Wey, twinkle twinkle litelel star: Pergi sekolah naik Mercedes
Gemas, 1975
Abah bukan orang kaya. Tapi, aku pergi ke sekolah naik Mercedes. Serius! Ha ha.
Deed!
Deed!
Cina gemuk tu dah sampai. Mercedes dia berhenti betul-betul di hadapan rumah kami. Cepat-cepat aku pakai kasut Bata (tapak hijau). Dan. Emak sempat juga berpesan, “Jangan kau bergasak lagi budak Cina tu!!!!" Aku kata, "Ok!"
Deed!
Deed!
Lampu belakang Mercedes Cina gemuk itu macam lampu kereta Batman. Kerusi hadapan Mercedes Cina gemuk itu bersambung di antara kerusi pemandu dengan kerusi penumpang. Diperbuat daripada vinyl warna kuning air, kerusi hadapan Mercedes itu boleh memuatkan 1. Cina gemuk (pemandu), dan 2. empat lima orang murid-murid S(rendah)TAR. Di kerusi belakang Mercedes itu pula boleh memuatkan sehingga tiga empat orang pelajar-pelajar S(menengah)TAR. Pendek kata, Mercedes Cina gemuk ini memang padat macam komuter dari Shah Alam ke KL Sentral di waktu pagi. Mercedes Cina gemuk itu tak ada air cond.
Deed!
Deed!
Ada seorang budak Cina yang pehanya selalu merembeskan peluh apabila kami pulang dari sekolah dengan menaiki Mercedes Cina gemuk itu. Oleh kerana kerusi Mercedes itu diperbuat daripada vinyl, maka peluh itu tidak terserap. Dan adakalanya peluh itu mengalir seperti sebuah anak sungai sehingga mengenai peha aku yang gebu (Ingat peha John Hafiz saja yang gebu ke? Ha ha). Aku geli! Aku suruh budak Cina itu lap peluh tersebut. Dia tak mahu. Lalu, aku debik dia... sebiji, dua biji, tiga biji, dan berbiji-biji lagi.
Deed!
Deed!
Abah bukan orang kaya. Tapi, aku pergi ke sekolah naik Mercedes. Serius! Ha ha.
30 Comments:
eiiii yakkek! tentula bertambah aras dan deras 'sungai' tu lepas didebik?
melebihi paras bahaya?
Mac 25, 2008 9:17 PTG
waa..bang best la dapat naik mercedes....aku kerap ponteng sebab tak de tambang naik bas. (masa sekolah menengah). Sekolah rendah,sebelah rumah - aku bertumit sahaja.
Alahai kita berkongsi pengalaman berbeza hahaha(sekarang aku ketawa,dulu2 aku mengalirkan airmata. )
Mac 25, 2008 9:53 PTG
debik lagi, dan lagi, dan lagi..
apa dia tidak tahu peluhnya telah mencemar peha gebu perawan muda..
haha!
Mac 25, 2008 10:15 PTG
ni apehal promote peha ni?
Mac 26, 2008 5:25 PG
berapa tambang kene bayar naik mercedes dulu-dulu yer...saya cuma merasa naik TATA jer...
Mac 26, 2008 7:56 PG
Mak gua pun pergi sekolah dengan Mercedes. Tu pasal bapak gua terpikat. Siapa kata lelaki tak materialistik? Hik hik hik!
Mac 26, 2008 8:15 PG
Syaz,
Budak Cina tu debik aku balik. Tapi, last2 sekali akulah yang menang. Ha ha.
Water,
Ya. Mercedes lebih best daripada BMW. DeanSham, jangan marah ek! Ha ha.
Diela,
Perawan muda? Wo!
Pengkau,
Aku promote Mercedes-lah!
Kemat,
Naik TATA pun ok juga.
Ying,
Siapa pula kata lelaki tak materialistik? HA HA.
Mac 26, 2008 8:47 PG
Entah mengapa..mendebik budak cina gemuk berkaca mata tebal yang tak berdaya itu memberikan satu kepuasan yang misterius.
Kalau budak2 cina yang 'tough' itu..kita pakat2 buat kamceng!.
Mac 26, 2008 9:14 PG
nampaknya ge, pengalaman kita pegi sekolah hampir sama. cuma bezanya asuhara naik VOLVO dan x de budak cina yg nak didebik.
p/s: bekas pengikut sarip dol-GKD
Mac 26, 2008 9:35 PG
Paha gebu tak berpeluh ek?
Mac 26, 2008 9:38 PG
setakat peluh tak ngeri lg bang naga...
aku dulu = peluh + ketiak masam giler + muntah + bergaduh + awek jeling2 = mcm gampang!
hahahaha
Mac 26, 2008 10:30 PG
eeeuuuuwww... peluh budak tu.. jangan ada sel-sel kobau kaki pendek dah lah... ekekek...
Mac 26, 2008 11:17 PG
Po,
Budak Cina tu dua kali ganda aku gak badannya wo!
Hara,
Volvo pun okay juga.
Kur,
Wo! Ngerinya. Eeeeiiiiuuuuoooo! Uwoop! Uwoop!
Chik,
Peluh bersel babi tak apa lagi - kalau peluh berselkan Bangla kalu - ya Allahhhhhhh!!!!
*dum*
Mac 26, 2008 12:07 PTG
Kereta perebet sapu ek?
Tempat aku dulu-dulu kereta perebet sapu ada dua jenis saja. Kalau tak Mercedes, Toyota Crown.
Mac 26, 2008 3:24 PTG
sebab itu aku tak mahu beli merc. dah muak naik merc masa kecik-kecik dulu.
Mac 26, 2008 4:04 PTG
Aku rasa ko pegang sekolah tu (taiko). Selepas debik budak Cina!
Mac 26, 2008 5:26 PTG
Purp,
Bukan 'prebet sapu'! Tapi, 'bas sekolah'. HA HA.
Zz,
HA HA.
Ah T,
Tunggu. Siri ni belum habis lagi. Ha ha.
Mac 26, 2008 6:30 PTG
zaman dulu sekolah pakai seluar pendek kan?
euwww!
Mac 26, 2008 7:44 PTG
saya naik mercedes jugak bang naga..
tapi mercedes saya lagi otai..
kaler biru..
bleh muat 45 orang(kalo dewasa)
dan kalo bebudak mungkin bleh muat 60 orang..
pagi bawak bebudak pegi sekolah..
tengahari sket bawak awek2 kilang balik keja..
hahahaaaa...
Mac 26, 2008 10:27 PTG
aku pun dulu2 tahun 80an gah semacam gi sekolah naik mercedes walaupun bapa aku hanyalah pesawah.
Mac 26, 2008 11:21 PTG
Are,
Ya, berseluar pndek, tanpa spender. Eeeeiiiiuuuoooo!
Garam,
Budak-budak la ni bukan rasa naik Mercedes pergi sekolah. Ha ha.
Zany,
He he.
Mac 27, 2008 8:38 PG
kalau aku,aku dah cubit budak tu.gebu2 ni sedap skit kalau cubit ala2 semut api tu...ni mak aku ajar ni.
Mac 27, 2008 9:20 PG
Pak cik Ge,
Ganazzz!
Ganazzzzzz!
HoH! BzzzTTTT!!
Hoh! Daku g skolah naik taxi jer. Jelesnyeeee!!
Mac 27, 2008 11:14 PG
Sabiah,
Nak cubit sekarang pun masih ok lagi. Menggebu-gebu. Ha ha.
Nura,
Kalau tak ganazzzz - orang tak panggil Naga la. Ha ha.
Mac 27, 2008 1:41 PTG
mercedes besar kaler kuning ek
Mac 27, 2008 3:50 PTG
Cheh! Itu pun nak bangga. Aku gi sekolah ada escort bersenjata tau. Aku naik terak askar.
Mac 27, 2008 5:30 PTG
Op,
Dah tak ingat dah warna apa.
Mau,
Jangan nak chong-lah - mana ada 'bas sekolah' tentera bawa 'escort bersenjata' ha ha!
Yang ada - seorang pemandu dan seorang kelindan pakai baju askar pergi office sahaja! Ha ha.
Mac 28, 2008 8:57 PG
smart tunnel mane.
smart tunnel mane.
Mac 28, 2008 11:20 PG
Bestnye dapat naik Mercedes.:)
Dulu sekolah rendah pergi sekolah skali dgn mama. Sekolah menengah plak duduk hostel. Alamat tak merasa la naik Mercedes.
Mac 30, 2008 3:56 PTG
aku dulu g sekolah naik kayak..
April 06, 2008 10:52 PG
Catat Ulasan
<< Home