"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

16 April 2008

Mencari Tian Chua II

“Ni, ni, ni,” kata Kak Saripah Hasnor, sambil jari telunjuknya yang dempak mengetuk-ngetuk halaman suratkhabar Mingguan Malaysia yang tertera gambar orang tua berambut putih dengan komputer riba tu, “dalam rencana ni, Dokter Hir ada kata, percakapan orang Melayu lebih kesat dan kasar daripada percakapan orang Cina yang lebih bersopan dan berhemah dalam melepaskan geram,” Kak Saripah Hasnor menguis-nguis rerambut yang terkeluar daripada anak tudungnya, “akak nak tanya ni, kau jangan marah, ek… jadi, apa pandangan kau, Tian Chua?”

“Pertama, saya bukan Tian Chua, ek,” kata aku, sambil buat-buat muka meluat, “kedua, seingat-ingat sayalah, dulu, bekas Menteri Besar Melayu tu jugalah yang menghadiahkan penyapu kepada pengarah-pengarahnya!”

Aku. Meninggalkan Kak Saripah Hasnor. Semakin lama, Kak Saripah Hasnor semakin mengecil. Daripada pandangan mata. Aku.

“Tian Chuaaaaaaaaaa!” laung Kak Saripah Hasnor, “bekas Menteri Besar Melayu tu... Dokter Hir kan, kan, kannn?”

“Tian Chua tu Cina! Saya ni Hindustannn!” laung aku, kembali.

23 Comments:

Blogger dugongsenyum said...

sohai.



HAHAHA

April 16, 2008 8:50 PG

 
Blogger Pa'chik said...

mujo ko bukan hindusetan...

April 16, 2008 9:08 PG

 
Blogger Yana Ismail said...

Silap besarla bagi penyapu kan?Bagila hadiah lain yang lagi bermakna. Ecece,hindustan lagi:)

April 16, 2008 9:08 PG

 
Blogger Unknown said...

dapat namecard baru..ada nama cina!!! tapi yg pasti bukan tian chua...hahaha

April 16, 2008 9:33 PG

 
Blogger A t i Q a h said...

Si Dokter itu tak hengat kot apa yang dia dah buat dulu.

April 16, 2008 10:20 PG

 
Blogger asuhara sue said...

buat malu susur galur keturunan jek dia tuu....

April 16, 2008 11:05 PG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Ala bang..tau le kamu hensem. Sudah-sudahlah ngaku Hindustan.

Kak Saripah ni pun satu hal. Dia baru kenal blog kut hak!hak!hak!

April 16, 2008 11:45 PG

 
Blogger pengkao said...

next time dah tak nak dah frasa ni keluar dari dialog kak sipah:

akak nak tanya ni, kau jangan marah ek.

imej tian chua perlu dijaga!

April 16, 2008 11:51 PG

 
Blogger DeeN said...

pak cik Ge, tak jumpe2 lagi ke cari Tian Chua tuh. Ce tepon dia tengok. HaHaHaHaHa!!

April 16, 2008 12:11 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Dug,
Ha ha.

Chik,
Ha ha.

Yana,
Ha ha.

Ha,
Ha ha.

Ati,
Melayu mudah lupe. Ha ha.

Asu,
Ha ha.

Water,
Kak Saripah Hasnor tak baca blog. Dia baca suratkhabar ja.

Peng,
HA HA.

Nura,
Syyy... orang2 kat Bandar Baru S tengah cari-cari Tian Chua ni! Tikus banyaklah kat bawah Menara O. Lapor kat DBKL - mereka buat dono ja. Ha ha.

April 16, 2008 1:47 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Bekas Menteri Besar Melayu tu makan muffin tak? Tempe? Ha ha.

April 16, 2008 1:47 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Azzam,
Bintil coklat kat muffin tu pahitlah! Ha ha. Tapi, part lain2 tu sedap - dah habis kami makan pun dah.

April 16, 2008 1:49 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Kalau buang stann tu, hang masih mengaku tak?

April 16, 2008 3:44 PTG

 
Blogger bajukurung said...

la sampai ke sini kak sal lebar tuhhh, aku igt kat Faisal jeeee

hahahahaha

April 16, 2008 4:57 PTG

 
Blogger NeemoNeemo™ said...

Bila ko lupa shift ko kat Luar Otak, aku pun rasa kau ni Tian Chua..betul tak?

April 16, 2008 4:57 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Hindustan kira Hindraf juga ke?

April 16, 2008 5:12 PTG

 
Blogger tasekM said...

cina ngan hindustan jauh beza tu.. bole terkeliru gak yer...

April 16, 2008 5:35 PTG

 
Blogger Unknown said...

Sheikh,tumpang iklan ya:)

---BACA PUISI KUALA LUMPUR---

Tempat: Ruang Legar Balai Budaya DBP
Tarikh: 18 April 2008 (Jumaat)
Masa: 8.15 Malam
Hos: A. Ghafar Ibrahim (AGI)
Pemuisi lain: Datuk Mohd Shafie Apdal, Datuk Johan Jaafar, Dato' Dr. Firdaus Abdullah, Khalid Salleh, Roslan Madun dll...
Anjuran: Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), DBP, KEKKWA.
*Jamuan ringan disediakan.

April 17, 2008 8:35 PG

 
Blogger cik puan daun said...

ko bkn bugis ke?

April 17, 2008 10:25 PG

 
Blogger asuhara sue said...

oppss.. yg saya tahu KALAM tu Kajian Alam Melayu UTM...ada byk KALAM ek

April 17, 2008 12:14 PTG

 
Blogger Fiquelicious said...

Tian Chua..
aku pun cari Tian Chua..

boss..

gaji naek!

April 17, 2008 7:35 PTG

 
Blogger Unknown said...

kau patut bangga, di panggil tian chua. haha!

April 18, 2008 1:55 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Khal,
HA HA HA HA HA.

Baju,
Ini cerita masyarakat kat Bandar Baru S. Sayanglah Sayut dan Nida dah pindah dari sini...

Weh!, Aku syak, M. Kumaresan dan Azmil Mustafa masih bermukim di Bdr. (B) S.

Neem,
Ermmmm... kau jangan le bagi aku keliru... *think*

Purp,
Hindraf tu kosmatik ja, bro! Ha ha.

Tasik,
Ye ye. Ha ha.

Nuar,
Aku ada meeting Union kat bilik mesyuarat Bhg. Kreatif & Multimedia masa tu - kalau sempat aku gi le seberang highway kat depan opis-opis kita tu. He he.

Daun,
Eh, aku bugis ke?

Gal,
Ha ha.

Nizam,
Ha ha.

April 18, 2008 8:40 PG

 

Catat Ulasan

<< Home