta’kan lipas tu. Tak mati-mati lagi?
Di luar sana. Salji. Bagaikan debu-debu gandum. Yang lolos dari jaring pengayak.
26 Comments:
...dan aku juga berfantasi yang bukan-bukan(oh...tak mau tulis bukan-bukan. Hormat hari Jumaat) :)
April 25, 2008 10:05 PG
Aik, bukan ke kalo musim sejuk lipas payah mati. Selalunya dia pura2 mati jer. Macam hibernasi [maaf, bukan imaginasi]. Hak hak hak!!
April 25, 2008 10:10 PG
Laaaa, patut-lah lipas tu tak mati-mati... Abang Naga spray guna hairspray Miyuki... HAHA!
April 25, 2008 10:16 PG
Water,
Ha ha.
Nura,
Oh, iya? Ha ha.
Kat,
Oh, iya? Ha ha.
April 25, 2008 11:31 PG
Nakal sungguh lipas tu heh!
April 25, 2008 11:33 PG
what a 600 thousand feet fantasy in Friday morning! cubit skali!
Di dalam jean. Fabrik stonewash.
too much detail la bro.. hehe
April 25, 2008 11:44 PG
"spray lipas" tu semiotik ke Ge?
April 25, 2008 12:03 PTG
Semenjak dua menjak ni memang aku kerap berfantasi. Ada yang boleh diceritakan, dan ada yang aku harus pendam aja atas unsur-unsur yang errr.. agak keterlaluan rasanya...
Pun begitu, aku suka fantasi engko kali ni Naga!
April 25, 2008 12:11 PTG
Azzam,
Lipas pun nakal. Tukang spray pun nakal. HA HA.
Amora,
Tak cukup detail lagi tu. Uwoop uwoop!
MatJan,
Harussssssssssss 'semiotik' gitu! HA HA.
Hasrul,
HA HA.
April 25, 2008 12:28 PTG
jika kau tak spray lipas itu, kau lebih suka... miyuki takut lipas, kau boleh temankan dia...
jumaat.. maafkan aku...
April 25, 2008 12:58 PTG
sesuailah hari Jumaat. Malam tadi kerja keras yach bang nageeeee. hak hak hak.
April 25, 2008 1:20 PTG
Nakal ek?haha:p.
April 25, 2008 1:55 PTG
Tasik,
Ermmm...
Rudy,
Ermmmm...
Yana,
Ermmmmmm...
April 25, 2008 2:16 PTG
Speechless:)hihi..btolla tu. Nakal sungguh.
April 25, 2008 2:35 PTG
Ada kawan PY 'seludup' lipas masuk US. Sampai sana, lipas keluar daripada luggage. Kecoh satu airport, siap polis datang. Nasib baik tak kena penjara.
April 25, 2008 2:43 PTG
Aku benci lipas. Lipas susah nak mati walaupun dah spray banyak-banyak kali.
April 25, 2008 7:14 PTG
itu lipas, aku ingat dia sgt suka buah "momo" yang merah-merah tu...
April 26, 2008 1:33 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
April 26, 2008 1:33 PG
Nak bunuh lipas, pakai spray tak lut. Patutnya pakai sarang perangkap yang ada gam kat dalam dia. Ridsect ka, Shieldtox ka. Tak ingat brand apa. Ho ho ho
April 26, 2008 2:09 PG
lipas tu sama naik dengan bro sinaganaga...hahahaha!!!!!!!!!
April 26, 2008 10:46 PG
aku rasa ko sengaja bela lipas.senang skit ko dpt masuk time dia mandi.
April 26, 2008 2:08 PTG
Lipas kalau masuk dalam seluar, geli wooo....
April 26, 2008 3:41 PTG
ngahahha..
nama pun dah cock-roach..
mesti cocky .. err horny.. err..
April 26, 2008 7:03 PTG
ooo
Aku faham.
Sebenarnya kau nak ceritakan tentang seorang pelayan wanita di Kelab Havana yang baru-baru ni membuat laporan polis pasal kelakuan seorang bekas menteri kan?
oooo
tapi kenapa kau spray? bukan ke kau tepuk-tepuk aje lipas tu?
April 27, 2008 12:50 PTG
bukan ke ketuk lutut dengan tempurung ke?
April 28, 2008 2:28 PG
Yana,
Nakal lagi Tok Rimau kau! :)
Ying,
Wo ho ho!
Gelem,
Ok, aku nak pergi Sogo; nak beli momo dalam tin. Syruuuupppp!
Tiqah,
Oooo?
Tini,
HA HA.
Abna,
Ha ha.
Purp,
Ha ha.
Embun,
Ha ha.
Po,
Kau seorang sahaja yang tidak membaca entri aku secara literal, syabas, kalau tidak ta'kan kau jadi lawyer, ye dak awang! Ha ha.
Geran,
Ha ha.
April 28, 2008 10:57 PG
Catat Ulasan
<< Home